Rambut adalah mahkota bagi wanita dan lelaki. Menjadi impian setiap manusia untuk memiliki rambut yang hitam berkilat, lebat dan kemas secara semulajadi.  Namun disebabkan masalah fisiologi dan biologi dalam badan manusia kita sering berhadapan dengan masalah rambut yang sukar diatasi. Salah satu masalah masalah rambut yang paling serius dialami oleh kebanyakan manusia ialah keguguran rambut. Keguguran rambut akan membuatkan seseorang hilang keyakinan diri. Rambut yang jarang dan halus sehingga menampakkan kulit kepala mencacatkan penampilan seseorang tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita.

Terdapat pelbagai produk di pasaran yang mampu mengurangkan dan mengatasi masalah keguguran rambut. Selain itu amalan petua lama untuk menyihatkan kembali kulit kepala dari masalah keguguran rambut juga boleh diamalkan. Namun tidak semua produk dan amalan petua ini berupaya membantu anda mengatasi keguguran rambut.

Oleh itu, cara terakhir rawatan adalah dengan mendapatkan rawatan di pusat rawatan rambut yang dilakukan oleh mereka yang pakar dalam kesihatan rambut. Bagi mereka yang menemui jalan buntu dan ingin terus ke pusat rawatan rambut untuk mengubati masalah keguguran rambut, berikut 10 pusat rawatan rambut gugur di seluruh Malaysia yang anda boleh lawati.


1.101 HAIRCARE

Merawat masalah keguguran dan rambut botak melalui kaedah pertumbuhan folikel AFT (Advanced Follicle Treatment).Rawatan ini membuang penyumbatan pada liang folikel kulit kepala yang menghalang pertumbuhan rambut. Langkah ini akan menguatkan rambut baru yang tumbuh dan menghalangnya daripada gugur. Anda boleh mendapatkan rundingan awal daripada penasihat mereka sebelum melalui rawatan sebenar yang ditawarkan. 101 Haircare mempunyai cawangannya di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Penang.

Alamat : No. 13-G, Ground Floor, The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur.

Laman Web : http://www.101hair.com.my


2. DR. SHAH HAIR CLINIC

Merupakan klinik kosmetik yang salah satunya menyediakan rawatan untuk pertumbuhan dan pemulihan semula rambut yang gugur. Klinik mereka dilengkapi dengan perlatan teknologi yang digunakan dalam bidang kosmetik untuk rawatan rambut. Rawatan disediakan untuk lelaki dan wanita.

Alamat : No 29-30, level 1, SS 15/5A, 47500 Subang Jaya,Selangor Darul Ehsan

Laman Web : http://drsmedicalgroup.com


3. DR. KO SKIN SPECIALIST

Merawat masalah rambut gugur melalui kaedah Follicular Unit Extraction (FUE) iaitu kaedah saintifik yang paling canggih untuk pemindahan rambut. Folikel rambut diambil dari bahagian kulit kepala dan ditanam pada tempat rambut gugur.Tiada pisau bedah dan jahitan dilakukan ke atas pesakit. Selain kaedah FUE, terapi laser dan mesoterapi juga menjadi alternatif kepada masalah rambut gugur. Mesoterapi adalah kaedah suntikan vitamin dan protein pada lapisan mesoderma kulit kepala untuk mengatasi keguguran rambut. Laser pula merupakan kaedah rawatan tanpa pisau pembedahan yang membantu merawat kepala yang telah botak akibat keguguran rambut.

Alamat : 10A-22A Jalan Temoh, Off Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang Selangor

Laman Web : http://drkohair.com/


4. YUN NAM HAIR CARE

Yun Nam Hair Care adalah pusat rawatan keguguran rambut yang dipercayai dan disyorkan di Malaysia. Ramai pelanggan yang pernah memberikan testimoni rawatan yang pernah dilalui di kaca televisyen seperti TV3 dan Astro. Kaedah rawatan mereka merupakan gabungan antara penggunaan herba tumbuhan dan teknologi terkini. Pelanggan yang mendapatkan rawatan di Yun Nam Hair Care akan menggunakan tiga jenis produk rambut iaitu terapi perangsang sel rambut, terapi pengukuhan akar rambut dan penggalak folikel rambut. Kebanyakan cawangan mereka terletak di Kuala Lumpur dan Selangor.

