Psstt.. ini satu rahsia besar untuk anda. Ramai orang berbakat menghias rumah dengan menarik tanpa menggunakan modal yang besar. Persoalannya, bukan berapa banyak yang anda belanjakan, tetapi bagaimana anda memaksimakan apa yang anda ada. Anda tidak lagi akan memandang buku hanya sebagai buku, kerana anda sudah mula boleh menggunakannya sebagai aksesori deko anda selepas ini.
Bila sebut tentang dekor, memang ramai yang beranggapan bahawa kos dekor sangat mahal. Sebab itu ramai yang memilih untuk menghias kediaman secara sederhana.
Sebenarnya, kalau tahu cara hias rumah sendiri, tidak perlu mengupah pakar. Maka, boleh dilakukan sendiri mengikut bajet sedia ada.
Apa yang perlu adalah IMAGINASI dan KREATIVITI.
Dekorasi dan susun atur sesebuah kediaman bukan saja mengubah suasana keseluruhannya tetapi turut mempengaruhi emosi serta pengalaman individu.
Ini kerana rata-rata individu mahukan kediaman tempat berehat, bersama keluarga dan bebas daripada kesibukan kerja.
Pilihan klasik moden dilihat menepati cita rasa yang unik dan eksklusif. Rekaan kediaman kontemporari selalunya mempunyai teras rekaan klasik yang diperbaharui dengan rekaan semasa.
Jika anda merasakan tata hias kediaman terlalu biasa dan mahukan sedikit kelainan, pilihan sebegini mampu menyuntik idea yang lebih segar.
Kebiasaan konsep ini menampilkan sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri moden klasik.
Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.
Gabungan perabot kayu dan fabrik menjadi dua elemen utama yang menonjol. Di samping itu, anda boleh memilih hiasan klasik yang unik dan sudah berusia tetapi masih cantik.
Tidak salah sekiranya anda memilih hiasan moden yang digabungkan dengan kertas dinding berwarna coklat keemasan atau gelap.
Kebiasannya, pemilihan lampu, hiasan seramik, kaca dan permaidani menjadi kekuatan bagi dekorasi moden klasik.
Menghias rumah antara usaha atau gerak kerja seni yang memerlukan kepekaan dan kreativiti mendalam. Ini kerana, rumah yang selesa mampu membentuk keharmonian sesebuah keluarga.
Tapi kadangkala, kita buntu bagaimana ingin mendapatkan idea untuk menghias rumah Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk mendapatkan tips mendekor kediaman kita.
Bila kamu ada ruang tamu yang ‘comel’, kamu perlu maksimumkan setiap inci… Ya, ia bukan perkara mudah. Kami kongsikan strategi terbaik.
1) Padanan Warna
Cat dinding ruang tamu dengan warna berlainan dari dapur hingga hallway. Tambah definisi pada ruang tempat duduk dengan permaidani rona putih atau coklat-kelabu. Warna neutral ditambah dengan kontras antara permaidani dan lantai akan meluaskan ruang secara visual.
2) Sofa Ringkas
Jarang orang nak duduk di tengah, jadi pilih kerusi untuk berdua atau sofa saiz studio (ia lebih kecil dari yang biasa). Motif cetak buat ruang tampak sempit, jadi pilih fabrik rona solid dan tambah bantal serta hiasan seni untuk cipta ruang diingini.
3) Ottoman Pelbagai Guna
Ottoman boleh digunakan sebagai kerusi, meja (letak dulang di atasnya), atau tempat rehatkan kaki. Hujungnya yang lembut ideal untuk ditolak ke sudut sempit bila kamu perlukan ruang tambahan.
4) Luaskan Ruang
Lebih banyak ruang vertival boleh digunakan bagi menyimpan barang, makin kurang kemungkinan ruang kamu jadi sempit. Pilih rak terbuka yang boleh nampak dinding sebagai ilusi ruang luas. Untuk maksimumkan kesan tersebut, jangan padankan rak dengan buku. Akhir sekali, suai padan dengan barang hiasan seperti pasu, bingkai gambar, buku dan lilin untuk tambah seri.
5) Lebih Cahaya
Meja dan lampu lantai cipta keselesaan dan tambah class pada ruang yang bertingkap kecil tanpa memakan ruang. Cahaya indirect akan beri glow yang cantik pada seluruh ruang.
6. Bebaskan sisi seni diri anda
Terlalu banyak idea yang dapat dikeluarkan apabila anda mula berseni. Dengan sarung tangan bayi yang hilang pasangannya pun, anda dapat mencipta hiasan dinding anda sendiri. Guntingkan kain felt mengikut bingkai, gunakan gam untuk melekatkan felt pada bingkai, lekatkan sarung tangan di tengah-tengah bingkai, dan walla, anda sudah pun mendapat satu hiasan dinding yang menarik.
7. Unsur alam semulajadi
Tanpa berbelanja banyak, anda boleh mengutip cengkerang siput laut di pantai lalu menggunakannya untuk menghiasi rumah. Boleh juga gunakan kayu-kayu lama yang dikitar semula, dan batu-batan untuk mencipta gaya rustik yang menenangkan.
8. Dari mata jatuh ke hati
Tambahkan keceriaan rumah anda dengan membungkus terendak lampu dengan carta ujian mata. Cetak percuma daripada internet, dan besarkannya di kedai fotostat.
9. Headboard ‘tiruan’
Tidak perlu membeli headboard sebenar, tetapi gunakan cat. Satu projek yang mudah, hanya catkan sedikit dinding di belakang katil, dan anda sudah kelihatan seperti mendiami sebuah bilik hotel mahal.
10. Cipta galeri foto anda sendiri
Pilih gambar-gambar terbaik dari satu tema yang sama: perkahwinan, parti harijadi atau percutian – dan letakkannya dalam bingkai yang bersaiz sama. Sama ada dalam bentuk segiempat sama atau memanjang, anda tidak perlu risau sekiranya memilih susunan geometri. Untuk susunan yang gila-gila tetapi seimbang, mungkin anda boleh memilih ini.
11) Ceriakan dinding yang kosong
Selain cat dan kertas dinding , anda boleh:
- Tampal WALL DECO 3D yang banyak dijual di kedai serbaneka dengan pelbagai rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan apabila anda ingin mengganti dengan rekaan baru.
- Lekat PETA tempat-tempat yang sudah anda travel. Puas hati bukan bila tengok banyak negara yang anda sudah kembara?
- Pamer HASIL KRAF TANGAN anda. Bukan semua orang miliki bakat seperti anda. Mana tahu ada yang sukakannya dan mengupah anda untuk melakukan yang sama di kediamannya.
- Penuhi dengan GAMBAR BERBINGKAI sama ada koleksi keluarga, koleksi kegemaran dan banyak lagi.
12) Upgrade perabut
Selain beli perabot yang baru, anda boleh:
- Menyegarkan penampilan misalnya membuat SARUNG BARU yang cantik pada kerusi atau bangku.
- Serikan perabot atau sarung kusyen yang kosong dengan MENAMBAH WARNA ceria mengguna pelbagai alatan seperti sequin atau kain perca.
13) Gabungkan corak
Corak berbunga, warna solid, jalur, berkotak dan lain-lain adalah di antara corak-corak yang menghiasi rumah. Gabungkan corak-corak ini dan pastikan ianya berpadanan. Untuk selamat, pilih corak yang mempunyai warna latar belakang yang sama, terutamanya berwarna putih untuk corak bunga. Hadkan kepada penggunaan 2 atau 3 corak dalam satu bilik, dan tidak berlebihan.
14) Serlahkan warna menarik
Serlahkan bilik yang suram dengan warna pemecah seperti hijau limau. Hanya dengan dua aksesori berwarna hijau seperti permaidani dan alas kabinet, ruang ini kelihatan segar. Tambahan sedikit warna merah pada bunga kecil berbentuk bulat hanya menjadikan ruang ini lebih memikat.
15) Pamerkan koleksi anda
Pamerkan koleksi pasu anda pada satu tempat yang sama. Kumpul koleksi yang kelihatan hampir sama, tetapi berbeza, dengan tona warna yang tidak jauh berbeza, dalam pelbagai ketinggian dan bentuk. Pameran anda kelihatan hebat seperti digubah oleh kurator muzium.