HomeMalay10 tips bersalin normal tanpa koyakan dan jahitan

10 tips bersalin normal tanpa koyakan dan jahitan

Setiap ibu mengandung mengimpikan untuk bersalin normal tanpa sebarang koyak atau perlu guntingan episiotomi selain mengharapkan proses bersalin yang mudah dan cepat tanpa sebarang komplikasi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips bersalin normal tanpa koyakan yang boleh anda amalkan.   

Sekali dengar, memang sukar dipercayai bahawa ada segelintir wanita yang berjaya melahirkan bayi secara normal tanpa memerlukan jahitan. Jahitan bersalin atau secara medikalnya digelar episiotomi adalah potongan yang dibuat pada perineum (antara jalan lahir bayi dan anus). Potongan ini dilakukan bagi membantu melebarkan laluan kelahiran bayi dan mengelakkan koyakan yang serius.        

Walaupun episiotomi bukanlah dikategorikan sebagai pembedahan major seperti pembedahan Caesarean, tentu ramai yang ingin mengelakkannya selagi boleh. Di sini, kami kongsikan beberapa petua dan tips mudah bersalin yang selalu diamalkan oleh ibu-ibu di Malaysia.   

 

Foto: Zuriat

10 TIPS MUDAH BERSALIN TANPA JAHITAN DAN KOYAKAN

Berikut adalah beberapa tips mudah bersalin secara normal yang boleh diamalkan oleh anda yang sedang mengandung.

1. KUASAI TEKNIK PERNAFASAN

Menjelang kelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Dengan cara ini, anda mampu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Menurut BabyCenter, teknik pernafasan beritma boleh membantu menghadapi proses bersalin yang mudah.    

Antara cara yang boleh anda praktis adalah seperti berikut:  

Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lebih panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekalipun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas.  

Letih ketika hamil

Foto: realpregnancysigns.com

2. SENAMAN KEGEL / SENAMAN LANTAI PELVIK 

Menurut laman web perubatan MayoClinic, senaman dapat membantu anda membina kekuatan dan stamina. Antara senaman yang paling disarankan adalah senaman Kegel atau senaman lantai pelvik kerana ia memfokuskan pada bahagian peranakan wanita.   

Cara melakukan senaman Kegel sangat mudah dan anda boleh melakukannya di mana saja, walaupun semasa menghadap komputer di pejabat!  

Berikut adalah cara melakukan senaman Kegel:    

  • Kemutkan otot pelvis seperti tindakan menahan kencing.   
  • Tahan selama 5 saat  
  • Lepas tu, anda lepaskan perlahan-lahan dan rehat   
  • Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari.    
  • Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan

Senaman lantai pelvik juga boleh dilakukan dan amat bermanfaat untuk anda yang bakal melahirkan. Antaranya adalah posisi ‘The Bridge’ seperti dalam gambar di bawah:

tips mudah bersalin

Foto: cosmopolitan.com

3. CARA MENERAN YANG BETUL

Belajar cara meneran dengan betul adalah penting untuk mengelakkan koyakan perineum atau episiotomi. Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan tidak seharusnya meneran sebelum mendapat insyarat daripada doktor kerana ia boleh mencederakan bahagian perineum.

Ketika hampir bersalin, praktiskan posisi ini bersama suami. Ini kerana, mungkin anda akan panik dan suami boleh membantu untuk ingatkan kita teknik yang betul.

Rapatkan dagu ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Biarkan belakang badan anda menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah seperti diarahkan oleh  doktor dan jururawat. Semasa datangnya kontraksi, tarik nafas dan teran selama yang boleh. Lakukan 2-3 kali dalam satu tempoh kontraksi.

Perlu diingat, meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung seperti membuang air besar. Ketika kepala bayi mula kelihatan, teruskan meneran dan kawal perlahan-lahan untuk mengelakkan koyakan besar.

Elakkan mengangkat punggung ketika meneran kerana ia boleh mengakibatkan koyakan! Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Foto Kredit: pressa.tv

Foto : pressa.tv

4. URUTAN PERINEUM

Penelitian dan sumber kesihatan menunjukkan bahwa urutan pada bahagian perineum beberapa minggu menjelang tarikh jangka bersalin dapat mengurangkan risiko episiotomi.

Urutan ini boleh dilakukan dua kali seminggu dengan memasukkan satu atau dua jari ke vagina, kemudian menekannya ke arah perineum. Proses ini boleh dilakukan sendiri di rumah.

