Semasa memilih mesin basuh yang ingin dibeli, apakah perkara-perkara penting yang perlu anda pastikan sebelum membuat keputusan untuk memilih suatu mesin basuh? Adakah dari segi jenama, warna, keupayaan sama ada semi-auto atau auto. Adakah mesin basuh pintu depan lebih menjadi pilihan berbanding pintu di bahagian atas? Mungkin ada yang lebih mengutamakan saiz berbanding perkara lain dalam pemilihan mesin basuh khususnya untuk kegunaan rumah. Duit poket juga memainkan peranan penting dalam pemilihan mesin basuh di rumah. Semakin tinggi bajet anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan mesin basuh terbaik untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Menentukan Saiz Mesin Basuh Untuk Keluarga Besar

Pelbagai jenama mesin basuh boleh anda pilih di pasaran. Walau apa jua jenama dan, jenis dan rekabentuk mesin basuh yang menjadi pilihan hati anda, perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah memilih saiz mesin basuh yang tepat untuk keluarga dan pastinya diri anda sendiri. Bagi mereka yang memiliki keluarga besar atau merancang untuk menambah anggota keluarga di masa depan, saiz mesin basuh yang dipilih adalah ciri terpenting yang anda harus pastikan sebelum membuat keputusan membeli.

Penjimatan Dari Segi Masa, Tenaga & Elektrik

Saiz mesin basuh yang terlalu kecil untuk keluarga besar pastinya mendatangkan masalah untuk anda di masa depan. Masa anda akan terbuang kerana perlu mengulangi proses mencuci dan mengering secara berulang kali sehingga semua pakaian habis dicuci.

Tenaga anda akan terbuang kerana terpaksa mengulangi tugas yang sama berulang kali. Penggunaan tenaga elektrik juga akan bertambah apabila baju dicuci dan dikeringkan menggunakan mesin basuh berulang kali dalam sehari.

Saiz mesin basuh yang terlalu besar untuk keluarga kecil juga merugikan dari segi penggunaan tenaga elektrik. Perlu anda ingat bahawa semakin besar saiz dan kapasiti suatu mesin basuh, semakin tinggi penggunaan tenaga akan berlaku.

Oleh itu, anda perlu bijak menentukan saiz dan kapasiti mesin basuh yang tepat untuk diri dan keluarga anda.

Makna Berat Dalam Pemilihan Mesin Basuh

Berat yang dipaparkan dalam ciri-ciri jenama mesin basuh yang dipaparkan di bilik pameran jualan yang anda kunjungi bukan merujuk kepada berat mesin basuh itu sendiri. Paparan berat yang anda lihat seperti 5 kg, 7 kg, 10 kg dan seterusnya itu sebenarnya merujuk kepada jumlah kapasiti berat pakaian yang boleh dimuatkan bagi setiap sekali cucian dilakukan.

Mencuci pakaian melebihi kapasiti suatu saiz mesin basuh akan mengurangkan keupayaan dan tahap kecekapan mesin basuh untuk mencuci pakaian dengan bersih. Jadi, untuk mendapatkan hasil cucian yang bersih dan memuaskan hati bergantung kepada kebijaksanaan anda dalam menyesuaikan kapasiti pakaian yang ingin dibasuh dengan saiz mesin basuh yang anda miliki. Cara terbaik untuk menentukan berat pakaian tentulah melalui kaedah timbangan. Namun agak mustahil bagi kita untuk menimbang berat bagi setiap helai pakaian.

Anda boleh membuat sedikit catatan nota ringkas untuk menentukan saiz pakaian tertentu seperti t-shirt, baju kemeja, baju kurung, seluar jeans, selimut, toto dan sebagainya yang anda gunakan sehari-hari. Anggaran saiz ini akan memudahkan anda untuk menentukan jumlah helaian dan jenis pakaian atau material yang perlu dimasukkan bagi setiap kali cucian.

Secara ringkas pengiraan berat cucian boleh dikira berdasarkan pengiraan berikut :

  • 1 kilogram = 5 helai T-Shirt @ 1 helai T-Shirt + 1 helai seluar jeans @ 2 helai tuala mandi
  • Kapasiti 6 kilogram seharusnya memuatkan 30 helai T-Shirt @ 12 helai tuala
  • Kapasiti 10 kg seharusnya memuatkan 50 helai T-Shirt
  • Kapasiti 10 kg sesuai untuk keseluruhan langsir bersaiz penuh
  • Kapasiti 7 kg sesuai untuk Comforter/Selimut saiz double
  • Kapasiti 8 kg sesuai untuk Comforter/Selimut saiz queen
  • Kapasiti 10 kg sesuai untuk Comforter/Selimut saiz kings

10 Pilihan Mesin Basuh Auto Untuk Keluarga Besar

Adakalanya agak memeningkan kepala juga untuk memilih mesin basuh yang sesuai untuk keluarga anda. Berikut kami senaraikan 10 pilihan mesin basuh auto untuk keluarga besar anda.


1.LG Middle Free Silver 7kg Top Loader


Mesin basuh ini menggunakan Turbo Drum. Ia mencuci pakaian dengan senyap tanpa mengeluarkan bunyi yang mengganggu keselesaan anda. Susun atur dan arah butang tetapan mudah dikendalikan oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Penutup di bahagian atas daripada material tahan pecah. Sesuai untuk cucian semua jenis material kain. Ia diyakini pengguna dengan kebolehan tahan lasak untuk penggunaan tempoh masa yang lama.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


2. TOSHIBA AW-B1000GM Washer TL 9.0KG Circular Air Intake


Berkeupayaan menghasilkan fungsi pusingan udara secara berulang dalam tub pencuci sepanjang proses membersih bagi meningkatkan kecekapan penegringan secara maksimum semasa fungsi ‘spin’ berlangsung. Dilengkapi dengan sistem suntikan air berkembar untuk pengaliran air yang lebih pantas dalam pengisian tub. Ini membolehkan air meresap dengan baik dalam setiap helaian fabrik yang dibasuh.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


3. Hitachi SF-160XWV 16KG Top Load Washer


Kapasiti mesin ini sangat sesuai untuk bilangan ahli keluarga yang sangat ramai. Ia berkeupayaan mencuci secara efektif. Pintu di bahagian atas menjadikan ia lebih selamat untuk kanak-kanak. Semasa membasuh anda boleh menekan butang tambahan air jika perlu tanpa perlu membuka penutup. Fungsi cucian yang amat memudahkan.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


4. BOSCH Washer 8.0KG WAP24260SG 1200RPM


Berkeupayaan mencuci dengan senyap, tetapan pemilihan suhu air yang berbeza dan arahan butang tetapan yang mudah untuk dikendalikan. Juga terdapat fungsi reboot jika berlaku kesilapan dalam tetapan anda. Ia merupakan mesin basuh keluarga yang tahan lasak untuk penggunaan lebih lama.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


5. Panasonic 8Kg Top Load Washing Machine

Mesin basuh ini terbaik dalam fungsi penjimatan air dan lebih mesra alam sekitar. Untuk mengelakkan gangguan kanak-kanak semasa mencuci, anda boleh tetapkan butang keselamatan yang dapat mengunci jika kanak-kanak menekan sebarang butang semasa proses mencuci. Pakaian juga mudah dibersihkan kerana ruang dalaman yang luas.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


6. Samsung WA6700 Top Load Washer with activ dualwash™, 14kg

Tub cucian yang lebih besar untuk penyerapan air lebih baik ke setiap helaian fabrik. Material tub berkualiti tinggi tidak meninggalkan sebarang kesan sabun atau detergen yang sukar dibersihkan. Oleh itu ia mengurangkan risiko detergen tidak larut semasa cucian dijalankan.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


7. Hitachi SF-120XAV 12KG Top Load Washer


Pilihan ideal untuk keluarga besar dengan kapasiti cucian sehingga 12 kilogram. Mencuci pakaian secara pantas, bersih dan efisyen.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


8. Samsung WW8500K Front Load Washer with AddWash, 12 kg


Dengan mesin basuh ini tiada masalah jika anda ingin menambah helaian pakaian semasa mesin sedang berrfungsi. Anda boleh mengawal mesin ini dari telefon bimbit anda menerusi pemasangan aplikasi yang menghubungkan mesin dan telefon anda.

Baca komen pengguna mengenai mesin ini


9. Electrolux EWF-14113 11KG Front Load Washer


Mesin basuh ini dilengkapi fungsi sensor yang akan memberi amaran jika melebihi kapasiti ditetapkan. Ia mencuci dalam air sejuk dengan baik dan bersih tanpa melunturkan warna pakaian. Warna dan material pakaian lebih terjamin dengan mesin basuh ini.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini


10. LG 17kg Top Loading Washing Machine


Mencuci dengan bersih dan dalam masa yang sama mengurangkan kedutan pada pakaian. Mempunyai fungsi air suam untuk melarutkan sabun dan detergen dengan berkesan tanpa menyebabkan gumpalan sabun pada pakaian.

Baca komen pengguna mengenai mesin basuh ini