Salah satu kelebihan terbesar menggunakan lampin kain ialah dari segi penjimatannya untuk wang saku ibu bapa. Berbanding dengan lampin pakai buang yang perlu sentiasa dibeli dan dibuang selepas setiap pemakaian, lampin kain tidak perlu dibuang sebaliknya ia boleh dicuci dan boleh digunakan secara berterusan sehingga kelahiran anak anda yang seterusnya. Memang menjimatkan bukan?

Walaupun tidak dinafikan keperluan penggunaan lampin pakai buang pada keadaan tertentu, bagi mereka yang bijak pastinya akan memanfaatkan lampin kain sebagai salah satu cara penjimatan. Selain itu, faktor kurangnya punca alergi pada kulit bayi, impak kepada alam sekitar, serta perbezaan kesan penggunaan untuk tempoh masa yang panjang ke atas bayi adalah antara faktor penting mengapa setiap ibu bapa harus menyediakan lampin kain di rumah. Bayi yang dipakaikan lampin kain didapati lebih cepat belajar membezakan antara lampin basah dan kering. Ini mempercepatkan lagi proses si kecil untuk belajar menggunakan tandas sekaligus mengelakkan mereka daripada terlalu bergantung kepada penggunaan lampin untuk tempoh masa yang terlalu panjang.

Lampin kain kini yang diperbaharui dari segi rekabentuk dan inovasi teknologi telah meningkatkan lagi keselesaan penggunaannya ke atas bayi sehingga ia mampu bersaing dengan lampin pakai buang di pasaran. Lampin kain masa kini tidak lagi dilihat dalam bentuk ‘old school’ berwarna putih seperti zaman datuk nenek kita dahulu. Sebaliknya ia hadir dengan wajah baru yang lebih menarik dan ceria.

Mari kita lihat 10 lampin kain terbaik yang menjimatkan wang anda. Rekabentuknya juga amat ceria dan memberi keselesaan untuk si comel anda sepanjang masa.


1. GroVia All in One Newborn Cloth Diaper Surf

Direka khusus untuk memenuhi keperluan bayi baru lahir. Lampin kain GroVia All in One Newborn Cloth Diaper Surf ini dihasilkan daripada kain kapas yang dijahit bagi menampung kebasahan dan kekotoran dari hasil pembuangan. Bulu mikro yang lembut di bahagian dalam akan memberikan keselesaan berpanjangan kepada si kecil. Bayi akan tetap merasai kekeringan selepas beberapa kali pembuangan. Lampin kain ini bebas dari bahan toksin dan bahan kimia yang dapat mengurangkan kesan sensitif terhadap bahan kimia kepada kulit bayi. Ia juga pilihan terbaik bagi ibu bapa yang mementingkan kesan pembuangan lampinn pakai buang kepada alam sekitar. Warnanya menarik dengan jahitan yang kemas. Ia mempunyai butang yang boleh diselaraskan mengikut saiz pinggang bayi.

Baca dan lihat ulasan mengenai GroVia All in One Newborn Cloth Diaper Surf


2. Okdeals Reusable Baby Cloth Diapers

Lampin Okdeals Reusable Baby Cloth Diapers mudah diselaraskan mengikut saiz bayi dengan beberapa garisan butang di bahagian pinggang. Laisan luar bersifat kalis air yang mengelakkan daripada kebocoran yang dihasilkan menerusi teknologi fabrik Thermoplastic Polyurethane. Pengaliran udara terbaik yang memberikan keselesaan apabila digunakan untuk jangka masa yang lama. Kulit bayi masih boleh bernafas dan rasa kering setelah beberapa kali pembuangan air. Lapisan poliester yang lembut di bahagian dalam ialah bahagian yang memberi sentuhan terus kepada kulit bayi yang mampu menyerap kelembapan dan mencegah kebocoran. Terdapat poket di bahagian tengah dimana anda boleh masukkan sendiri lapisan mikrofiber yang disediakan. Mempunyai beberapa pilihan warna menarik seperti hijau dan merah.

Baca dan lihat ulasan mengenai Okdeals Reusable Baby Cloth Diapers


3. Charlie Banana One Size Diaper

Sesuai untuk bayi baru lahir. Lampin Charlie Banana One Size Diaper ini mempunyai getah elastik bapa bahagian keliling paha yang akan disesuaikan mengikut saiz paha bayi anda apabila mereka semakin membesar. Jadi ia sangat sesuai untuk penggunaan sehingga bayi anda semakin membesar. Lampin ini meneyediakan sistem 2 dalam 1 di mana anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan lapisan dalam yang boleh dibasuh atau dibuang mengikut keadaan. Ia boleh dilakukan menerusi poket khas yang disediakan. Sebagai contoh ketika melancong. Penggunaan lapisan dalam yang boleh dibuang lebih sesuai. Mempunyai beberapa pilihan warna dalam satu kotak bungkusan.  

Baca dan lihat ulasan mengenai Charlie Banana One Size Diaper


4. Lunatots Button Cloth Diapers

Lampin kain buatan Malaysia. Ia mempunyai butang boleh laras dan boleh dipakai sehingga bayi berusia 3 tahun. Bayi akan merasai kekeringan pada kulit dengan teknologi pembuatan mikro fleece pada bahagian dalam. Bahagian luarnya pula mencegah kebocoran menerusi kain yang dihasilkan daripada Polyurethane Laminate. Lampin ini menyediakan poket di bahagian dalam di mana anda boleh memasukkan lapisan mikrofiber yang dibekalkan. Lapisan ini dapat membantu menyerap kelembapan secara handal. Mempunyai lebih daripada 10 pilihan warna yang menarik.

Baca dan lihat ulasan mengenai Lunatots Button Cloth Diapers


5. Sunbaby Cloth Diaper

Dihasilkan daripada material yang mampu menyerap kelembapan secara berganda serta mengurangkan peluang jangkitan bakteria pada kulit akibat kelembapan urin. Bahan lapisan luar lampin berciri kalis air untuk mengelakkan kebocoran menerusi material yang dihasilkan daripada Polyurethane Laminate. Getah elastik di bahagian keliling paha juga boleh mencegah pengeluaran cecair urin. Bahagian dalamnya mempunyai poket untuk anda memasukkan lapisan mikrofiber tambahan. Lampin ini sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia 3 tahun.

Baca dan lihat ulasan mengenai Sunbaby Cloth Diaper


6. Bambino Mio Training Pants

Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia maksimum tiga tahun. Ia mempunyai sokongan material dibahagian luar daripada bahan kapas bersifat kalis air serta lapisan dalam yang mengelakkan daripada bahan yang bersifat kalis air. Mampu memberikan kekeringan berpanjangan kepad bayi anda. Walaupun ia memberikan kesan kekeringan, bayi akan merasai sedikit kebasahan minimum dimana ia mengajar bayi supaya tahu bila masa yang sesuai untuk ke tandas. Boleh dibasuh dan mudah dikeringkan. Mempunyia beberpaa pilihan warna antaranya biru dan putih.

Baca dan lihat ulasan mengenai Bambino Mio Training Pants


7. Bluelans Baby Caterpillar Cotton Training Pants

Lampin ini juga mempunyai lapisan poket di bahagian dalam di mana anda boleh memasukkan beberapa lapisan dari bahan mikrofiber untuk menyerap lembapan. Lampin kain berkualiti ini mempunyai pengaliran udara yang baik dan bersifat kalis air yang memberikan keselesaan pada kulit bayi dari kebasahan. Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia tiga tahun. Ia dihasilkan daripada gabungan kain kapas dan bahan thermoplastic polyurethane yang tahan bocor. Didatangkan dalam 3 sazi iaitu S, M dan L.

Baca dan lihat ulasan mengenai Bluelans Baby Caterpillar Cotton Training Pants


8. OEM Newborn Baby Coth Diaper

OEM Newborn Baby Coth Diaper adalah lampin kain yang dikeluarkan oleh negara China. Ia dihasilkan daripada bahan poliester yang tahan sehingga 200 kali cucian. Getah elastik di bahagian paha boleh meregang mengikut saiz paha bayi. Ianya bersifat kalis air, mempunyai pengaliran udara yang baik dan dihasilkan 100% daripada bahan kapas yang lembut.

Baca dan lihat ulasan mengenai OEM Newborn Baby Diaper Cloth


9. Holabebe Cloth Diaper

Mempunyai lapisan poket di bahagian dalam di mana anda boleh mengeluarkan lapisan penyerapan yang telah basah untuk gantian lapisan mikrofiber kering. Ianya sesuai untuk penggunaan waktu malam dan untuk bayi yang kerap kencing.


10. Alva Cloth Diapers

Lampin kain dari negara US. Rekabentuknya sama dimana mempunyai lapisan poket bahagian dalam untuk penukaran lapisan mikrofiber yang telah basah dengan yang kering. Ia kuat menyerap kebasahan dan bersifat kalis air di bahagian luar mencegah kebocoran.


Lampin Pakai Buang vs Lampin Kain : Mana Satu Sesuai?