10 Produk Pembersih Kanta Lekap Terbaik Di Pasaran

Product Details

Penggunaan kanta lekap setiap hari untuk tempoh masa yang panjang pastinya memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang teliti. Sebagai pengguna kanta lekap, anda tentunya mengetahui betapa pentingnya kerperluan mendapatkan cecair pembersiha kanta lekap terbaik di pasaran yang mampu membersihkan kanta lekap anda secara efektif, berkesan dengan langkah yang tidak merumitkan. Sebagai pengguna kanta lekap yang sentiasa terkejar masa dengan kesibukan, anda memerlukan cecair pencuci kanta lekap yang mampu membersihkan kanta lekap anda melalui langkah mudah dan pantas.

Kesihatan mata pengguna kanta lekap amat bergantung kepada sejauh mana hasil pembersihan sesuatu produk pembersih kanta lekap. Selain bergantung kepada sesuatu produk pembersih kanta lekap, ketelitian anda semasa mengikuti langkah-langkah pembersihan amat penting. Jika tidak, kedua-dua belah mata si pemakai berisiko dijangkiti mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan. Jangkitan ini akan menyebabkan mata anda mengalami kemerahan, kegatalan dan berair secara tanpa henti.

Berikut ialah langkah asas pembersihan kanta lengkap yang anda patut ketahui.

  1. Cuci tangan menggunakan sabun sebelum menyentuh kanta lekap.
  2. Keluarkan kanta lekap dari kedua-dua belah mata.
  3. Titiskan beberapa cecair pembersih pada kanta lekap. Gosok kanta lekap selama kira-kira 10 saat untuk buang kotoran dan lapisan protein yang terbentuk.
  4. Bilas bekas kanta lekap dengan cecair pencuci.Rendam kanta lekap dalam cecair pencuci yang dipenuhi dalam dua bekas penutup berasingan.
  5. Biarkan kira-kira enam jam sebelum ia digunakan.

Cecair pembersih kanta lekap selalunya boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai farmasi. Sebagai pengguna, anda tentunya sentiasa tertanya-tanya jenama produk pencuci kanta lekap manakah yang harus anda pilih. Berikut disenaraikan 10 pembersih kanta lekap yang anda boleh dapatkan di pasaran.


1. Alcon OPTI-FREE Express Multipurpose Contact Lens Solution

Opti-Free Express ialah penyelesaian untuk kelembapan kanta dab membersihkan kotoran punca kerengsaan dengan berkesan. Ia juga berkesan mencegah pembentukan deposit iaitu pembentukan protein yang biasa terjadi bagi penggunaan kanta sentuh. Anda pastinya mampu menikmati keselesaan yang kekal untuk tempoh masa yang panjang. Kelembapan pada kanta lekap akan menyegarkan mata si pemakai.

Baca komen pengguna mengenai Alcon Opti-Free Express


2. FreshKon Clear Multi-Purpose Solution

Produk penjagaan dan pembersihan kanta lekap terbaik yang diformulakan untuk penjagaan maksimum bagi sebarang jenis kanta lekap yang lembut. Ia sesuai juga untuk kanta lensa berwarna dan hidrogel silikon. Ia mengandungi formula HPMC yang menyegarkan, melembapkan dan membersihkan dengan berkesan dari sebarang kekotoran dan bakteria tersembunyi. Ia mampu menanggalkan pembentukan deposit atau protein pada lapisan kanta dengan sepenuhnya melalui kandungan molekul ionik.

Baca komen pengguna mengenai FreshKon Clear Multi Purpose Solution.


3. Alcon Opti-Free Replenish Multi-Purpose Disinfecting Solution

Opti-Free Replenish merupakan pembersih kanta lekap yang digandakan keberkesanannya dalam mensterilkan kanta dari habuk, kotoran dan bakteria yang tidak kelihatan. Ia diperkuatkan oleh Polyquad dan Aldox yang membasmi mikroorganisma, punca jangkitan dalam mata pemakai kanta lekap. Ia berfungsi decara berkesan dengan kesan air dalaman mata untuk membentuk lapisan perlindungan yang selesa. Anda cuma perlu mengambil masa kurang daripada 30 saat untuk mendapatkan cucian yang bersih. Mata anda akan dapat melihat lebih jelas di sebalik kanta bersih yang bebas dari kotoran dan protein terbentuk yang menyebabkan pandangan menjadi kabur.

Baca komen pengguna mengenai Opti-Free Replenish


4. Polylab Multipurpose Solution

Polylab Multipurpose Solution sememangnya terbukti membersih kanta lekap secara selamat dan efektif. Ia mengandungi formula unik yang mampu membersih, membilas, menghapuskan kuman serta melincirkan kanta di dalam mata. Ia melembap secara berpanjangan untuk keselesaan penggunaan sepanjang hari. Anda boleh merendam kanta lekap dalam casing yang disediakan minimum selama 4 jam. Ia tidak menggosok permukaan kanta untuk memastikan kebersihannya.

Baca komen pengguna mengenai Polylab Multipurpose Solution


5. Alcon Clear Care Plus with Hydraglyde Cleaning & Desinfecting Solution

Clear Care Plus with HydraGlyde mampu membersih dan menyingkirkan kuman yang melekat pada kanta lekap dengan berkesan. Mengandungi buih-buih hidrogen peroksida yang berfungsi secara efektif dengan membersihkan sebarang jenis kotoran, habuk dan protein dari kanta lekap. Ia juga memberi kelembapan berpanjangan untuk penggunaan yang lebih selesa dan jelas dari sebarang pandangan samar.

Baca komen pengguna mengenai Alcon Clear Care Plus with HydraGlyde


6. Bausch & Lomb Sensitive Eyes Plus Saline Solution

Bausch & Lomb Sensitive Eyes Plus Saline Solution merupakan cecair saline menghilangkan kekotoran dari lapisan kanta lekap yang lembut. Juga menghilangkan deposit kalsium sedia ada dan deposit baru daripada terkumpul dengan pembasmian kuman haba. Ia diformulasi dari bahan potasium yang merupakan salah satu komponen dalam air mata. Pembersih kanta lekap ini tidak sesuai bagi mereka yang mengalami alahan. Bebas dari thimerosal dan sorbic. Ianya selamat untuk cucian setiap hari tanpa sebarang kesan.

Baca komen pengguna mengenai Bausch & Lomb Sensitive Eyes Plus Saline Solution


7. Bausch & Lomb Boston Simplus Multi-Action Solution

Bausch & Lomb Boston Simplus Multi-Action Solution menawarkan keselesaan terbaik untuk mata anda. Dengan sebotol cacair penjagaan harian kanta lekap ini, ia mampu membersihkan, membasmi kuman dan menyingkirkan pembentukan gas menjadikan kanta lebih licin dan bersih. Ia juga membersihkan sepenuhnya lapisan protein dengan kemampuan yang lebih baik.

Baca komen pengguna mengenai Bausch & Lomb Boston Simplus Multi-Action Solution


8. Bausch & Lomb Boston One Step Enzymatic Cleaner

Bausch & Lomb Boston One Step Enzymatic Cleaner memudahkan anda dengan pembersihan yang efektif. Ia menyingkirkan deposit protein yang melapisi permukaan kanta lekap dan gas telap yang membentuk gelembung halus pada permukaan kanta. Anda akan rasa lebih selesa dan yakin menggunakannya tanpa sebarang kerisauan. Penggunaannya amat mudah dan menjimatkan masa dengan langkah cucian paling mudah.

Baca komen pengguna mengenai Bausch & Lomb Boston One Step Enzymatic Cleaner


9. Alcon Opti-Free Pure Moist Multi-purpose Disinfecting Solution

Alcon Opti-Free Pure Moist Multi-purpose Disinfecting Solution melindungi dan membersihkan kanta lekap anda dari sebarang kekotoran dan mikroorganisma dari formula dua jenis bahan iaiatu Polyquad dan Aldox. Bersihkan kanta lekap anda dengan beberapa langkah iaitu membasahkan kanta lekap, menggosok dan seterusnya membilas. Akhir sekali, simpan kanta lekap dalam bekas kecil berpenutup yang disediakan. Sedia digunakan selepas disimpan selama lebih kurang enam jam.

Baca komen pengguna mengenai Alcon Opti-Free Pure Moist Multi-purpose Disinfecting Solution


10. Alcon Clear Care Lens Solution with Lens Case

Clear Care Cleaning & Disinfecting Solution mengandungi buih-buih pembersihan yang dikuasakan oleh bahan hidrogen peroksida. Kanta lekap anda lebih bersih, segar seperti baru digunakan. Ia juga bebas dari sebarang bahan pengawet. Ikuti langkah mudah pembersihan secara tertib bermula dari cucian tangan sebelum memegang kanta, bilasan dan rendaman selama 6 jam dalam bekas tertutup yang disediakan. Anda bersedia memakainya untuk nikmat pemandangan yang lebih jelas.

Baca komen pengguna mengenai Clear Care Cleaning & Disinfecting Solution

 

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...