HomeMalay10 Kesalahan Diet Yang Buat Anda Gagal Untuk Kurus

10 Kesalahan Diet Yang Buat Anda Gagal Untuk Kurus

Rancangan pengurusan kurus dan diet bukanlah satu pelaksanaan yang mudah dilaksanakan tanpa disiplin dan asas pengetahuan diet yang tepat.Adakalanya anda memerlukan bimbingan dari coach atau guru yang mahir dalam teknik pengurusan berat badan bagi memastikan tidak berlaku kesilapan maksimum yang boleh menggagalkan rancangan untuk kurus.

Ramai daripada kita yang ingin menurunkan berat badan mampu mengamalkan disiplin diet seperti makan mengikut jadual dan kuantiti yang disarankan. Mereka mampu menukar corak selera makan yang besar kepada corak yang lebih sederhana. Ini kerana kebanyakan daripada mereka yakin dan percaya bahawa dengan mengawal selera makan, mereka mampu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat. Seterusnya memiliki bentuk badan idaman yang diimpikan.

Namun, dalam mengamalkan diet untuk kurus, masih ramai yang tidak sedar tentang kesalahan-kesalahan umum yang seharusnya dielakkan. Pastinya ramai di luar yang sana yang tertanya-tanya apa yang menyebabkan mereka gagal menurunkan berat badan walaupun telah mengamalkan disiplin jadual dan pengambilan kuantiti makanan yang ketat. Bagi anda yang menghadapi masalah ini, 10 senarai kesalahan diet ini mungkin menjadi salah satu anda tidak sukses menurunkan berat badan seperti yang diinginkan.

1. Malas & Keterlaluan Dalam Bersenam

Untuk kurus dan mendapatkan berat badan ideal, tidak cukup dengan hanya mengawal diri dari makan dan minum. Bersenam diibaratkan seperti peribahasa bagai isi dengan kuku dan bagai aur dengan tebing di mana faktor pemakanan dan disiplin bersenam akan saling bekerjasama dan bergantung dalam sistem biologi badan seorang pengamal diet.

Dengan bersenam, anda akan mendapt dua manfaat iaitu kejayaan menurunkan berat badan dan kualiti kesihatan yang lebih baik. Semasa diet, badan seseorang akan mengalami perubahan kadar metabolik . Memiliki kadar metabolik yang tinggi adalah salah satu kunci penurunan berat badan. Metabolisma penting untuk menukarkan makanan yang dimakan sebagai sumber tenaga. Senaman adalah salah satu cara untuk meningkatkan kadar metabolisma.  Tenaga akan diedarkan ke seluruh sel dalam badan dan seterusnya membantu dalam pembakaran kalori.

Wanita dan lelaki masing-masing memiliki tahap keperluan kalori yang berlainan. Kalori dalam badan wanita yang diperlukan adalah sekitar 2000 kalori setiap hari. Manakala bagi lelaki sekitar 2500 kalori. Pengambilan makanan dan minuman, senaman dan aktiviti seharian akan memastikan tahap kalori dalam badan kita sentiasa seimbang. Kalori yang berlebihan akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.

2. Makan Terlalu Banyak Atau Terlalu Sedikit Kalori

Tidak dinafikan kalori menjadi salah satu punca peningkatan berat badan. Disebabkan itu ramai yang terlalu berusaha mengurangkan kalori dalam makanan dengan meninggalkan makanan dengan nilai kalori yang tinggi . Pemahaman ini adalah salah. Apa yang anda perlu lakukan adalah memastikan diri anda memiliki jumlah kalori yang sesuai mengikut jantina, berat dan ketinggian anda. Di sinilah pentingnya di mana faktor pemakanan, aktiviti dan senaman saling bergantung untuk memainkan peranan dalam pengawalan kalori dalam badan.

Terlalu kurang kalori dalam badan akan menurunkan tahap metabolisma dalam badan. Selain itu, anda juga akan lebih cepat lapar. Sampai satu peringkat anda akan tertanya-tanya kenapa berat badan saya menjadi mendatar dan tidak lagi turun secara konsisten walaupun telah berusaha melakukan senaman. Ini disebabkan kalori yang rendah akan menurunkan metabolisma badan yang mana ia diperlukan untuk membakar semula kalori dalam badan kita.

