HomeMalay10 Punca Bayi Gugur Dalam Kandungan Ibu Hamil Perlu Berwaspada

10 Punca Bayi Gugur Dalam Kandungan Ibu Hamil Perlu Berwaspada

Terjadinya keguguran kandungan adalah sesuatu yang menyedihkan bagi pasangan suami isteri. Walaupun kedua-dua pasangan lebih-lebih lagi si ibu berusaha menjaga kandungan dengan sebaiknya, namun ia adalah di luar kawalan manusia. Keguguran kandungan boleh menyebabkan pasangan mengalami kekecewaan untuk beberapa tempoh ketika. Namun kesan keguguran bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan menanti kehadiran cahaya mata yang pertama adalah sesuatu yang menyakitkan. Apatahlagi jika mereka menunggu berbulan-bulan malah bertahun-tahun kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumahtangga mereka.

Keguguran Sebelum &  Selepas Trimester Pertama

Keguguran bayi dalam kandungan berisiko bagi mereka yang hamil pada peringkat trimester pertama iaitu semasa bayi dalam kandungan berusia tiga bulan ke bawah. Peratus risiko keguguran amat tinggi iaitu lapan puluh peratus iaitu anggaran tiga keguguran daripada empat kehamilan. Tiga bulan pertama adalah tempoh kritikal di mana ibu-ibu hamil harus mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap maksima.

Risiko keguguran akan berkurang apabila melepasi trimester pertama. Namun ia masih boleh berlaku berpunca daripada pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan.

Punca Utama Bayi Gugur Dalam Kandungan

Apabila berlaku keguguran dalam sesebuah keluarga, ibu yang hamil seharusnya tidak dipersalahkan kerana ini hanya akan menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Pelbagai faktor luaran dalam fizikal ibu hamil yang mempengaruhi keselamatan bayi dalam kandungan. Setiap ibu hamil perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang menjadi punca bayi gugur dalam kandungan.

1.Diabetes

Wanita yang mengidap penyakit diabetes semasa kehamilan berisiko tinggi menghadapi keguguran. Kandungan gula dalam darah yang tinggi pada 13 minggu pertama akan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada ibu hamil dan berisiko kepada bayi dalam kandungan. Komplikasi ini boleh membawa kepada keguguran.

Pemeriksaan doktor secara berjadual dan kerap perlu dilakukan bagi memastikan tahap kandungan gula dalam darah sentiasa terkawal. Ibi hamil yang mengidap diabetes perlu sentiasa memantau kandungan gula dalam darah pada setiap pagi, selepas sarapan, selepas makan tengah hari sehingga ke malam hari sebelum tidur. Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor juga penting diambil secara berdisiplin.

2. Gaya Hidup

Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengamalkan minuman beralkohol dan menghisap rokok mampu membahayakan bayi dalam kandungan. Ibu hamil perlu ingat bahawa apa sahaja makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan akan memberi impak baik dan buruk bayi dalam kandungan.

Amalan merokok akan mengalirkan kesan asap dengan bahan kimia berbahaya dalam kandungan. Malah selepas dilahirkan mereka berisiko tinggi lahir dengan pelbagai komplikasi penyakit yang mengancam nyawa.

3. Rahim Yang Lemah

Rahim lemah adalah keadaan di mana leher rahim membuka lebih awal iaitu sebelum tibanya saat kelahiran. Leher rahim sepatutnya hanya akan terbuka, meregang dan mengembang semasa saat-saat kehamilan berlaku untuk memberi laluan bayi keluar.

Rahim lemah berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya pengalaman melahirkan bayi pra-matang. Ia juga berpunca daripada beberapa keadaan komplikasi rahim kanser dan pendarahan yang teruk.

4. Hipotiroid

Wanita yang didiagnos menghidapi hipotiroid atau hipotiroidtisme berisiko mengalami keguguran. Hipotiroid adalah penyakit di mana tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid secukupnya untuk keperluan badan. Tiroid memainkan peranan penting untuk keseimbangan pelbagai fungsi dalam badan.

Keguguran boleh berlaku semasa kehamilan pada minggu keempat sehingga kelapan. Wanita yang menghadapi hipotiroidtisme perlu mendapat rawatan menerusi ubat-ubatan iaitu sejenis tiroid sintetik. Tiroid sintetik ini selamat diambil dan tidak memberikan kesan kepada bayi dalam kandungan. Doktor mungkin akan meningkatkan dos ubat-ubatan mengikut keperluan sepanjang kehamilan anda. Pada minggu awal kehamilan, pesakit perlu kerap berjumpa doktor untuk semakan kuantiti tiroid dalam badan.

5. Kecacatan Kromosom

Kecacatan kromosom berlaku ketika telur wanita disenyawakan oleh telur lelaki iaitu sperma yang menghasilkan jumlah kromosom yang salah sehingga menyebabkan embrio tidak dapat berkembang dengan baik atau kecacatan embrio. Kecacatan kromosom terjadi disebabkan pelbagai faktor. Antaranya faktor genetik, pendedahan bahan radiasi, pengambilan ubat-ubatan, pendedahan kepada asap rokok dan lain-lain penyebab.

Bagi pasangan yang merancang kehamilan dan kelahiran bayi yang sihat, mereka boleh menjalani pemeriksaan kromosom sebagai persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan. Malah semasa peringkat awal kehamilan juga anda boleh menjalankan pemeriksaan kromosom untuk memastikan keadaan bayi dalam kandungan.

6. Pengambilan Ubat-ubatan

Penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan dipercayai boleh menjadi penyebab keguguran bayi dalam kandungan. Antaranya ubat tahan sakit NSAID atau ubat anti radang tanpa steroid dalam beberapa jenis pil tahan sakit. Antaranya ibuprofen, naproxen dan celecoxib

Ibuprofen sering digunakan sebagai ubat sakit kepala, melegakan sakit otot, sakit badan semasa haid, selesema dan sakit selepas pembedahan. Naproxen juga merupakan sejenis ubat tahan sakit yang biasa digunakan untuk rawatan jangkitan kuman, reumatoid artritis, demam dan sakit badan ketika haid. Ubat ini tidak digalakkan bagi ibu hamil semasa trimester pertama. Celecoxib juga digunakan untuk tujuan yang hampir sama iaitu untuk rawatan reumatoid artritis dan osteoartritis. Ia tidak boleh diambil sehingga usia kandungan mencapai 30 minggu kehamilan.

Selain itu beberapa jenis ubat antiboitik juga didapati berbahaya yang boleh menyebabkan keguguran. Antaranya azithromycin, clarithromycin, metronidazole, sulfonamides, tetracyclines dan quinolines

7. Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan di kalangan ibu hamil adalah sesuatu yang membimbangkan. Ia akan mengakibatkan pelbagai kesan kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan berisiko mengalami keguguran. Namun tekanan perasaan harian seperti terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan kepenatan menyiapkan kerja di pejabat dan kerja rumah tidak sampai kepada peringkat berbahaya yang mengancam nyawa bayi dalam kandungan. Ia melibatkan tekanan perasaan yang serius seperti trauma dan kemurungan.

8. Septate Rahim / Uterus

Rahim menempatkan bayi di dalam kandungan. Sesetengah wanita memiliki bentuk rahim yang tidak normal yang dipanggil septate rahim. Wanita yang mengalami masalah ini biasanya menghadapi dua keadaan iaitu kesukaran untuk hamil dan risiko keguguran. Bentuk rahim yang tidak normal ini adalah keadaan di mana rahim wanita terbahagi menjadi dua bahagian. Ia membentuk jalur atau lapisan dinding dipanggil septum yang boleh membahagikan rahim kepada dua bahagian berasingan.

9. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

PCOS adalah sejenis masalah gangguan endokrin yang memberi kesan terhadap kestabilan hormon. Ia boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami ketidaksuburan dan keguguran semasa hamil. PCOS terjadi akibat pelbagai punca. Obesiti dan pengambilan ubat kawalan kehamilan adalah di antara penyebab yang dikenalpasti.

10. Keracunan Makanan

Siapa sangka keracunan makanan di kalangan ibu hamil boleh membawa kepada keguguran. Makanan beracun yang mengandungi bakteria tertentu yang berbahaya seperti listeriosis, salmonella enterocolitis, toxoplasmosis dan E. coli enteritis boleh mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan.

Senaman : Adakah Boleh Menyebabkan Keguguran ?

Sesetengah wanita hamil risau untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal sejak peringkat awal kehamilan. Senaman ringan bagi ibu hamil adalah amat digalakkan oleh pakar-pakar perubatan. Terutama wanita yang mengalami masalah kesihatan berisiko tinggi kepada bayi dalam kandungan. Antaranya kencing manis dan obesiti.

Anda boleh melakukan senaman minimum 20 minit sehari, 4 kali seminggu seperti orang normal. Namun langkah berhati-hati perlu diambil seperti tidak melakukan senaman yang terlalu ‘heavy’ yang boleh menyebabkan kecederaan kepada fizikal terutama abdomen.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan