Ramai wanita yang begitu menyayangi kuku tangan mereka. Jarang sekali kita melihat wanita membiarkan kuku mereka dalam keadaan kotor dan menjijikkan. Ini kerana, jari dan kuku adalah aset penting bagi wanita. Melalui jari jemari jugalah terpautnya ikatan antara dua mempelai. Saat sebentuk cincin disarungkan ke jari manis wanita, aset kuku dan jari jemari memainkan peranan penting untuk membuatkan si jejaka jatuh hati selamanya.

Menjaga kecantikan dan kebersihan kuku serta jari jemari amat penting. Ianya bukan sekadar memastikan kuku sentiasa bersih dari dakir dan kotoran yang melekat. Ada teknik tertentu yang boleh menyerlahkan lagi kecantikan aset kuku anda. Teknik terbaik tentulah mendapatkan khidmat penjagaan kuku di pusat spa. Namun tidak ramai wanita yang sanggup membelanjakan duit untuk membuat rawatan kuku.

Oleh itu kami mencadangkan anda mendapatkan produk rawatan kuku yang terdapat di pasaran. Langkah ini lebih mudah, menjimatkan masa dan wang. Terdapat produk kuku yang bukan sekadar menjaga kecantikan kuku. Malah berkesan untuk mengatasi masalah kuku yang sering terjadi. Antaranya kuku pecah, pertumbuhan fungus, kutikel iaitu pertumbuhan kulit mati yang keras, kusam dan sebagainya. 10 produk di bawah ini adalah antara produk penjagaan kuku yang anda boleh dapatkan dengan mudah di kedai dan farmasi.


1. Dermalogica Multivitamin Hand and Nail Treatment

Krim multivitamin untuk rawatan kuku dan tangan. Sesuai bagi mereka ynga mengalami masalah kulit tangan kering dan kasar. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk rawatan kuku yang rosak dan kasar akibat pengelupasan. Ia bertindak dengan cara melembapkan dan mencegah tanda-tanda penuaan pada jari tangan secara khusus. Diperkaya dengan vitamin A(Retinol) sebagai vitamin untuk lapisan dalaman kulit disamping memutih dan mencerahkan tangan dengan ekstrak likoris dan vitamin C. Vitamin Pro-Vitamin B5 dan ekstrak alga, ginkgo biloba, vitamin E dan biji anggur menjadikan kuku jari jemari anda lebih sihat.

Apa kata pengguna mengenainya ?


2. Innisfree Intensive Nail Balm

Krim balsam untuk menguatkan kuku jari. dengan kandungan kalsium di dalamanya, kuku anda akan semakin kuat serta mengelakkan dari pecah dan kuku yang terhakis. Sapuan pada seluruh tangan dan kuku anda menjadikan kulit tangan dan kuku anda sentiasa dalam keadaan lembap. Ia mengandungi madu canola dan seramida yang berkesan untuk kelembapan. Krim ini mampu menyerap ke dalam struktur kuku keras. Pakai secara kerap bagi anda yang mengalami kerosakan kuku iaitu setiap kali sebelum tidur dan pada waktu siang.

Apa kata pengguna mengenainya ?


3. The Body Shop ALMOND HAND & NAIL CREAM

Hindari kekeringan jari tangan dan kesosakan kuku dengan produk penjagaan tangan dan kuku oleh Body Shop. Ia mengandungi minyak almond iaitu salah satu bahan utama yang digunakan untuk rawatan kuku di pusat spa. Juga mengandungi mentega syea atau shea butter untuk meningkatkan kelembutan tangan dan kuku sepanjang masa. Krim tangan harian ini akan menjaga kuku dan tangan anda setiap hari secara efektif.

Apa kata pengguna mengenainya ?


4. NeoStrata Nail Conditioning Solution

Pulihkan kuku bermasalah yang kering dan rapuh dengan NeoStrata Nail Conditioning Solution. Ia diformulasi secara klinikal melalui campuran asid asetil mandelik dan pro-vitamin E. Ia akan menguatkan semula kuku yang rapuh dan mudah terbelah. Juga mengembalikan kilauan kuku yang kusam akibat kerosakan. Juga berkesan untuk rawatan kutikel iaitu kulit mati kasar yang sukar dihilangkan pada jari jemari. Gunakan dua kali sehari untuk melihat keberkesanannya.

Apa kata pengguna mengenainya ?


5. Sephora Collection Instant Nail & Cuticle Care

Dapatkan kuku yang lebih sihat dan kuat daripada produk Sephora. Ia bukan sahaja merawat kuku yang bermasalah, kusam dan mengakis. Malah ia dicipta khas untuk rawatan kutikel iaitu kemunculan kulit kasar sekitar kuku jari tangan. Ia mengandungi bahan pelembap dari sumber tumbuhan iaitu minyak kamelia yang akan mencegah dehidrasi di bahagian tangan dan kuku. Tidak mengandungi paraben. Untuk menanggalkan kutikel, rendamkan jari tangan anda ke dalam campuran minyak ini dengan air. Kelembapan dari minyaknya akan melembut dan menanggalkan kutikel dengan mudah. Kuku juga semakin bersinar dan kuat.

Apa kata pengguna mengenainya ?


6. CIATÉ LONDON Marula Cuticle Oil Dry and Peeling Nails

Minyak pelembap yang merawat keadaan kuku yang lemah, pecah, merekah, kusam dan tumbuh secara tidak sihat. Ia dihasilkan daripada minyak marula dan minyak almond yang mampu melembap dan merawat masalah kutikel tiga kali lebih berkesan. Diperkaya dengan bahan D-Panthenol yang mengandungi molekul yang mampu menembus ke dalam struktur kuku dan kutikel yang keras dan kasar. Ini sekaligus dapat melembutkan semula kedua-duanya supaya lebih halus dan lebih mudah untuk dirawat. Ia diharumkan dengan wangian ros yang segar dan buah blueberry. Kandungan vitamin E pula akan mengekalkan kelembapan kuku beserta dengan perlindungan anti-oksida.

Apa kata pengguna mengenainya ?


7. CIATÉ LONDON Nail Quench For Dehydrated Brittle Nails

 

Kolagen untuk perlindungan kuku tangan dari kerosakan. Ia bertindak melalui kandungan vitamin pelbagai jenis ekstrak tumbuhan termasuk buluh. Dengan penggunaan Nail Quench, kuku jari anda dilapisi ‘perisai’ yang melindungi kuku dari pecah, mengakis atau tercabut dari kedudukannya.Tidak mengandungi bahan paraben dan gluten. Sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan kuku jari yang serius.

Apa kata pengguna mengenainya ?


8. ISDIN Betalfatrus Nail Treatment

Dengan Betalfatrus, kuku anda tumbuh dengan kuat, sihat dan lebih cantik. Produk ini mampu memperbaiki, menguatkan dan melindungi semua jenis kuku, lelaki dan perempuan. Sama ada kuku anda masih dalam keadaan elok atau semakin rosak, anda boleh menggunakannya untuk memperbaiki dan mencantikkan semula strktur kuku. Kuku dan jari anda akan rasa lebih lembap. Dengan ini rekahan yang terjadi sekitar kuku dan jari dapat dirawat semula hari demi hari.

Apa kata pengguna mengenainya ?


9.EMTRIX Fungal Nail Treatment

Lihat keberkesanannya dalam masa satu minggu. Ia merawat pelbagai jensi masalah kuku sama ada kukuh terhakis, pecah, kusam dan pertumbuhan fungus yang membuatkan anda derita. Ia dihasilkan secara klinikal khus untuk mereka yang mengalami penyakit kuku berpunca dari pertumnuhan kulat. Ia digunakan untuk kedua-dua kuku tangan dan kuku kaki yang bermasalah. Warna kuku akan kembali bersinar selepas sembuh daripada pertumbuhan fungus. Struktur kuku akan bertukar lebih halus dalam masa seminggu penggunaan secara konsisten.

Apa kata pengguna mengenainya ?


10. MICROCELL Nail Repair Remover

Membantu mereka yang mengalami masalah kulit kuku yang tidak kuat dan mudah pecah. Ia dicipta khas untuk rawatan kuku tangan yang bermasalah. Tidak mengandungi cecair aseton tetapi mampu mengilatkan dan mengembalikan kilauan kuku supaya kelihatan lebih sihat menarik. Sesuai untuk semua jenis kuku, lelaki dan wanita. Gunakan kapas untuk sapuan dua kali sehari.

Apa kata pengguna mengenainya ?