Penggunaan pendingin hawa mudah alih sememangnya berguna untuk kenyamanan pelbagai ruang di bilik anda yang boleh dikongsi bersama. Terdapat pelbagai pilihan harga dan saiz pendingin hawa mudah alih di pasaran yang fungsi kenyamanannya setaraf dengan pendingin hawa dinding. Pelbagai jenama pendingin hawa mudah alih menyediakan pelbagai saiz dan pilihan kapasiti yang dapat memenuhi keperluan ruangan yang anda perlukan.

Sebelum membeli suatu model alat pendingin hawa mudah alih, penting untuk anda mengetahui saiz ruangan yang akan menempatkan alat tersebut supaya kapasitinya dapat memenuhi keperluan penyejukan yang paling tepat.

Pendingin Hawa Dengan Saluran Ventilator

Sesetengah pendingin hawa mudah alih mempunyai kaedah pemasangan yang berlainan mengikut syarikat pengeluar jenama tersebut.

Terdapat pendingin hawa mudah alih yang perlu ditempatkan berhampiran tingkap bagi menyalurkan udara panas dari alat pendingin keluar menerusi saluran ventilator yang dihubungkan. Panel ini perlu dipasang di tingkap yang anda pilih dan ruangan tersebut dan pemasangannya agak teknikal. Anda perlu mendapatkan bantuan juruteknik penghawa dingin yang boleh memasangkannya untuk anda. Selain itu, alat pendingin hawa juga perlu ditempatkan berhampiran dengan suis untuk bekalan tenaga kuasa. Jadi untuk memiliki pendingin hawa dengan saluran ventilator ini anda perlu pastikan ia berhampiran dengan tingkap dan suis elektrik.

Pendingin Hawa Mudah Alih Senang Dikendalikan

Kelebihan pendingin hawa mudah alih selain daripada boleh dipindahkan dari satu ruang ke satu ruang yang anda inginkan, ianya lebih mudah dikendalikan oleh anda sendiri. Sebagai contoh anda boleh membersihkannya sendiri dengan mudah daripada habuk dan debu.

Menarik jika dapat memiliki sekurang-kurangnya satu alat pendingin hawa mudah alih dalam bilik tidur anda. Mari kita lihat 10 pendingin hawa mudah alih cadangan 100Comments untuk kenyamanan rumah anda.


1.Midea ionizer Air Cooler(15L)- MAC-215F

Midea adaah antara syarikat yang mengeluarkan barangan elektrik ada harga mampu milik tetapi berkualiti. Midea ionizer Air Cooler(15L)- MAC-215F menjalankan tiga fungsi iaitu sebagai penghawa dingin, penyejuk dan kipas. Mempunyai tiga tahap kelajuan maksimun bagi kipas. Kapasiti pengisian air dalam tangki sebanyak 15 liter dan boleh bertahan sehingga 7 jam lamanya. Mempunyai paparan LED untuk paparan setiap butang fungsi yang boleh ditekan. Saiz alat ini ialah L390mm x W350mm x H705mm. Ia menyediakan juga sebuah alat kawalan jauh supaya anda boeh menukar fungsi tanpa perlu menekan butang pada alat.

Baca komen pengguna mengenai Midea ionizer Air Cooler(15L)- MAC-215F


2. Pensonic Air Cooler PAC-103

Mempunyai tiga mod pengalihan udara iaitu normal, natural dan sleeping. Saiz kapasiti tangki adalah sebanyak 6 liter, dibekalkan dengan penapis honeycomb. Mempunyai tiga tahap kelajuan maksimun bagi fungsi kipas. Pam airnya sangat baik untuk mengalirkan sistem kitaran udara secara efektif. Untuk kesan penyejukan yang lebih nyaman anda hanya perlu tambahkan kiub ais dalam dua paket ais yang dibekalkan. Ciri sistem yang mewujudkan kelembapan membantu mengatasi kekeringan udara dalam ruangan bilik anda terutama pada musim sejuk dan panas.

Baca komen pengguna mengenai Pensonic Air Cooler PAC-103


3. Acson A5PA15C 1.5hp R410A Portable Moveo C-Series Air-Conditioners

Penyaman udara mudah alih yang mesra alam. Ia merupakan gabungan 50% R32 dan 50% R125 iaitu bahan pendingin bahan HFC yang merupakan alternatif mesra alam yang lebih baik berbanding CFC. Juga bebas dari klorin. Mempunyai tiga tahap kelajuan kipas dan empat arah pengedaran dan peralihan udara bagi memeastikan keselesaan tahap maksima. Paparan panel skrin yang interaktif membolehkan anda mengawal tetapan dengan sentuhan lebut jari pada skrin. Dengan kemudahan alat kawalan jauh membolehkan anda mengubah tetapan yang diinginkan dari kerusi sofa yang anda duduki.

Baca komen pengguna mengenai Acson A5PA15C 1.5hp R410A Portable Moveo C-Series Air-Conditioners


4. Hesstar Portable Air Conditioner HAC-P93

Pendingin hawa mudah alih dari Hesstar mampu mengubah ruangan anda menjadi lebih nyaman dan sejuk. Dengan ukuran 9000 Btu, ia mampu menyejukkan saiz ruang maksima 400 kaki persegi. Ia mempunyai tiga tahap kelajuan kipas ditambah dengan fungsi kawalan Auto Fan. Mempunyai kemampuan pemeruwapan air sendiri tanpa perlu pengendalian secara manual. Menghasilkan bunyi minimum iaitu 50dB untuk fungsi yang senyap membolehkan anda tidur lena tanpa kebisingan di malam hari. Berat penghawa dingin ini sekitar 30kg dan mempunyai saiz dimensi 318W X 710H X 528D.

Baca komen pengguna mengenai Hesstar Portable Air Conditioner HAC-P93


5. Midea Portable Air Conditioner MPN1-12CR

Direka menerusi teknologi pengionan untuk keselesaan maksimum. Pendingin hawa mudah alih yang mampu menyingkirkan bakteria dalam ruangan anda. Mempunyai sistem penyejatan udara automatik dimana anda tidak perlu melakukan pembuangan air dari penguras air.

Baca komen pengguna mengenai Midea Portable Air Conditioner MPN1-12CR


6. Elba Portable Air Conditioner R410a ( EWS-9001C)

Pendingin mudah alih dengan saiz dimensi W326 x H728 x D520 (mm). Ia hadir dengan fungsi mod penyahlembapan dimana fungsi kompresor akan dihidup dan dimatikan secara automatik apabila mencapai suhu tertentu. Fungsi kelajuan kipas juga akan dikurangkan. Untuk penjimatan, anda boleh menetapkan fungsi mod Ekonomi dimana suhu akan ditetapkan secara auto pada 27ºC. Dengan ukuran 9000 Btu, ia mampu menyejukkan saiz ruang maksima 400 kaki persegi.

Baca komen pengguna mengenai Elba Portable Air Conditioner R410a ( EWS-9001C)


7. Elba EPAC-A4010D(WH) Portable Aircond 1.0HP

Dikuasai dengan 1.0HP kuasa kuda untuk menggerakkan pemampatan. Mempunyai kapasiti penyejukan biasanya berada dalam sekitar 10000 BTU yang amat sesuai untuk saiz ruang maksima 400 kaki persegi. Juga mempunyai panel paparan LCD dan butang pengubahsuaian tetapan yang boleh dilihat.Mempunyai saiz dimensi 443W x 830H x 340D (mm).

Baca komen pengguna mengenai Elba EPAC-A4010D(WH) Portable Aircond 1.0HP


8. Pensonic Air Cooler PAC-303I

Dilengkapi dengan sistem penapisan honeycomb dan penapis habuk. Untuk penyejukan udara secara efektif ia menggunakan penyejuk fiber gentian tumbuhan. Mempunyai tiga peringkat kelajuan kipas yang boleh ditetapkan serta fungsi pengionan yang menyejukkan.

Baca komen pengguna mengenai Pensonic Air Cooler PAC-303I


9. Milux MAC-7104

Membekalkan kepada anda dua pek ais untuk lebih penyejukan. Dilengkapi dengan sistem penyejatan udara dengan sistem penapisan untuk mengalirkan udara nyaman dan sejuk yang lebih bersih. Kapasiti tanki air boleh diisi sebanyak 4.5 liter. Menjimatkan penggunaan tenaga dengan hanya menggunakan 65 Watt tenaga elektrik. Kelajuan kipas maksimum tiga peringkat. Anda tidak perlu bersusah payah menyemak tahap air dalam tangki kerana alat ini akan membunyikan sistem amaran apabila tangki kehabisan air.

Baca komen pengguna mengenai Milux MAC-7104


10. FABER FAC 703 S Air Cooler

FABER FAC 703 S Air Cooler pada harga mampu milik bagi mereka yang mencari pendingin hawa mudah alih dengan spesifikasi kapasiti tangki 4.0 liter. Ia menggunakan sistem penapisan honeycomb, tidak menghasilkan bunyi bising iaitu pada kadar kurang daripada 60dB

Baca komen pengguna mengenai FABER FAC 703 S Air Cooler