HomeMalay10 Cara Jaga Wajah Dengan Betul Hanya Dengan Cara Mudah dan Murah. Cubalah!

10 Cara Jaga Wajah Dengan Betul Hanya Dengan Cara Mudah dan Murah. Cubalah!

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri yang sempurna. Ianya adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita?

Kekangan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak berkesempatan untuk menjaga wajah dengan betul. Berikut adalah tips yang ringkas hanya menggunakan produk mampu milik dan mudah didapati di pasaran.

Jom cuba!

1. ELAKKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA

Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah? Tapi bagaimana memilih pencuci muka yang betul dan tidak merosakkan.

Pencuci muka yang mempunyai bahan kimia akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Ianya juga menggalakkan muka menjadi lebih berminyak daripada asal.

Pemilihan pencuci muka yang baik semestinya menggunakan bahan-bahan organik yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Ianya bersifat lebih lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, ketahui jenis kulit anda untuk memudahkan pemilihan jenis pencuci yang bersesuaian.


Foto: blogunik.com

Struktur kulit pada wajah adalah lebih sensitive berbanding kulit bahagian tubuh yang lain. Jadi, anda perlu menitik beratkan pemilihan tepat agar kulit wajah kelihatan sentiasa rapi.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI

Cara penjagaan muka adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Anda diingatkan untuk tidak memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati ataupun bercampur-campur kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.


Foto: kopisoda.blogspot.com

Tahukah anda, sesetengah produk dicipta adalah tidak sesuai untuk dicampur penggunaan dengan produk jenama lain. Ini kerana sesetengahnya mengandungi bahan 100% semulajadi dan mementingkan kualiti serta mesra kulit wajah.

Baca label produk dengan teliti dan ketahui setiap kod bahan yang digunakan agar anda tidak tertipu.

3. AMALKAN SERBUK TEH DAN MADU

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, campuran tersebut dimasukkan ke dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.


Foto: Argon Valley

Ianya bertujuan untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu hanya akan bertahan selama 2 minggu sahaja.

Penggunaan serbuk teh dan madu adalah satu langkah selamat kerana ianya tidak mengandungi bahan kimia dan tidak merosakkan kulit wajah.

4. WAP PANAS

Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas berfungsi mengecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga raya. Gunakan daun bunga raya yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Kemudian, masukkan daun tersebut kedalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian wapkan wajah anda dengan kain atau tuala yang tebal.


Foto: cun.my

Dekatkan periuk yang berasap ke wajah anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga raya cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU

Ini cara penjagaan muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu. Kemudian buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.


Foto: aec.my

Pastinya anda akan jatuh cinta dengan proses ini kerana ianya 100% bersih dan selamat. Sudah tentu tiada sebarang campuran bahan kimia yang berbahaya.

Anda juga boleh campurkan bedak sejuk tadi dengan sebiji tomato. Tomato berfungsi mengekal keremajaan kulit selain menghilangkan kulit yang kusam.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN

Ini juga salah satu cara penjagaan muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada wajah anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.


Foto: bordo.al

Hasilnya, anda akan merasa kulit wajah semakin tegang, cerah dan berseri. Selain itu, ianya berfungsi juga sebagai agen awet muda yang selamat pada semua jenis kulit.

Amalkan dua atau tiga kali seminggu untuk hasil yang baik.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)

Bagi penggemar teh, amalkan minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat. Selain itu, teh hijau juga berfungsi merawat kulit wajah dari dalam selain sangat bagus bagi wanita yang dalam proses menurunkan berat badan.


Foto: Woman’s health

Anda akan merasai hasil berganda apabila kulit dan berat badan terjaga rapi secara sekata. Selain itu, hampas teh hijau juga amat baik digunakan sebagai masker wajah. Hanya campurkan dengan madu sahaja kemudian sapukan pada wajah selama 15-30 minit.

8. MINYAK SAYURAN

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah. Mudah sahaja, sapukan minyak sayuran secara nipis seminggu sekali sahaja.

Minyak sayuran berfungsi membekalkan nutrien dan vitamin baik untuk diserap terus kedalam kulit. Ianya mampu membuat kulit anda sentiasa lembap dan berseri. Apa yang penting, pilih minyak sayuran yang organik dan tulen.

9. SENAMAN MUKA

Cara penjagaan muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu.
Amalkan selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali setiap pagi supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir. Proses ini bertujuan menjadikan kulit wajah anda sentiasa tegang. Paling menarik, ianya juga mampu menghilangkan kedutan halus pada wajah.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara penjagaan muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Disebabkan itu, kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit berjerawat atau mengalami keradangan.


Foto: womantalk.com

Jika anda hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

Pastikan tidak menyentuh wajah setelah anda memcit jerawat bagi mengelakkan jangkitan kepada bahagian kulit yang lain.

Mudah sahaja kan?

Yang penting, anda haruslah rajin menjaga serta merapi wajah. Tidak perlu berbelanja besar, hanya gunakan bahan alami sahaja sudah mencukupi menjadikan anda semakin muda dengan kulit bersih, cerah, tegang dan cantik sepanjang hari.

Pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah bersih dan tidak terdedah kepada pencemaran.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan