Hari ini wanita berlumba-lumba mencari pendapatan sampingan untuk membantu meringankan beban suami dalam mencari nafkah menyara anak-anak. Ada juga yang mencari pendapatan sampingan kerana minat yang mendalam dalam dunia perniagaan kecil-kecilan. Menjual kek dan biskut adalah antara jalan menjana pendapatan yang paling popular di kalangan wanita. Ini kerana wanita bukan sahaja minat dan menggemari kek dan biskut. Mereka juga sangat kreatif dalam menghasilkan kek dan biskut yang menarik dan sedap sehingga berjaya menarik pelanggan membuat tempahan secara berulang-ulang.
Selain dapat menghasilkan kek dan biskut yang sedap untuk ahli keluarga dan rakan-rakan, menjana pendapatan melaluinya sememangnya satu peluang yang baik bagi wanita. Apa yang penting anda mestilah rajin dan mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu pembuatan kek dan biskut. Untuk mendapatkan ilmu tersebut, cara terbaik adalah dengan memasuki kelas baking yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam dunia pembuatan kek dan biskut.
Kewujudan kelas membuat kek dan biskut di KL & Selangor semakin banyak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Bila-bila masa sahaja anda boleh menyertai kelas membuat kek dan biskut ini asalkan anda rajin dan berkeinginan kuat untuk belajar sehingg mahir. Berikut ialah 10 kelas baking untuk wanita belajar buat kek & biskut di sekitar Lembah Klang.
1.Aniz Baking Centre, Shah Alam
Ramai wanita mendapat manfaat mempelajari pelbagai seni pembuatan kek, biskut, kuih muih tradisional, hiasan kek, tat dan aneka puff. Bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, amat mudah bagi anda untuk menghadiri kelas membuat kek yang diadakan di Shah Alam, Selangor. Mereka yang berminat untuk menyertai kelas boleh daftar secara online atau menghubungi nombor telefon yang disediakan di laman web Aniz Baking Centre. Dalam satu-satu kursus, anda akan belajar beberapa jenis resepi dengan bayaran yang berpatutan. Peserta akan mendapat sijil selepas selesai kelas. Anda boleh sertai pelbagai jenis kursus yang disukai mengikut minat masing-masing. Memang berbaloi!
Alamat : No 45A, Tingkat 1, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Facebook : https://www.facebook.com/anizbakingcentre
Laman Web : http://anizbakingcentre.com
2. Ida Bakery, Kuala Lumpur
Kelas ini diadakan Kg.Dato’ Keramat, KL. Menyediakan kelas untuk pelbagai jenis kek, roti, biskut, puding dan lain-lain. Bagi yang tiada kesempatan menghadiri kelas pada siang hari kerana bekerja, anda boleh menyertai kelas pada sebelah malam. Ida Bakery menyediakan dua sesi kelas iaitu siang dan malam.
Alamat : No 77 Lorong Keramat 1,Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur,
Facebook : https://www.facebook.com/IdaBakeryDailyBakingClass/
Laman Web : http://merpati66.blogspot.com/
Instagram : https://www.instagram.com/idabakerykeramat/
3. Norbaini Cakes, Selangor
Puan Norbaini merupakan seorang chef yang profesional dalam seni pembuatan pelbagai kek, roti, biskut, kuih muih, puff dan lain-lain. Seni pembuatan aneka resepi yang diajar sungguh halus, kemas dan menarik yang pasti dapat menarik minat bakal pelanggan pelajar-pelajar yang menhadiri kelasnya. Kelas diadakan pada hari minggu dan hujung minggu termasuk Sabtu dan Ahad.
Mudah bagi anda yang bekerja sepenuh masa untuk menghadiri kelas pada hujung minggu. Ada juga kursus seni pembuatan dan hiasan kek kanak-kanak. Bagi mereka yang tinggal luar dari Selangor atau KL, anda boleh belajar secara PJJ atau jarak jauh. Kursus secara PJJ akan membekalkan nota, video dan resepi yang lengkap untuk rujukan pelajar.
Laman Web : http://norbainicakes.blogspot.com/
4. Mawalicious Baking Studio, Selangor
Menyediakan kelas secara personal dan berkumpulan. Bagi setiap modul pelajar akan mempelajari beberapa jenis resepi menarik pada harga yang sungguh murah. Kepada anda yang belum pernah belajar tentang cara-cara membuat kek juga boleh menghadiri kelas ini. Anda akan diajar sehingga mahir dengan teknik yang mudah. Pelajar yang terhad dari segi masa tidak perlu risau kerana mereka telah menyediakan jadual khas waktu mula dan waktu akhir kelas. Maksimum durasi kelas adalah tiga jam. Jadi anda bebas untuk melaksanakan sebarang aktiviti dengan adanya jadual kelas yang tersedia. Selain orang dewasa, kanak-kanak juga tidak ketinggalan menjadi salah seorang pelajar Mawalicious Baking Studio
Alamat : Jalan Kampung Baru, Taman Sri Puchong Batu 14, 47100 Puchong, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/mawaliciousbakingstudio/
Laman Web : http://mawalicious.com/
5. Dapur Kak Zu, Selangor
Semakin ramai yang berminat mempelajari seni kek dan biskut secara PJJ atau secara online. Dapur Kak Zu adalah antara pilihan terbaik yang mengendalikan kelas secara PJJ. Ramai pelajar yang berjaya mendapat pelanggannya sendiri hasil daripada pembelajaran secara jarak jauh dengan ilmu yang diajar oleh Kak Zu. Anda akan mendapat tips, video dan resepi secara bergambar yang memudahkan anda mengikuti langkah demi langkah dalam menghasilkan resepi kek dan biskut yang digemari.
Alamat : Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor
Laman Web : http://kakzusemanisgula.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/dapurkakzu/
Instagram : https://www.instagram.com/dapurkakzu/
6. Kek Cawan Dot Com, Selangor
Popular di kalangan pelajar yang berminat dengan resepi brownies. Penggemar-penggemar brownies yang sudah bosan membeli kek kegemaran anda ini di kedai sekarang boleh belajar sendiri membuatnya di rumah. Lebih menjimatkan. Sekali belajar terus pandai dan anda boleh buat sebanyak mana brownies yang anda suka. Pelbagai lagi resepi kek, biskut, tat dan roti yang diajar. Anda boleh saksikan hasil seni pembuatannya yang kemas dan ceria. Juga menyediakan kursus untuk pembuatan kek kahwin yang lebih berseni dengan teknik hiasan ising yang lebih mencabar. Anda juga boleh belajar seni hiasan kek untuk kanak-kanak dengan pelbagai rekabentuk menarik seperti kartun pelbagai tema
Alamat :Taman Tropika, Sg Tangkas, Kajang, Selangor
Laman Web : http://www.kekcawan.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/Kekcawan.com.my/
7. Min Baking Project, Kuala Lumpur
Mempunyai pengikut lebih daripada 20 ribu di instagram. Min Baking Project adalah antara guru kek dan biskut popular di laman sosial. Seni hiasan kek yang diajar sungguh menarik, halus dan profesional. Dari segi dekorasi, Min Baking Project lebih berminat menghasilkan motif bercorak bunga-bungaan dengan warna yang cerah. Dekorasinya lebih kemas seperti yang anda lihat kebanyakan kek-kek yang dihasilkan di luar negara. Selain memahirkan diri dalam pembuatan dan dekorasi kek, anda juga boleh belajar resepi pelbagai jenis roti dan puff.
Alamat : No. 1, Jalan Indah 1, Taman Cheras Indah, 56100 Kuala Lumpur
Laman Web : http://bakingproject.com/
Instagram : https://www.instagram.com/min_bakingproject/?ref=badge
8. Nurul Desserts, Selangor
Mempunyai lebih daripada 70 ribu pengikut di Instagram. Seni kek yang dihasilkan juga kemas, menarik, berwarna-warni dan tentunya sedap untuk dihidangkan kepada pelanggan. Selepas menghadiri kelas pembuatan kek di Nurul Desserts, anda pastinya lebih yakin untuk menghasilkan kek untuk bakal pelanggan anda sendiri.
Alamat : Taman Sri Gombak@Pinggiran BatuCaves, Selangor
Instagram : https://www.instagram.com/nuruldesserts
9. Gula Cakery, Selangor
Selain orang dewasa, ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya dalam dunia pembuatan kek boleh menghantar anak-anak belajar membuat kek di Gula Cakery. Selain mempelajari seni pembuatan kek untuk majlis harijadi dan tidak rasmi, anda juga boleh belajar bagaimana menghasilkan kek yang cantik dan sedap untuk majlis perkahwinan.
Alamat : 11 Jalan Anggerik Aranda, BG 31/BG, Kota Kemuning, Selangor
Instagram : https://www.instagram.com/gulacakery/
Laman Web : http://gulacakery.com/class/
Facebook : https://www.facebook.com/gulacakerymy/
10. The Kitchen Guardian, Kuala Lumpur
Mempunyai lebih daripada 100 ribu pengikut di Instagram. Yani Othaman mengadakan kelas membuat kek, biskut, donut, kek cawan dan beraneka lagi pemanis mulut yang sedap menyelerakan. Anda akan diajar langkah demi langkah bermula dari resepi kek sehinggalah kepada seni hiasan kek secara profesional.
Alamat : Taman Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/thekitchenguardian/