3. Kurang Pengambilan protein

Anda memerlukan protein secukupnya sepanjang proses penurunan berat badan. Protein akan membuatkan anda kenyang untuk tempoh masa lebih lama. Apabila kenyang, anda akan dapati nafsu mengunyah makanan ringan dapat dikawal. Anda tidak boleh mengabaikan protein kerana ia adalah salah satu unsur yang terlibat dalam proses penukaran glukosa kepada tenaga. Protein juga diperlukan untuk pembakaran lemak dalam badan. Mereka yang mengamalkan pengambilan protein yang tinggi dalam tempoh enam bulan akan mula melihat perubahan penurunan berat badan yang ketara dalam tempoh enam bulan selepas diamalkan.

4. Kurang Pengambilan Fiber

Kebanyakan sumber fiber mudah didapati dalam sumber tumbuhan seperti sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan buah-buahan. Untuk menurunkan berat badan lebih cepat, anda perlu rajin makan makanan yang kaya dengan kandungan fiber. Salah satu kelebihan apabila anda melebihkan pengambilan fiber ialah kurangnya kerisauan terhadap pengambilan kalori yang berlebihan.

Makanan berfiber akan membuatkan anda kenyang lebih lama kerana proses penghadamannya yang lebih panjang di dalam sistem pencernaan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan nasi, makanan berfiber seperti pasta, oat, roti dan sarapan bijirin amat baik untuk anda.

5. Tidak Melakukan Senaman Angkat Berat

Berjoging, bersenam dan berenang sahaja tidak cukup untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Anda perlu rajin mengunjungi pusat gimnasium dan melakukan sedikit latihan angkat berat. Proses penurunan berat badan perlu diikut oleh pembentukan otot yang menarik supaya badan kelihatan lebih fit dan tidak menggeleber. Apabila aktiviti angkat berat dilakukan, lebih banyak pembentukan sel otot berlaku dalam badan. Berbanding dengan tisu lain, tisu otot mampu membakar kalori walaupun ketika anda sedang rehat. Jadi anda memerlukan tisu otot yang lebih banyak.

6. Terpedaya Dengan Produk Rendah Lemak & Makanan Diet

Munculnya pelbagai produk rendah lemak dan makanan berasaskan diet di pasaran membuatkan ramai daripada kita sering terpedaya. Tidak salah untuk memilih beberapa produk diet di pasaran. Namun anda juga perlu berhati-hati dari segi kandungan bahan di dalamnya. Kebanyakan makanan proses sumber bijirin seperti produk sarapan bijirin, yogurt dan jus buah-buahan yang diproses mengandungi kandungan gula yang tinggi. Hati-hati dengan kandungan makanan berunsur madu kerana ia adalah salah satu sumber gula yang berbahaya jika diambil secara berlebihan.

7. Gagal Mengurangkan Minuman Bergula

Mungkin anda mampu kawal makanan manis dengan penuh disiplin. Namun, cuba semak minuman yang anda ambil terutamanya jus buah-buahan. Masih ramai yang beranggapan mereka berjaya mengurangkan gula dengan mengamalkan jus buah-buahan yang dikisar sendiri di rumah. Perlu anda ingat bahawa buah-buahan turut mengandungi gula semulajadi. Ia tidak boleh diambil secara berlebiha

8. Tidak Mengukur Nilai Pembakaran Kalori

Hari ini wujud pelbagai produk digital dan gajet yang membantu anda mengira nilai kalori yang dibakar semasa bersenam. Produk jam kecergasan yang ringan dan boleh dipakai di pergelangan boleh mengukur nilai kalori yang berlaku semasa anda bersenam. Agak sukar untuk mennganggar dan mengira pembakaran kalori tanpa bantuan peralatan berasaskan teknologi. Bagi mereka yang kerap bersenam untuk menurunkan berat badan, mendapatkan gajet yang mampu mengukur nilai pembakaran dan kalori dalam badan akan membantu mengelakkan daripada anda membakar kalori berlebihan atau kurang dari yang sepatutnya anda bakar.

9. Makan Kerap Walaupun Tidak Lapar

Pernah dengan orang kata biar makan sedikit tapi kerap supaya tidak lapar? Kaedah ini sebenarnya kurang baik kerana ia menggalakkan kita mengambil lebih banyak kalori dalam badan. Cara terbaik adalah dengan mengikuti jadual pemakanan yang teratur iaitu bermula dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan petang serta tidak mengambil makanan berat pada sebelah malam.

10. Azam Menurunkan Berat Badan Tidak Realistik

Matlamat menurunkan berat badan perlu realistik dan tidak boleh terlalu memaksa sehingga memudaratkan diri. Ukur baju di badan sendiri dan elakkan daripada membandingkan diri dengan orang lain kerana ia boleh mempengaruhi emosi dan semangat anda. Azam menurunkan berat badan adalah satu proses yang panjang dan pastinya anda perlu perancangan dan strategi yang realistik dan berkesan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan