10 Resort Spa Di Malaysia Untuk Anda Releks

Product Details

Bersenang-senang di resort penginapan bertaraf lima bintang yang menawarkan perkhidmatan spa dan urutan adalah saat paling releks yang anda boleh nikmati sepanjang percutian. Tentunya ramai yang mengimpikan percutian paling menenangkan dalam suasana resort yang mewah sambil dilayani dengan penuh mesra di pusat rawatan spa yang disediakan. Memanjakan diri di pusat spa saat menginap di hotel menjadi pilihan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berbeza. Biasanya kita lebih gemar memenatkan diri berjalan ke sana ke mari mengunjungi tempat-tempat menarik dalam percutian. Tidak ramai yang mengambil peluang keemasan saat bercuti dengan menginap di hotel-hotel yang menawarkan khidmat urutan dan rawatan spa.

Di Malaysia terdapat begitu banyak pilihan hotel beserta kemudahan mengurut dan rawatan kecantikan di pusat spa yang disediakan. Kebanyakannya terdiri daripada hotel bertaraf empat dan lima bintang yang jauh lebih selesa dengan pelbagai kemudahan untuk pelanggannya.

Jika anda berhasrat bercuti di Malaysia sambil memanjakan diri di pusat rawatan spa, kami senaraikan 10 hotel bertaraf empat dan lima bintang terbaik yang mampu memberi layanan terbaik untuk kepuasan anda.


1. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang

Resort ini terletak di Bukit Tinggi iaitu kira-kira 45 kilometer dari Kuala Lumpur. Persekitaran resort yang terletak di kawasan perbukitan dikelilingi hutan tropika begitu mendamaikan. Resort ini mempamerkan konsep penginapan dan rawatan spa dan kesihatan berasaskan dari negara Eropah. Peralatan spa mereka diimport dari negara Eropah. Maka tidak hairan pengalaman spa yang bakal anda nikmati penuh dengan gaya kemewahan. Pelanggan boleh menjalani urut seluruh badan, kesihatan dan kelangsingan serta rawatan kecantikan badan dan muka.

Alamat : The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, KM 48, Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, 28750 Bukit TInggi, Pahang

Laman Web : http://www.thechateau.com.my/la-sante-spa/


2. Philea Resort & Spa, Melaka

Kunjungi Tanjung Wellness Spa iaitu pusat rawatan spa yang terletak di kawasan Philea Resort & Spa, Melaka. Ia menggabungkan konsep gaya urban dan tradisional bertaraf lima bintang. Menawarkan beberapa rawatan secara pakej dan ala carte. Antaranya disediakan pakej rawatan untuk pasangan lelaki dan perempuan, spa untuk kanak-kanak, rawatan mandian, serta rawatan ala carte seperti rawatan kuku dan mandi skrub.

Waktu Buka : Selasa – Sabtu (2.00 petang – 10.00 malam), Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang), Tutup hari Isnin

Alamat :  Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, 75450 Melaka

Laman Web : https://www.phileahotel.com.my/melaka/spa/spa.aspx


3. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya

Sembunyi Spa nama pusat rawatan spa yang diberikan oleh Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. Anda boleh merehatkan minda dan badan dengan melalui pilihan rawatan yang disediakan seperti urutan badan, rawatan kecantikan wajah, urutan dan mandian kaki serta lain-lain rawatan secara pakej dan ala-carte. Pakej ditawarkan bermula pada harga RM120 ke atas. Persekitaran spa yang sungguh mendamaikan akan menghadirkan rasa ketenangan yang mampu menghilangkan stres seseorang.

Alamat : The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor

Laman Web : http://www.cyberviewresort.com/sembunyi-spa/


4.The Taaras Beach & Spa Resort, Terengganu

The Taaras Spa menyediakan beberapa pakej rawatan seperti urutan badan, urutan bahu, refleksologi dan urutan melegakan tekanan. Untuk kecantikan badan pula anda boleh manjakan diri dengan mandian skrub menggunakan bahan dari sumber alam seperti halia dan garam dan daun pudina. Terdapat pakej yang lebih mahal iaitu rawatan pembungkusan seluruh badan sebagai rawatan detoks. Bagi yang ingin kelihatan cantik dan jelita, anda boleh menjalani rawatan muka khas untuk menangani kedutan wajah, pengeluaran detoks dan sebagainya.

Alamat : PO Box 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu

Laman Web : http://www.thetaaras.com

Facebook : https://www.facebook.com/thetaarasbeachresort/


5. The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak

Rawatan spa dan urutan di The Banjaran menggabungkan kosep tradisional dari China, Ayurveda dan Melayu. Rawatan mereka menggunakan ramuan alam semulajadi. Pelanggan menikmati dua jenis rawatan iaitu spa untuk kesihatan dan rawatan aromaterapi. Anda boleh memanjakan diri dengan pelbagai pilihan rawatan. Antaranya rawatan kecantikan kuku, kaki dan tangan, rawatan kecantikan wajah, mandian bunga dan senaman holistik untuk ketenangan minda.

Alamat : 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Laman Web : https://www.thebanjaran.com/spa-wellness/

Facebook : https://www.facebook.com/banjaranhotsprings/


6. The Saujana Hotel Kuala Lumpur

The Spa The Club Saujana Resort menggunakan kaedah rawatan secara tradisional untuk mengembalikan kesihatan dan kecantikan tubuh badan secara semulajadi. Kawasan resort ini dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang mampu menghilangkan tekanan anda di saat bercuti. Pernah memenangi anugerah Haute Grandeur iaitu anugerah spa global bagi tahun 2017. Pusat spa ini turut menyediakan bilik gimnasium bagi yang ingin bersenam.

Waktu Buka : Selasa – Khamis ( 12.00 tengah hari – 10.00 malam), Jumaat – Ahad (10.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat : Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor

Laman Web : http://www.saujanahotels.com/the-saujana-hotel/spa_11-en.html


7. Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang

Manjakan diri anda di pusat rawatan Avani Spa bertaraf lima bintang bagi mereka yang mencintai gaya hidup mewah. Terletak di Sepang, Selangor. Resort ini sesuai untuk persinggahan warga kota dari Kuala Lumpur dan Selangor. Di sini anda dapat menikmati urutan halus dan lembut menggunakan teknik urutan Melayu. Ia menggunakan minyak dari ramuan tradisi dari bahan herba dan rempah ratus yang digunakan dalam rawatan kesihatan. Semua kos rawatan spa dimasukkan dalam bil hotel dan anda tidak perlu membawa beg berisi wang atau kad kredit untuk urusan pembayaran. Penginapan masa kini yang penuh gaya dan memudahkan pelanggan.

Alamat : 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Laman Web : https://www.avanihotels.com/en/sepang/spa#

Facebook : https://www.facebook.com/avanisepanggoldcoastresort/


8. Westin Langkawi Resort & Spa, Langkawi

Tingkatkan deria anda dengan aroma haruman yang menyelubungi Heavenly Spa by Westin. Menggunakan kaedah rawatan tradisinoal India iaitu melalui teknik Ayurveda. Anda boleh memilih jenis rawatan spa yang disukai. Mereka menawarkan penjagaan badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.Antara rawatan yang anda boleh dapatkan ialah kecantikan wajah, rawatan rambut, berurut, mandian skrub, penjagaan kuku kaki dan tangan dan sebagainya. Pelanggan juga boleh menyertai aktiviti kecergasan menerusi kelas kecergasan di gimnasium.

Waktu Buka : Isnin – Ahad (9.00 pagi – 12.00 malam)

Alamat : Jalan Pantai Dato Syed Omar, Kedah

Laman Web : Heavenly Spa by Westin


9. Pangkor Laut Resort, Perak

Nikmati rawatan spa di Spa Village Pangkor Laut sambil menikmati ketenangan percutian di kawasan pantai yang indah. Teknik rawatan spa adalah mengikut kaedah tradisional gabungan tiga budaya iaitu Melayu, Cina dan India. Ia memberikan rawatan berasaskan dari sumber alami semulajadi yang berkesan untuk rawatan holistik. Program rawatan adalah berasaskan kepada konsep mengembalikan keremajaan, ketenangan, mengurangkan tekanan dan detoksifikasi.

Waktu Buka : 9.00 pagi – 8.00 malam (Setiap hari)

Alamat : Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Negeri Perak

Laman Web : http://www.pangkorlautresort.com/spa-village.html


10. Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan

Suite spa mereka diinispirasikan daripada idea unik budaya peranakan kontemporari. Pelanggan dapat merasai pengalaman rawatan dan saat kebebasan sebenar sambil menikmati ketenangan awam dalam layanan penuh mewah.

Alamat : Avillion Port Dickson, 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Laman Web : http://www.avispa.com.my | http://www.avillionhotelportdickson.com/

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...