Laman Web : http://ynm.one/home/bm/


5. GS-II HAIR CARE

Pakar penjagaan rambut herba Cina di Malaysia dan Singapura. Mereka menyediakan formula herba Cina terbaik untuk pelanggan pada harga yang berpatutan.Pelanggan akan melalui lapan langkah dalam rawatan rambut bermula dari pemeriksaan kulit kepala, semburan intipati herba Cina dan terakhir semburan tonik herba untuk mencapai keputusan rawatan yang terbaik. Bagi pelanggan anda boleh menggunakan produk khas GS-II yang terdiri daripada beberapa produk untuk kegunaan semula di rumah. Cawangan mereka terdapat di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Perak, Kedah dan Singapura.

Laman Web : http://www.gs2haircare.com/index-bm.html


6. SVENSON HAIR CENTRE

Mempunyai tiga cawangan yang terletak di Kuala Lumpur dan Selangor. Pakar pengurusan rawatan rambut ini berasal dari London sejak tahun 1956. Kini ia membuka cawangannya di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Kaedah rawatan mereka adalah gabungan daripada teknologi rawatan rambut dan penggunaan herba seperti halia, rawatan air dan pelbagai vitamin. Mereka mempunyai pakar terapi dan penasihat yang membantu anda mengenal pasti masalah sebenar punca keguguran rambut anda berlaku. Cawangan mereka terletak di serata Malaysia. Antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Penang.

Laman Web : https://www.svensonhair.com.my


7. NEETA’S HERBA INTERNATIONAL

Kaedah rawatan masalah rambut menerusi herba dan teknik Ayurveda berasal dari negara India.. Mereka percaya bahawa produk herba adalah penyelesaian semulajadi yang lebih selamat untuk kulit kepala yang mengalami masalah rambut. Ia lebih dekat kepada memperkenalkan anda produk-produk herba yang berasal dari negara India. Antaranya penggunaan minysak tonik dan henna. Anda boleh mengunjungi cawangan kedai mereka yang terdapat di Kuala Lumpur, Selangor dan Penang.

Laman Web : http://neetasherbal.com


8. DR. RUBAN’S SKIN & HAIR CLINIC

Bagi yang menghadapi masalah rambut gugur dan botak yang tidak mampu diselesaikan, kaedah transplan adalah langkah terbaik mengembalikan rambut di kepala anda. Mereka menggunakan kedua-dua kaedah iaitu FUT dan FUE. Kaedah transplan merupakan cara yang lebih cepat untuk mengembalikan rambut anda. Ia merupakan kaedah semaian rambut pada folikel bahagian kulit kepala yang bermasalah.

Laman Web : https://www.drruban.com/hair-transplant-surgery.html


9. ORIGIN HERBAL HAIR TREATMENT CENTER

Merawat masalah kulit kepala dan rambut gugur menerusi penggunaan produk herba yang sesuai untuk jenis kulit orang Asia. Antara herba Cina terkenal yang digunakan ialah ginseng untuk rawatan kelemumur, Dang Gui untuk peredaran darah di kepala, He Shou Wu untuk menghitamkan rambut dan Ling Zhi untuk kawalan kelemumur. Kesemua produk herba Cina ini sekaligus membantu merawat masalah rambut gugur secara lebih semulajadi dan berpatutan. Cawangan mereka terletak di Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

Alamat : Tam Herbal Hair Solution Centre, No. 30, Jalan Temenggung 15/9, Bandar Mahkota Cheras,Cheras 43200,Selangor.

Laman Web : http://www.origin.com.my


10. PREMIER CLINIC


Klinik rawatan rambut ini terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Mereka menawarkan rawatan rambut gugur menerusi tujuh kaedah rawatan dan setiap satunya mempunyai kelebihannnya yang tersendiri. Antaranya kaedah mesoterapi, Platelet Rich Plasma (PRP), implan dan transplan. Pakar estetik mereka berpengalaman luas dalam masalah rambut termasuk keguguran rambut. Dengan pengalaman dan latihan selama bertahun-tahun, doktor-doktor Klinik Premier menawarkan pilihan rawatan yang selamat dan efektif untuk mengurangkan atau mengurangkan kehilangan rambut. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat secara percuma untuk maklumat mengenai rawatan paling sesuai mengikut masalah rambut yang anda hadapi.

Alamat : No.31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Laman Web : https://premier-clinic.com/