Bila anda bercakap dengan seseorang, pasti anda melihat bibirnya, bukan? Tipulah kalau anda tidak perhatikan bibirnya. Cuba bayangkan kalau bibir kering, merekah, pecah-pecah pasti nampak tak cantik di mata. Anda pun jadi malu mahu bercakap, sudahnya tangan asyik menutup mulut sahaja. Bukan disebabkan mulut berbau tetapi masalah bibir yang agak ‘sadis’ menyebabkan anda langsung tiada keyakinan. 

Jadi, selain mencuba rawatan pengelupasan, apa cara pantas untuk mengatasi bibir kering dan merekah ini. Kiranya ‘sesuatu’ yang mudah di bawa ke mana sahaja. Jawapannya adalah Lip Balm. Ya, lip balm terbaik yang boleh anda calit di bibir pada bila-bila masa. 

Lip balm adalah sejenis gincu yang dilengkapi dengan pelembab dan mempunyai pelbagai fungsi untuk memelihara bibir. Bibir kering dan merekah? Disinilah pentingnya kegunaan lip balm untuk mengekalkan kelembapan pada bibir anda agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.  

Berbeza dengan jenis gincu yang lain, antara fungsi lip balm adalah untuk memberikan perlindungan dari sinaran UV serta memperbaiki kulit bibir anda.  

Foto: Glamour UK

Bila bibir kering, anda memang tak mahu bergincu kerana ia akan buat kekeringan serta kepingan kulit keras pada bibir lebih ketara. Tetapi anda juga tak mahu bibir nampak pucat, kan? Kerana itulah pentingnya melembapkan bibir, ia turut menawarkan sedikit warna, cukup untuk naikkan seri wajahmu. Dirumus dengan asid hialuronik untuk melicin dan melembapkan bibir, lip balm ini sesuai sangat untuk kamu pakai di mana-mana. Ia bukan jenis lip balm yang melekit dan buat bibir kelihatan berminyak sebaliknya bibir nampak glowing dan sihat!

Bibir merekah adalah antara tanda-tanda badan kekurangan air. Ia kelihatan tidak menarik, menganggu, dan ada kalanya berasa pedih atau sakit apabila mulut berkata-kata. Lebih-lebih lagi apabila ia kering dan mengelupas. Tanda-tanda awal bibir akan merekah adalah apabila bibir mula hilang kelembapan dan terasa kering. Menjilat bibir dengan air liur untuk mengekalkan kelembapan bukan satu kaedah yang disarankan untuk mengekalkan kelembapan kerana air liur akan mengering dengan lebih cepat seterusnya, menjadi keadaan lebih teruk.

Selain badan kekurangan air, keadaan persekitanran juga boleh memainkan peranan. Biasanya orang yang tinggal di kawasan yang sejuk, bibir mereka akan lebih mudah kering dan merekah daripada kawasan yang panas. Terutamanya jika ada bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin.

Apa Yang Perlu Anda Elak Jika Bibir Merekah

Menjilat bibir untuk melembabkan bibir sebenarnya adalah satu cara yang salah sebenarnya. Ia mungkin melembabkan bibir seketika, tetapi ia akan kering dengan lebih cepat. Bukan setakat itu sahaja, ia akan menyebabkan bibir lebih kering dari sebelumnya. Ini kerana air liur sebenarnya bersifat menghakis, sebab itu air liur membantu melawaskan makanan.

Satu lagi tabiat yang salah yang biasa dilakukan adalah mengupas kulit bibir yang telah kering. Mengupas kulit kering pada bibir boleh menyebabkan pendarahan jika salah kupas. Ia boleh menyebabkan jangkitan dan memberi rasa pedih pada bibir. Elakkan sebaik-baiknya.

Foto: stylecaster.com

Bagi wanita, tidak dapat lari dari penggunaan lipstick. Di dalam lipstik terdapat lilin yang menyebabkan bibir mengering dalam satu jangka masa. Oleh hal demikian, elakkan mencalit lipstick pada bibir yang kering. Lebih-lebih lagi lipstik yang lama. Ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir.

Pilihan di bawah adalah antara yang paling the best setakat ini yang kami gunakan juga. Ianya sesuai juga digunakan untuk dibawa bersama ketika melancong ke negara beriklim sejuk.

1) Laneige Lip Sleeping Mask

Foto: YesStyle

Lip Sleeping Mask, ianya digubal bagi menyediakan bibir dengan rawatan rapi khas, perlahan-lahan mengurangkan masalah kering, kulit tidak stabil pada bibir sepanjang malam untuk merealisasikan bibir licin dan lembut pada keesokan harinya! Penulis sendiri mengamalkan lip sleeping mask ini setiap malam sebelum tidur, penulis aplikasikan di bibir dan bila bangun esok hari, bibir anda kekal lembap, lembut dan tiada lagi masalah kusam.

Baca review pengguna Laneige Lip Sleeping Mask

2) LipIce Fruity Lip Balm 

Foto: Tokopedia

LIPICE Fruity Lip Balm ialah pelembap bibir yang mengandungi SPF15, bertindak sebagai perlindungan untuk bibir dari sinaran UV. Teksturnya yang lembap dan berbau buah-buahan, sesuai untuk semua peringkat umur serta bebas pewarna tiruan.

Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, tidak akan membahayakan dan menyebabkan iritasi pada kulit bibir. Didatangi dalam 4 jenis pilihan perisa yang berlainan seperti lemon, epal, anggur dan strawberi. 

Baca review pengguna LIPICE Fruity Lip Balm

3) Human Nature 100% Natural Lip Balm

Foto: Jannieology

Pelembap bibir Human Nature ini menggunakan 100% bahan asli dengan campuran terbaik mentega koko, lilin dan minyak semulajadi berharga RM12.65 sahaja!

Pelembap bibir ini juga sesuai dijadikan asas kepada bibir anda sebelum mengenakan gincu dan sesuai untuk digunakan sepanjang hari bagi mengekalkan bibir supaya sentiasa lembut, lembap dan dilindungi daripada kekeringan juga keretakan. 

Terdapat dalam 5 perisa: Peppermint, Berry Wild, Anggur, Ceri dan Cola.

4) Human Nature 100% Natural Tinted Lip Balm

Foto: Foto: Priceprice.com

Pelembap bibir Human Nature ini bukan sahaja berfungsi melembapkan bibir anda bahkan turut bertindak sebagai gincu kerana ianya mengeluarkan warna! 

Juga diperbuat 100% daripada bahan semulajadi dengan harga hanya RM13.70! 

Terdapat dalam tiga warna yang menyeronokkan: Pink Orchid (merah jambu), Kiss Island (coral), Flame Tree (merah).

5) Vaseline Lip Therapy Mini 

Foto: blanja.com

Lip balm jenama Vaseline ini boleh didapati dari drugstore Watsons, diperbuat dengan gel petroleum bertindak sebagai pelembab untuk memerahkan bibir yang gelap. Lip balm Rosy ini akan berwarna merah jambu apabila disapu ke bibir yang gelap dan menonjolkan kecantikan semula semulajadinya.

Mengandungi Vaseline Jelly, ianya bukan sahaja memperbaiki tetapi mengembalikan kesegaran bibir anda supaya tampil bermaya. 

Baca review pengguna Vaseline Lip Theraphy Mini

6) Mentholatum Therapy Lip Gel (8g) 

Foto: Watsons

Mentholatum Therapy Lip adalah lip balm dalam bentuk gel yang berupaya merawat dan memelihara bibir yang kering, pecah dan sensitif yang berpunca daripada ketidakstabilan cuaca terlalu panas atau sejuk. Diformulasikan agar gel lip balm ini mampu untuk menembusi kulit bibir yang kering serta mengembalikan kesegarannya. Lip gel ini memberikan kedinginan berpanjangan untuk bibir anda serta bebas perisa dan pewarna tiruan.

Baca review pengguna Mentholatum Theraphy Lip

7) Clarins Daily Energiser Lovely Lip Balm

Foto: Chic Profile

Clarins Daily Energiser Lovely Lip Balm memberi kesegaran, kelembapan pada bibir bahkan memperbaiki bersama jika anda mempunyai bibir yang bermasalah. Salah seorang penulis di Wanista yang menggunakan lip balm ini berpuas hati kerana ia memberi kelembutan pada bibir dan bau istimewa dari buah pic.

8) Swissvita Moisturizing Lip Balm

Foto: imgrum.pw

Swissvita Moisturizing Lip Balm adalah pelembab bibir untuk merawat dan mencegah bibir kering, merekah, berkedut dan hitam disebabkan pigmentasi. Ia dirumus khas  dengan ejen pelembab yang dapat meratakan tona warna bibir sehingga sekata. Mengandungi anti-kedutan Adipofill’in iaitu sejenis bahan yang boleh memperbaiki garis halus di atas bibir.

Lip balm ini bebas pewarna dan perisa sesuai untuk kegunaan pada bila bila masa. 

Baca review pengguna Swissvita Moisturizing Lip Balm

9) Mentholathum Lip Pure Lip Balm (4g) 

Foto: bijinblair

Mentholatum Lip Pure Lip Balm dirumus khas dengan bahan yang tidak membahayakan tanpa tambahan pewarna atau bahan pengawet. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit bibir termasuk yang sangat sensitif. Diekstrak daripada Royal Jelly Manuka Honey, minyak Olive, protein kacang soya dan minyak benih anggur, selamat digunakan oleh ibu hamil kerana bahan-bahannya 100% semulajadi. 

Baca review pengguna Mentholatum Lip Pure Lip Balm

10) Eucerin Lip Active Sensitive Skin

Foto: Watsons Malaysia

Eucerin Lip Active ini telah direka bagi anda yang mempunyai bibir sensitif. Kandungan Dexpanthenol dan Vitamin E yang terdapat dalamnya mampu melegakan, melembapkan, dan melindungi bibir dari sinaran UV.

Sapukan secara teratur untuk kelembapan dan perlindungan berterusan sepanjang hari dengan harga hanya RM17!

Baca review pengguna Eucerin Lip Active