Ramai daripada kalangan ibu bapa warga kota yang bekerja menjadi risau apabila sukar mengunjungi klinik kesihatan swasta kanak-kanak yang buka waktu malam. Rata-rata klinik kesihatan swasta pakar kanak-kanak beroperasi dari waktu pagi sehingga lewat petang sahaja. Perkara ini amat menyukarkan ibu bapa apabila anak mereka jatuh sakit. Sekurang-kurangnya mereka masih berkesempatan menghantar anak yang sakit selepas waktu pejabat apabila terdapat klinik pakar kanak-kanak yang buka pada sebelah malam.

Sebenarnya ada beberapa klinik swasta kanak-kanak yang masih beroperasi pada sebelah malam selewat-lewatnya sehingga jam 9.00 malam di sekitar Lembah Klang. Sebagai ibu bapa yang bekerja anda tentunya terlalu sibuk untuk mencari beberapa senarai klinik swasta kanak-kanak yang masih beroperasi pada waktu malam sekitar Lembah Klang. Kami bantu anda menyenaraikan 10 klinik swasta kanak-kanak yang buka sehingga malam sekitar Lembah Klang.


1. Klinik Pakar Kanak Kanak Kiddicare

Klinik pakar kanak-kanak yang memberikan layanan serta rawatan yang bagus untuk anak anda di Kuala Lumpur. Klinik ini walaupun tidak beroperasi 24 jam namun ibu bapa masih berkesempatan membawa anak yang sakit mendapatkan rawatan pada sebelah malam selepas pulang daripada waktu kerja.

Alamat : 21, Jalan 1/149j, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin sehingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang , 6.00 petang hingga 9.00 malam

Sabtu dan Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.


2. Klinik Kanak-kanak Muthiah

Klinik ini mendapat pengiktirafan hampir 4 bintang di Google review. Beroperasi untuk enam hari sahaja dalam seminggu iaitu dari hari Isnin sehingga hari Sabtu. Ibu bapa yang tidak sempat mendapatkan cuti sewaktu hari bekerja boleh mengunjungi selepas waktu kerja atau hujung minggu pada hari Sabtu.

Alamat : Plaza Pekeliling, A15, Jalan Tun Razak, Sentul Selatan, 50400 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Ahad (Tutup), Isnin sehingga Sabtu dari jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam


3. Klinik Pakar Kanak-Kanak Suria Dr Ng

Klinik kanak-kanak yang terletak di kawasan Kepong, Kuala Lumpur. Mereka yang tinggal berhampiran sekitarnya boleh mengunjungi klinik ini jika anak anda sakit.

Alamat : No 325A Jalan 1/33A Batu 7 Jalan Kepong, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Tutup pada hari Sabtu sahaja

Isnin sehingga Khamis buka 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dan 6.30 petang sehingga 9.00 malam.

Jumaat buka 9.00 pagi sehingga 1.00 petang sahaja Ahad buka 10.00 pagi sehingga 1.00 petang sahaja.


4. Dr. Lim Child Specialist Clinic

Ramai pelanggan dari kalangan ibu bapa yang memuji kemesraan Dr Lim melayan pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di kliniknya. Fasiliti klinik ini juga selesa untuk kunjungan keluarga pesakit kanak-kanak.

Alamat : A-G-6, Kuchai Exchange, No 43, Jalan Kuchai Maju 13, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin dan Selasa 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dan 5.30 petang sehingga 8.30 malam

Rabu dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Khamis dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dan 5.30 petang sehingga 8.30 malam

Jumaat dan Sabtu dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang


5. Klinik Pakar Kanak-kanak Leong

Doktor pakar kanak-kanak yang menawarkan khidmat perubatan khusus untuk kanak-kanak. Anda juga boleh mendapatkan suntikan vaksin untuk kanak-kanak di sini.

Alamat : 39, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Tutup setiap hari Ahad.

Isnin sehingga Sabtu buka dari jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan 6.30 petang sehingga 9.30 malam.


6. Klinik Pakar Kanak-Kanak Pauline

Alamat : 42, Jalan Hujan Rahmat 2, Taman Overseas Union, 58200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Tutup pada setiap hari Ahad.

Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 malam dan 6.30 petang sehingga 8.30 malam. Khamis buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari

Sabtu buka 11.30 pagi sehingga 3.00 petang.


7. Klinik Kanak-Kanak Dr. Altaf, TTDI

Keluarga yang tinggal sekitar Taman Tun Dr. Ismail boleh mengunjungi klinik pakar kanak-kanak ini berhampiran anda.

Alamat : 42, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr.Ismail, 60000, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin sehingga Jumaat dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan dari jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam.

Sabtu buka dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan 2.30 petang sehingga 6.00 petang.

Ahad buka dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Tutup pada hari cuti umum.


8. Baby and Beyond Child Specialist Clinic

Klinik swasta kanal-kanak yang beroperasi di Solaris Dutamas. Klinik ini menawarkan perkhidmatan pediatrik bagi bayi, kanak-kanak dan juga khidmat nasihat kepada ibu bapa berkaitan kesihatan kanak-kanak.

Alamat : B2-1-2, Publika Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Sabtu, Ahad dan Isnin buka dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat buka dari jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang dan 5.30 petang sehingga 8.00 malam.

Tutup pada cuti umum.


9. KB Child Specialist Clinic

Klinik kanak kanak di Klang Lama, Kuala Lumpur. Menyediakan rawatan untuk sakit umum kanak-kanak.

Alamat : 35 (Ground Floor), Jalan Desa, Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur,58100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Tutup setiap hari Ahad dan Rabu. Sabtu buka dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat buka dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dan 6.00 petang sehingga 8.30 malam.


10. Klinik Kanak-Kanak Ooi

Alamat : 42, Jalan Awan Hijau, Taman Yarl, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Buka setiap hari Ahad sehingga Sabtu

Sabtu, Ahad, Selasa dan Khamis buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari sahaja.

Isnin, Rabu dan Jumaat buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan 6.00 petang sehingga 9.00 malam.


11. Cheng Child Clinic

Klinik kanak-kanak di Seksyen 7, Shah Alam. Anda boleh membawa kanak-kanak mendapatkan rawatan sehingga waktu malam terutamanya pada hari minggu.

Alamat : FAS Business Avenue, No. 7 Lot 113 Ground Floor, Jalan Perbandaran Ss7, Selangor, 47301, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi : Tutup setiap hari Ahad

Sabtu buka dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat buka dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang, 2.30 petang sehingga 4.30 petang dan 7.00 petang sehingga 9.00 malam.


12. Klinik Kanak-kanak Khoo (Khoo Children’s Clinic)

Klinik kanak-kanak di Petaling Jaya Selangor.

Alamat : 127, Jalan SS 2/24, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : Tutup setiap hari Ahad. Sabtu buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Isnin, Selasa dan Rabu buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan 6.30 petang sehingga 9.00 malam.

Khamis dan Jumaat buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.


13. Chan Baby & Child Clinic

Klinik kanak-kanak di Petaling Jaya, Selangor.

Alamat : 45, Jalan SS 22/19, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : Tutup setiap hari Khamis. Sabtu dan Ahad buka dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Isnin dan Rabu buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan 6.30 petangs ehingga 9.00 malam.

Selasa dan Jumaat buka dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.


14. Lee Child Clinic

Klinik swasta kanak-kanak di Petaling Jaya Selangor.

Alamat : 84 A, Jalan SS 21/62, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : Isnin sehingga Jumaat buka dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan 7.30 malam sehingga 9.00 malam.

Sabtu dan Ahad buka dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.