Tarikh 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

Coklat, bunga, teddy bear untuk Hari Kekasih  semestinya sudah biasa. Apa kata tahun ini berikan sesuatu yang berbeza pula, seperti mencantikkan diri untuk si dia tersayang? Mungkin anda boleh kejutkan si dia dengan himpunan kulit yang cantik, bersih dan menawan.

 

Foto: Silverbird TV

Apakah itu hari Valentine?

Valentine Day merupakan hari kasih sayang dimana setiap orang berhak memperoleh sebuah kasih sayang. Oleh kerana itu Valentine day adalah hari yang tepat untuk kita merayakan hari kasih sayang tersebut. Hari Kasih Sayang atau Valentine Day biasanya diraikan pada 14 Februari.

Hari Santo Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Ia ditubuhkan oleh Paus Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.

 

Foto: IrishCentral

Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepada kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran

Benarkah kulit cantik itu penting?

Cara nak jadi cantik tak semestinya kekal dengan satu rutin sahaja. Ia melibatkan pelbagai perkara, dari dalam keluar, dari atas hingga bawah. Jangan sesekali ambil remeh dan hanya separuh jalan. 

Kebanyakan cara cantik sekarang ialah dengan menggunakan produk kecantikan berasaskan alam semulajadi. Bahan semulajadi sememang tiada tandingan dan keberkesanan sangat memuaskan, paling penting ia tidak memudaratkan seperti bahan kimia. 

 

Foto: Marta Bota

Tips tampil berseri di hari Valentine

Pastinya anda tahu makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan memainkan peranan penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga baik untuk kulit kita. Tahukah anda terdapat buah-buahan yang dapat membantu untuk menyerikan kulit anda.
 
Kami senaraikan 10 buah-buahan yang akan membuat kulit anda bercahaya dan berseri.

 

1. Blueberi

 

Foto: Medical News Today

Blueberi juga dikenali sebagai ‘blue dynamos’ kerana ia mengandungi banyak khasiat di dalam saiznya yang kecil. Blueberi kaya dengan sumber antioksidan, serat dan vitamin A dan C. Tambahkan blueberi dalam menu diet anda dan ia akan melakukan keajaiban pada kulit anda.

2. Kiwi

Foto: thegalerie.eu

Siapa yang tidak kenal buah kiwi? Si hijau yang rasanya sangat enak dan segar ini sangat disukai oleh sesiapapun! Selain enak, kiwi termasuk salah satu buah-buahan yang memiliki jumlah vitamin C paling tinggi. Kandungan vitamin C pada buah kiwi lebih tinggi dibandingkan jeruk. Bayangkan saja, 100 gram buah kiwi mengandungi 98mg vitamin C yang sangat baik untuk kulit anda.

Selain itu, kiwi juga mengandungi asam askorbat yang dipercayai mampu menglambatkan proses penuaan pada kulit wajah anda. Sehingga anda akan kelihatan cantik dan awet muda meskipun sudah memasuki usia 30-an.

 

3. Epal

Foto: kalorimakanan.com

4. Strawberi

Foto: eAnswers

Strawberi menjadi buah yang paling disukai oleh sesiapa sahaja kerana rasanya yang masam-masam manis. Tahukah anda, buah strawberi juga bagus untuk menjaga kesihatan kulit. Kandungan vitamin C dan AHA yang terdapat pada buah strawberi sangat baik untuk mencegah beberapa masalah yang sering terjadi pada kulit. Seperti masalah jerawat, kulit kering, dan kulit kusam.

Buah strawberi juga mengandungi asam ellagic yang sangat bagus untuk mencegah kerosakan kolagen atau lapisan kulit kerana pertambahan usia. Selain itu, strawberi juga mampu memudarkan kedutan halus pada bawah mata dan dahi.

 

5. Tembikai

Foto: TULARR.COM

Dengan isi yang manis dan menyegarkan, buah tembikai bukan sahaja sesuai untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas tetapi juga sesuai untuk kulit anda. Tembikai mengandungi 90% air yang membantu untuk menghidratkan kulit anda dari luar dan dalam.

 

6. Betik

Foto: spmodels.net

 

Buah betik yang sering kita makan bukan sahaja hanya bagus untuk pencernaan, tetapi juga bagus untuk merawat kulit wajah dan tubuh. Buah betik mengandungi enzim papain yang sangat bagus untuk melawan radikal bebas disebabkan terdedah sinar ultraviolet yang lama.

Selain dikonsumsi sebagai pencuci mulut, anda juga dapat mengolah buah betik menjadi minuman yang menyegarkan. Boleh juga dijadikan masker untuk kulit wajah. Khasiatnya tidak perlu disangkal lagi kerana ianya dianggap buah serbaguna.

7. Pisang

Foto: Hello Sehat

Buah pisang kaya dengan kalium, mineral yang amat penting untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit anda. Kulit kering adalah berpunca daripada kekurangan sumber kalium dalam badan. Jadi, jangan lupa untuk masukkan buah pisang dalam menu diet anda.

Selain itu, pisang juga baik untuk menjaga kesihatan usus. Kandungan kalium, vitamin A, B, dan vitamin E yang terdapat pada pisang sangat baik untuk mencerahkan proses penghadaman. Selain itu, pisang juga dipercayai mampu menglambatkan proses penuaan pada kulit wajah. 

 

8. Nenas

 

Foto: Halobisnis.com

Sudah bertahun-tahun buah nenas digunakan sebagai tumbuhan perubatan. Ini kerana buah nenas mengandungi  enzim yang dipanggil bromelain yang berfungsi untuk melawan keradangan kulit dan bengkak.

Khasiat nenas yang terkendung dalam buah ini adalah disebabkan kandungan vitamin C nya yang tinggi serta vitamin B1, Potasium dan manganese. Selain itu, ia turut mengandungi khasiat lain seperti bahan antioksidan yang membantu mencegah pembentukan penyakit.

Apa yang kebanyakan orang tidak sedar mengenai buah yang lazat ini ialah ia bahkan lebih banyak kegunaan kepada manusia berbanding hanya sekadar menjadi minuman jus yang menyegarkan. Buah Nenas mengandungi phytonutrien yang bertindak seperti ubat untuk mengurangkan simtom-simton kepada kebanyakan jenis penyakit sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Buah Nenas memenuhi sebanyak 131 % daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti Vitamin C ini ! Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batuk, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.

Bertindak sebagai antioksidan, ia memiliki keupayaan untuk mengsintesis kolagen yang merupakan protien utama di dalam badan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan salur darah dan organ-organ dalaman.

9. Delima

 

Foto: my.lovepik.com

Sama seperti blueberi, buah delima juga mengandungi banyak khasiat yang baik untuk kulit. Buah delima kaya dengan sebatian anti-penuaan yang membantu dalam merangsang pertumbuhan semula sel-sel kulit.

Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung. 

 

10. Ceri

Foto: arah.com

Kandungan antioksidan dalam buah ceri lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Buah ceri sesuai untuk melambatkan proses penuaan kulit anda.

Apabila anda makan buah ceri yang cantik dan lazat, anda akan menikmati lebih daripada sekadar rasa yang luar biasa. Ceri penuh dengan antioksidan dan menawarkan banyak manfaat kesihatan termasuk membantu menangani insomnia, sakit sendi dan pelbagai lagi.

Ceri manis mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada 22, lebih rendah daripada aprikot (57), anggur (46), pic (42), beri biru (40) atau plum (39). Ini menjadikan ceri pilihan yang lebih baik daripada banyak buah-buahan lain, terutama bagi pesakit kencing manis.

Ceri mempunyai tahap antioksidan paling tinggi antara buah-buahan. Antioksidan membantu badan menentang radikal bebas yang menyebabkan seseorang kelihatan tua. Minum segelas jus ceri setiap hari mampu melambatkan proses penuaan, menurut saintis dari Michigan State University. Jus ceri juga disyorkan sebagai rawatan alternatif untuk keadaan kulit yang lain.

 

Jangan lupa malkan buah-buahan ini untuk tampil cantik berseri di hari Valentine!