10 Kedai Barangan Bayi Online Paling Popular Di Malaysia

Product Details

Zaman kini aktiviti membeli belah semua boleh dilakukan di hujung jari. Dengan hanya beberapa klik yang mudah dan sistem pembayaran atas talian yang selamat, anda tidak perlu lagi bersusah payah berjalan berkunjung ke pasaraya. Aktiviti pembelian secara atas talian sememangnya memberikan pelbagai faedah terutama kepada golongan wanita bekerja dan ibu mengandung. Si ibu yang sarat hamil kini tidak perlu lagi berkunjung dari satu kedai ke satu kedai untuk membeli barangan bayi. Begitu juga ibu yang bekerja seharian dan tiada masa untuk keluar mencari peralatan kelengkapan anak yang diperlukan.

Bagi para ibu yang gemar membeli barangan bayi dan kanak-kanak secara atas talian, kami cadangkan anda berkunjung ke 10 kedai barangan bayi online paling popular di Malaysia ini. Terdapat pelbagai pilihan barangan kanak-kanak dan bayi pelbagai jenama, fesyen dan pilihan barangan yang anda boleh dapatkan dengan mudah.


1. The Baby Store

Thebabystore.com.my

Kedai barangan bayi dan kanak-kanak The Baby Store telah diasaskan sejak tahun 2012 oleh Primera Vista Enterprise. Sejak kewujudan kedai baranagn bayi atas talian ini, mereka telah memperkenalkan pelbagai produk barangan bayi dan kanak-kanak dalam pilihan kategori yang menarik. Fokus mereka adalah menyediakan barangan berkualiti. Pelbagai jenis kategori pilihan yang anda boleh tambahkan dalam my cart anda seperti pakaian bayi, stroller, barangan penyususan, permainan, barangan kehamilan dan sebagainya. Untuk sesetengah barangan pilihan yang dibeli, mereka juga menawarkan hadiah istimewa dengan diskaun yang menarik.

Untuk belian berharga RM150 ke atas, anda tidak perlu risau tentang kos penghantaran kerana ia adalah percuma. Mereka turut menawarkan diskaun menarik barangan terpilih seperti stroller dengan potongan yang berbaloi-baloi.


2. One Baby World

Onebabyworld.com

Kedai bayi dan kanak-kanak atas talian yang menarik bagi mereka yang baharu bergelar ibu bapa. Pelbagai barangan asas bayi baharu lahir dikategorikan mengikut topik seperti penyusuan, kehamilan, permainan bayi dan sebagainya. Amat mudah untuk anda cari barangan mengikut keperluan. Anda juga boleh mengetahui barangan pilihan para ibu di ruangan bestseller. Kategori bestseller ini memudahkan anda membuat pembelian terbaik berdasarkan pilihan ramai dari kalangan ibu. Untuk semak barangan terbaharu anda cuma klik pada kategori Latest Product ini mendapatkan lain-lain barangan bayi dan kanak-kanak dengan rekabentuk baharu yang lebih menarik.


3. Baby Dash

www.babydash.com.my

Laman web pembelian online barangan bayi dan kanak-kanak terkenal di Malaysia yang diusahakan oleh dua wanita yang bergelar ibu iaiatu Lavi dan Shan. Pada awalnya laman ini diwujudkan untuk membantu ibu-ibu mencari lampin dan susu formula terbaik untuk bayi dan kanak-kanak. Ia kemudian mengembangkan lagi produk di bawah kategori lain seperti pakaian sekolah, permainan, penjagaan kulit bayi, buku, penyusuan dan sebagainya. Di bawah 10 kategori barangan ini anda boleh semak satu persatu tawaran produk bayi dan kanak-kanak dengan mudah.


4. LittleWhiz

Littlewhiz.com

Kedai barangan bayi dan kanak-kanak ini bukan sahaja mewujudkan pembelian barangan bayi dan kanak-kanak secara online. Pemilik LittleWhiz juga mempunyai kedai yang anda boleh kunjungi di Setia Alam, Shah Alam. Memahami keperluan para ibu dan bapa yang mencari keperluan barangan bayi dan kanak-kanak secara lebih mudah menerusi pembelian atas talian. Produk mereka terdiri daripada barangan tempatan dan luar negeri yang berkualiti tinggi. Bukan sekadar lampin dan pakaian bayi anda juga boleh mendapatkan katil kanak-kanak, car seat bayi, stroller dan lain-lain barangan.

Laman web ini sangat memudahkan anda untuk melakukan pembelian kategori barangan bersaiz besar seperti stroller, katil bayi dan car seat. Anda tidak perlu risau tentang keperluan pengangkutan kerana segalanya diuruskan menerusi sistem penghantaran yang cekap.


5. Bebehaus

Bebehaus.com

Berpengalaman selama 15 tahun dalam jualan barangan bayi dan kanak-kanak secara atas talian. Laman web Bebehaus ini tersusun atur dengan antaramuka yang menarik serta memudahkan pencarian barangan mengikut kategori. Dari segi barangan, produk mereka mementingkan rekabentuk, kualiti, fungsi dan keselesaan menjadikan pilihan barangan terdiri daripada senarai jenama terbaik dan berkualiti. Pemilihan barangan mengikut nama jenama turut memudahkan ibu-ibu mencari barangan bayi dan kanak-kanak mengikut jenama pilihan hati.

Mereka juga sering menawarkan potongan khas untuk barangan terpilih. Ingin tahu barangan panas yang menjadi kegilaan para ibu? Lihat pada ruangan Hot Deals. Barangan berkualiti sebegini tentunya memberi keyakinan kepada para ibu.


6. Applecrumby and Fish

Applecrumbyandfish.com

Laman web pembelian barangan bayi dan kanak-kanak ini wujud sejak tahun 2012. Produk mereka terpilih dan terdiri daripada material yang selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak. Segala keperluan barangan si comel dari hujung kaki ke hujung rambut, barangan kebersihan, pakaian, penyusuan dan sebagainya dikategorikan mengikut senarai kecil yang mudah untuk anda cari. Antaramuka laman web yang mudah dan menarik akan membuatkan anda selesa melihat barangan yang dipaparkan.


7. Oh Baby Store

Ohbaby.com.my

Laman web pembelian online Oh Baby Store ini telah bermula sejak tahun 2014 dan bertapak di Setia Alam, Selangor. Berpengalaman mengendalikan pembeli dari seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak pelbagai kategori dan juga baranagn untuk si ibu yang sedang hamil dan penjagaan selepas hamil. Kedai fizikal Oh Baby Store juga diwujudkan di Setia Alam untuk mendekatkan lagi dengan pelanggan setia mereka dari seluruh Malaysia.


8. The Baby Loft

thebabyloft.com

The Baby Loft mempunyai kedai fizikal di Publika Mall, Kuala Lumpur. Kedai online barangan bayi dan kanak-kanak ini diwujudkan untuk mendekatkan lagi pelanggan mereka dari seluruh Malaysia khususnya. Pelbagai kategori barangan bagi ibu hamil sebelum dan selepas kehamilan, barangan penjagaan dan keperluan bayi disenaraikan mengikut kategori yang mudah untuk anda cari. Barangan yang dijual terdiri daripada barangan import dari  US, New Zealand dan Hong Kong yang berkualiti.


9. CAMY Babyland

Camybabyland.com.my

Camy Babyland membuka kedai barangan bayi dan kanak-kanak sejak tahun 20017 dan kini beroperasi di Sunway Giza. Untuk mendekatkan lagi pelanggannya dari seluruh Malaysia, Camy Babyland mewujudkan laman web pembelian secara online yang membolehkan anda mendapatkan pelbagai jenama dan produk barangan bayi dan kanak-kanak dengan lebih mudah. Mereka turut mengadakan promosi untuk barangan tertentu yang meberikan potongan harga lebih murah untuk anda miliki. Kategori barangan bayi dan kanak-kanak yang anda boleh dapatkan seperti penjagaan kebersihan bayi, tempat tidur, permainan kanak-kanak, pakaian dan sebagainya.


10. First Few Years

Firstfewyears.com.my

Berpengalaman tentang barangan bayi dan kanak-kanak sejak tahun 1989. Produk mereka berkualiti terdiri daripada barangan import terutamanya daru USA, Australia, Eropah dan Kanada. Pelbagai pilihan produk barangan organik yang menjadi pilihan di kalangan ibu bapa masa kini anda boleh dapatkan terdiri daripada pelbagai kategori barangan. Untuk pilihan mengikut jenama, anda boleh menerusi kategori Brand yang mempamerkan lebih daripada 30 jenama barangan bayi dan kanak-kanak terkenal.

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...