Wanita Muslimah tentunya ingin memiliki potongan rambut yang cantik, menawan dan mengikut fesyen terkini. Walaupun wanita bertudung tidak dapat menonjolkan gaya rambut yang menarik di hadapan khalayak ramai, namun rambut adalah mahkota wanita. Bertudung bukanlah alasan untuk mengabaikan kecantikan rambut. Sebagai wanita mereka tentunya memiliki naluri untuk menjaga penampilan dari hujung kaki sehingga hujung rambut. Namun wanita Muslimah yang bertudung seringkali menghadapi masalah mendapatkan rawatan rambut di salon-salon kecantikan rambut.
Kebanyakan salon rambut menawarkan khidmat dwi jantina iaitu salon gabungan rawatan rambut wanita dan lelaki. Ini amat menyukarkan bagi wanita bertudung kerana mereka tidak boleh mendedahkan aurat rambut mereka di hadapan lelaki. Disebabkan itu telah wujud inisiatif salon khas bagi muslimah di seluruh Malaysia termasuk di Kuala Lumpur.
Untuk wanita muslimah yang tercari-cari salon rawatan rambut Muslimah di Lembah Klang, anda boleh berkunjung ke salon-salon di bawah ini untuk mendapatkan rawatan dan potongan rambut sekitar Lembah Klang khas untuk anda.
1.Salon Muslimah AFIYA
Salon ini menawarkan khidmat salon rambut untuk wanita Muslimah yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita Muslimah bertudung yang ingin mendapatkan khidmata rawatan rambut dan kecantikan melalui rawatan spa. Antara perkhidmatan rambut yang anda boleh dapatkan di salon ini ialah mencuci rambut, dry cut, wash & cut, relaxing, rebonding dan henna. Anda tentunya akan selesa dengan suasan salon dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Alamat : 42, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook : Afiya Kuala Lumpur – Salon & Spa Muslimah
2. Zara Sofea
Salon rawatan dan gunting rambut terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Antara rawatan rambut yang ditawarkan ialah rawatan kelemumur, rawatan rambut terbelah hujung, gunting rambut, pewarnaan rambut dan lain-lain. Salon dengan konsep mesra wanita dan kanak-kanak ini menyediakan ruangan bermain kanak-kanak dalam premis untuk kemudahan ibu-ibu yang membawa anak untuk mendapatkan rawatan rambut. Anak-anak boleh bermain sambil menunggu ibu mereka selesai merawat rambut mereka.
Alamat : No. 17-2, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
Facebook : Zara Sofea
Laman Web : https://zarasofea.carbonmade.com/projects/5592555
3. Yana Rich Hair & Beauty Saloon (Salon Muslimah)
Salon muslimah terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Salon rambut ini menyediakan khidmat potongan dan penggayaan rambut mengikut tema dan gaya terkini. Salon ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam. Sama ada pada hari minggu atau hujung minggu anda boleh berkunjung untuk khidmat memotong dan mendapatkan gaya rambut yang anda inginkan.
Alamat : 1, Jalan Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook : Yana Rich Hair & Beauty Saloon (Salon Muslimah)
Laman Web : https://salonmuslimahblog.wordpress.com/
4. Salon Muslimah Sue Beauty Saloon
Salon rawatan rambut Muslimah yang terletak berhampiran Batu Caves, Selangor. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan rawatan rambut untuk wanita sahaja. Anda akan merasa selesa melalui rawatan rambut di sini tanpa kerisauan. Mereka turut menawarkan rawatan untuk kecantikan muka dan badan bagi wanita yang ingin kelihatan lebih cantik melalui rawatan spa. Kedai ini dibuka dari jam 10.30 pagi sehingga 6.00 petang dari hari Isnin sehingga Sabtu.
Alamat : Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor
Facebook : Salon Muslimah Sue Beauty Saloon
Laman Web : https://suebeautysaloon.blogspot.com/
5. Spa Salon Hurunain Oasis
Salon rambut wanita terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Spa dan salon ini menawarkan perkhidmatan rawatan rambut dan juga perkhidmatan rawatan kecantikan muka dan badan khusus untuk wanita sahaja. Wanita pasti akan selesa berada di salon ini kerana suasana kedainya yang bersih dan teratur dengan ruang tempat menunggu dan ruang khas untuk pelanggan wanita mendapatkan khidmatan rawatan masing-masing.
Alamat : 104 A Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Facebook : Spa Salon Hurunain Oasis
6. Siti Salon Al-Zahrah
Salon ini mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang. Antaranya di Shah Alam, Bandar Baru Bangi dan Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. Salon ini sememangnya terkenal di kalangan selebriti Muslimah seperti Prof. Dr. Muhaya dan lain-lain. Mereka juga pernah diundang dalam Rancangan Assalamualaikum di 114 TV Alhijrah kerana perkhidmatan yang ditawarkan bertepatan dengan konsep mesra Muslimah. Selain salon untuk rawatan rambut bagi Muslimah, mereka turut menyediakan khidmatan rawatan kecantikan muka dan badan.
Alamat : No. 15-1, Jalan Rampai Maju, Rampai Business Park South, Taman Sri Rampai, 53300, Kuala Lumpur
Facebok : Siti Salon Al-Zahrah
7. Jazeerat El Rahah
Hairstylist mereka terdiri daripada wanita yang mahir menggunting dan merawat rambut wanita. Mereka menyediakan rawatan dan kecantikan rambut secara profesional untuk kepuasan pelanggan. Antara rawatan rambut yang ditawarkan ialah rebonding, relaxer dan rawatan kelemumur. Yang pasti anda boleh mendapatkan potongan rambut secara profesional dari pekerja mereka yang berpengalaman dalam khidmat memotong rambut. Mempunyai dua cawangan iaitu di Kajang dan Bandar Baru Bangi, Selangor.
Alamat : 55-1, Jalan 8/35 Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Facebook : Jazeerat El Rahah
Laman Web : https://elrahah.com/
8. Capello By Nina
Salon rambut khusus untuk wanita sahaja jelas terpapar di papan tanda sebaik sahaja anda memasuki premis ini. Anda boleh mendapatkan khidmat rawatan rambut dari pekerja mereka yang senior atau junior. Suasana salon ini begitu selesa, menarik dan memenuhi ciri-ciri salon khas bagi wanita. Selain mendapatkan rawatan rambut, apa kata anda memanjakan diri dengan rawatan lain yang ditawarkan seperti spa badan dan muka serta rawatan kecantikan kuku.
Alamat : 91, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
Facebook : Capello By Nina
Instagram : Capellobynina
9. QT Muslimah Beauty Salon & SPA
Menawarkan perkhidmatan salon dan kecantikan khusus untuk semua wanita tidak mengira agama dan bangsa. Anda tidak perlu risau tentang aurat kerana hanya wanita sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kedai. Bagi pelanggan setia mereka turut menawarkan rawatan secara percuma bagi bagi yang melalui minimum lima kali rawatan sesi secara tetap. Salon ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam. Selain rawatan untuk rambut mereka juga turut menawarkan khidmat kecantikan badan dan muka.
Alamat : 1-2, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor
Facebook : QT Muslimah Beauty Salon & SPA
10. Medina Ladies Beauty Salon
Salon rawatan rambut wanita terletak di Shah Alam. Antara perkhidmatan rambut yang disediakan ialah rawatan kelemumur, rawatan rambut gugur, mencuci dan memotong rambut. Mereka menawarkan rawatan secara pakej pada harga yang berpatutan untuk wanita. Untuk lebih cantik lagi, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan untuk kecantikan muka dan badan. Mereka beroperasi dari hari Rabu sehingga Isnin kecuali pada hari Selasa
Alamat : 45A, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Facebook : Medina Ladies Beauty Salon
Instagram : medinaladiessalon