GNI Pharma Sdn Bhd (GNI) bukanlah satu nama asing lagi. GNI merupakan pengeluar Minyak Sacha Inchi di Malaysia dan merupakan peneraju dalam pasaran minyak sacha inchi dengan kejayaan menjual lebih 500,000 unit setakat ini.

Maka, tidak hairanlah ia menjadi pilihan pembaca yang akur dengan kehebatan produk yang dikatakan mampu membantu mengawal kolesterol, kencing manis, darah tinggi, sakit sendi otot dan masalah kesihatan yang timbul daripada diet tidak seimbang pada masa kini. Sebagai penyelesai bagi masalah tubuh manusia yang tidak dapat menghasilkan asid lemak penting dengan sendirinya, Minyak Sacha Inchai GNI menjadi pilihan terbaik yang membantu penyerapan asid lemak penting ini.

Sacha inchi ialah sejenis pokok yang mempunyai buah berbentuk seperti biji getah yang mengeluarkan minyak jenis Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 (di kenali minyak 369) yang berfungsi untuk memulihkan tenaga serta kesihatan badan. Ia juga diperihalkan sebagai pengganti terbaik kepada minyak ikan. Minyak Sacha Inchi GNI yang menggunapakai standard operasi yang ketat, memastikan produk minyaknya itu hanya menggunakan bahan semula jadi tanpa bahan kimia seperti bebas gelatin, kimia dan campuran air. Ia dihasilkan menerusi proses cold press dari buah Sacha Inchi demi mengekalkan keaslian minyak tersebut.

Minyak Sacha Inchi GNI tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan, paling penting, ia diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah, ia juga diiktiraf sebagai kapsul gel lembut vegetarian dari Halvec Laboratories (Makmal Panel JAKIM) dan juga SIRIM.

0.0

(0 Reviews)

5 stars
4 stars
3 stars
2 stars
1 stars

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review