Caranya:

  • Cuci tangan dengan air suam dan sabun. Pastikan kuku anda telah dipotong pendek dan bersih.
  • Pilih posisi yang selesa. Anda boleh lakukannya secara duduk, berbaring, atau meletakkan satu kaki di atas kerusi. Anda juga boleh melakukan urutan ini di dalam tab mandi atau pancuran air panas kerana kehangatan air dapat membantu melembutkan tisu perineum.
  • Setelah mendapat keselesaan, tempatkan jari ke dalam vagina dan tekan sedikit hingga anda merasakan sedikit sensasi. Anda boleh gunakan sedikit minyak vitamin E atau minyak kelapa dara untuk melancarkan bukaan perineum ini.
  • Kemudian, buat urutan dengan gerakan U pada sekitar dinding vagina. Sebagai permulaan, lakukannya selama seminit dan tingkatkan masa urutan sehingga 5 minit bagi setiap sesi.

Selepas beberapa minggu, anda akan mendapati kulit dan otot pada bahagian vagina akan menjadi lebih anjal. Menurut Clare Herbert, panel BabyCenter, urutan ini juga boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa tempoh berpantang.

cara menghilangkan mata panda

Foto: gentlebalancemassage.com

5. MINYAK ZAITUN / MINYAK KELAPA DARA

Sesetengah ibu menasihatkan agar mengamalkan meminum minyak zaitun setiap hari untuk membantu memberi nutrisi baik dan melancarkan proses bersalin dengan mudah.

Selain itu, ramai juga berpendapat minyak kelapa dara amat baik untuk diminum mahupun digunakan sebagai urutan pada perineum kerana khasiatnya yang luarbiasa.

Foto Kredit: prosourcecoconut.com

Foto: prosourcecoconut.com

6. DOA / ZIKIR / MEDITASI

Hafalkan doa, zikir, atau lakukan meditasi supaya anda dapat mengawal stres sepanjang mengandung dan sewaktu menjelang kelahiran. Ini penting kerana stres dapat menyebabkan masalah kepada proses kelahiran.

Antara doa yang boleh diamalkan adalah:

doa-amalan-ibu-mengandung-3

7. JAGA PEMAKANAN

Akhir sekali, jangan lupa ambil makanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi. Ianya penting untuk memastikan kulit anda sihat dan tubuh anda cergas sewaktu menahan kontraksi yang boleh memakan masa berjam-jam lamanya.

Banyakkan mengambil makanan sunnah dan terbukti khasiatnya seperti kurma, kacang badam, pistachio, serta buah-buahan segar yang lain.

8. TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Foto: Evidencebasedbirth

Sepanjang tempoh bersalin, anda boleh belajar teknik pernafasan yang betul semasa melahirkan. Tujuannya ialah supaya anda meneran dengan betul tanpa menghabiskan tenaga untuk perkara yang tidak sepatutnya. Teknik pernafasan yang betul semasa bersalin ialah:

  • Tarik nafas, kira 1 hingga 5.
  • Hembus nafas, kira 1 hingga 8.
  • Hembus nafas secara perlahan-lahan.
  • Kekalkan kiraan pernafasan tersebut.
  • Elakkan menarik nafas dengan lebih panjang berbanding menghembus.
  • Minta bantuan suami untuk sama-sama mengekalkan teknik pernafasan yang betul.
  • Seeloknya suami juga tahu teknik bernafas dengan betul semasa melahirkan.

Teknik pernafasan yang betul bukan sahaja membantu memudahkan proses bersalin malah ia membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

9. URUTAN PERINIUM

Foto: MAMAPEDULI.INFO

Untuk bersalin normal dengan mudah dan cepat, anda boleh amalkan urutan perinium sepanjang tempoh bersalin, terutamanya di hujung kehamilan di mana anda semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin. Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau dibantu oleh suami.

Tujuan urutan perinium ialah supaya otot di sekeliling vagina menjadi lebih elastik dan anjal lalu memudahkan proses mengeluarkan bayi tanpa sebarang koyakan atau potongan. Caranya ialah:

  • Cuci tangan dengan bersih.
  • Anda boleh gunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun untuk mengurut.
  • Pilih posisi yang selesa buat anda. Urutan perinium boleh dilakukan dalam posisi duduk, baring, atau meletakkan satu kaki di atas kerusi. Ia juga boleh dilakukan di dalam tab mandi atau di bawah pancuran air panas.
  • Sapukan sedikit minyak ke bahagian perinium dan sekelilingnya, kemudian letakkan jari ke dalam vagina dan tekan sedikit hingga anda merasakan tekanan.
  • Kemudian, buat gerakan berbentuk huruf U di sekeliling dinding vagina.
  • Lakukan urutan selama 1 hingga 5 minit.

10. DOA MUDAH BERSALIN

Anda juga boleh amalkan doa mudah bersalin yang berikut:

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. ( Surah Maryam: 26 )

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. ( Doa Nabi Zakaria )

ا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. ( Surah Faatir: 11 )

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan