HomeMalay10 Penyakit Kanser Pembunuh Utama Di Malaysia

10 Penyakit Kanser Pembunuh Utama Di Malaysia

Kadar peningkatan kes kematian akibat penyakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Di hospital kerajaan, peratusan kematian pesakit kanser dicatatkan sebanyak 12.6% di seluruh hospital kerajaan manakala hospital swasta mencatatkan peratusan kematian sebanyak 26.7% iaitu dua kali ganda di Malaysia. Ini sekaligus menjadikan penyakit kanser sebagai penyebab utama keempat yang penjadi punca kematian di Malaysia.

Lebih menakutkan, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 37,000 pesakit didiagnosa menghidapi penyakit kanser pada setiap tahun. Angka ini dijangka meningkat kepada 55,000 menjelang tahun 2030. [1]

Perangkaan ini pastinya amat membimbangkan kita. Maka tidak hairan jika kita lihat orang yang kita kenali dari kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan menjadi mangsa kepada salah satu penyakit maut yang paling menggerunkan ini. Menurut laporan ini, secara kolektifnya terdapat 15 jenis penyakit kanser yang paling ramai dihidapi oleh rakyat Malaysia yang merupakan kanser pembunuh utama di Malaysia. Wanita dikatakan lebih ramai menghidap penyakit kanser berbanding lelaki di Malaysia. Tetapi catatan nilai ini tidak menunjukkan perbezaan yang begitu ketara

Kanser kini merupakan penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat Malaysia.Tiga jenis kanser yang tertinggi…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, February 3, 2019

Jadi, apakah 15 penyakit kanser yang menjadi pembunuh utama di Malaysia? Berikut ialah senarainya.

1.Kanser Paru-Paru

Ramai pesakit didiagnosis menghidap penyakit kanser paru-paru setelah ia merebak ke peringkat III atau IV. Umum mengetahui bahawa merokok boleh menjadi salah satu punca seseorang menghidap kanser paru-paru. Namun faktor keturunan atau genetik juga meningkatkan risiko seseorang itu menghidapi penyakit ini sama ada dari keluarga terdekat seperti ayah, ibu, kalangan adik beradik dan juga saudara mara.

Kajian data di Malaysia menunjukkan kebanyakan pesakit kanser yang dihidapi dari kalangan lelaki berpunca dari amalan merokok untuk tempoh masa yang lama. Kebanyakan pesakit yang didiagnosis menghidapi kanser paru-paru adalah mereka yang dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas. Hanya lima peratus sahaja pesakit berusia di bawah usia 40 tahun. [2]

2. Kanser Payudara

Kanser payudara merupakan kanser utama berlaku di kalangan wanita. Nisbah pesakit kanser payudara berlaku 1 dalam 19 wanita di Malaysia. Ini berbeza dengan nisbah wanita di Eropah dan Amerika Syarikat iaitu 1 daripada 8 wanita akan menghidap penyakit kanser payudara. Kanser payudara sebenarnya tidak hanya terjadi kepada wanita. Ia juga berlaku kepada lelaki. Akan tetapi peratusannya amat rendah di kalangan lelaki iaitu hanya satu peratus sahaja. Kanser payudara dikategorikan mengikut jenis.

Ia bergantung kepada sejauh mana merebaknya sel kanser sama ada setempat di sekitar kelenjar susu, saluran susu, jangkitan melepasi dinding kelenjar susu, jangkitan ke tisu payudara lain dan seterusnya ke bahagian lain tubuh. Sejarah keluarga, faktor umur dan gaya hidup seseorang adalah antara penyebab utama sesorang wanita menghidapi kanser. Wanita yang menyusukan anak untuk tempoh antara setahun ke dua tahun dikatakan dapat menurunkan risiko menghidapi kanser payudara.

3. Kanser Kolon / Usus

Lebih dikenali sebagai kanser usus. Kanser ini adalah antara kanser yang paling sukar dikesan kerana tanda-tandanya menunjukkan tanda yang terlalu umum seperti cirit-birit, sembelit, pendarahan rektum atau dubur, pembuangan mukus, darah berterusan dalam najis, dan sakit bahagian bawah abdomen, kekembungan atau rasa tidak selesa. Simptom ini sering dianggap ringan oleh kebanyakan pesakit menyebabkan mereka tidak sedar penyakit telah merebak ke tahap akhir. Di Malaysia, kanser kolon dikesan paling banyak dihidapi oleh penduduk di Sarawak, khususnya kaum lelakinya tanpa diketahui punca mengapa ia paling banayak berlaku di negeri ini. [3]

4. Kanser Nasofarinks

Kanser nasofarinks adalah kanser yang berlaku di bahagian mukosa yang terletak di belakang rongga hidung. Ia merupakan sebahagian daripada rongga pernafasan Di Malaysia, penyakit kanser nasofarinks di kalangan lelaki adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita. Dalam perangkaaan juga, penduduk di Sarawak menunjukkan perangkaan yang lebih tinggi berbanding lain-lain negeri di Malaysia. Kanser nasofarinks boleh berlaku kepada semua peringkat umur sama ada tua atau belia. Faktor genetik, jangkitan virus EBV (Epstein Barr), pencemaran udara dan faktor pemakanan menyumbang kepada punca berlakunya penyakit ini.

5. Kanser Prostat

Jika wanita dihantui dengan kanser payudara, kanser prostat menghantui kaum lelaki. Prostat adalah bahagian utama lelaki yang berfungsi menghasilkan air mani. Ketumbuhan berbahaya ini terjadi dalam kelenjar prostat. Ketumbuhan iini biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya pada peringkat awal dan tidak semestinya merupakan sel kanser. Ia dikesan sebagai kanser prostat apabila kanser prostat membesar dan mula merebak ke sekeliling prostat. Faktor hormon testosteron yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko lelaki menghidapi penyakit ini. Faktor lain seperti keturunan, usia dan gaya hidup turut menyumbang kepada risiko tersebut. [4]

6. Kanser Otak

Kanser otak atau dipanggil juga sebagai ketumbuhan otak. Walaubagaimanapun, tidak semua ketumbuhan otak adalah kanser. Hanya dua jenis tumor yang diklasifikasikan sebagai kanser iaitu tumor benigna dan tumor malignan. Tumor benigna tidak menyebabkan perebakan ke bahagian badan lain dan biasanya pesakit boleh hidup secara normal setelah tumor dibuang dari bahagian otak. Ia berbeza dengan tumor malignan yang boleh menyerang ke bahagian badan lain. Pening kepala kritikal yang boleh membawa kepada keadaan pitam adalah kemungkinan awal sebagai petanda awal kanser otak. Ia boleh menyerang tanpa mengira jantina, tanpa mengira umur termasuk kanak-kanak. Ia adalah antara penyakit kanser yang digeruni di seluruh dunia.

7. Kanser Perut

Golongan tua dari kalangan mereka yang berumur berisiko menghidapi penyakit kanser perut. Lelaki berisiko dua kali ganda lebih tinggi berbanding kaum wanita. Di Malaysia, peratusan perangkaan tahun 2006 pesakit  kanser perut dari kalangan bangsa cina adalah yang tertinggi iaitu 61.7%, diikuti Melayu sebanyak 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%. Kanser perut juga antara kanser yang sukar dikesan di peringkat awal menyebabkan penghidapnyasering didiagnosis semasa tahap akhir.

Gejala kanser perut hampir menyamai gejala ulser perut seperti pedih hulu hati, masalah penghadaman, muntah, loya, sakit perut dan kesukaran menelan makanan. Kanser perut dipengaruhi oleh lebih banyak faktor. Salah satunya ialah faktor kaum. Selain itu, tabiat penyediaan makanan juga salah satu faktor terjadinya kanser perut. Makanan yang dijeruk dan disalai yang sering diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Jepun pada suatu ketika dulu menjadikan Jepun sebagai salah satu negara dengan penghidap kanser perut tertinggi di dunia. [5]

8. Kanser Hati

Kanser hati sangat berkai rapat dengan penyakit hepatitis. Semua jenis virus hepatitis boleh mendatangkan risiko kanser sama ada virus hepatitis A, B mahupun C. Namun lazimnya, kanser hati berlaku disebabkan jangkitan hepatitis B ataupun C. Kaum lelaki lebih ramai menghidapi kanser ini berbanding wanita. Mereka yang menghidapi penyakit ini biasanya mempunyai kadar kelangsungan hidup yang rendah. Menurut laporan, dijangkakan 500,000 rakyat Malaysia menghidapi penyakit hepatitis C tanpa mereka sedari. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar penyakit kanser hati di Malaysia. [6]

9. Kanser Rahim

Dikenali juga sebagai kanser serviks. Ia adalah kanser pembunuh utama di kalangan wanita selain daripada kanser payudara. Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2007-2011 memetik kanser serviks, ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Malaysia, dengan 7.6 kes per 100,000 wanita. Mengikut pecahan kaum, insiden tertinggi berlaku dalam kalangan wanita Cina, diikuti India dan Melayu.

Salah satu cara mengesan kanser serviks adalah melalui ujian pap smear. Wanita yang telah berkahwin mempunyai risiko lebih tinggi berbanding wanita yang belum berkahwin. Kanser ini juga tidak menunjukkan petanda awal. Pesakit hanya mengesannya selepas mengalami tanda-tanda serius seperti pendarahan dan lelehan faraj yang berbau dan rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin dengan pasangan. [7]

10. Kanser Ovari

Ovari adalah organ yang menghasilkan telur dan hormon wanita. Wanita berusia 40 tahun ke atas berisiko tinggi menghidapi kanser ovari berbanding mereka yang masih muda. Banyak faktor dikaitkan sebagai penyebab terjadinya kanser ovari di kalangan wanita. Antaranya faktor genetik, lewat menopaus dan wanita yang tidak pernah hamil. Mereka ini berisiko menghidap kanser ovari. Salah satu tanda kanser ovari ialah bengkak atau perut membesar sehingga berlaku peningkatan berat badan. Ini menjadi salah satu punca mengapa wanita sering keliru membezakan simptom kanser ovari sebagai kenaikan berat badan menyebabkan mereka lambat melakukan pemeriksaan di hospital.

Itulah 10 kanser pembunuh utama yang paling menggerunkan di Malaysia. Selain itu kanser tiroid, kanser pankreas, kanser darah atau leukimia dan kanser limfoma adalah empat lagi kanser yang menjadi pembunuh utama di Malaysia.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan