Dunia Herbs Losyen Mustajab Pati Halia

Product Details

Kegunaan Pelbagai Guna
Kegunaan seisi keluarga dan losyen serbaguna Losyen Mustajab Pati Halia sememangnya harus dimiliki oleh setiap isi rumah. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2005, Losyen Mustajab Pati Halia Dunia Herbs menjadi perintis bagi produk losyen berasaskan pati halia. Mempunyai ribuan testimoni hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat pengguna. Losyen ini yang bersifat tidak melekit dan cepat meresap pada kulit serta mempunyai kehangatan yang sederhana.

Amalan Turun-temurun
Diformulakan dari ekstrak pati halia yang telah diketahui umum banyak fungsi dan khasiatnya. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun yang lampau. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah yang tidak lancar.

Kelebihan Halia
Halia atau nama saintifiknya ‘Zingiber officinale Roscoe’ dari keluarga ‘Zingiberaceae’ kaya dengan kandungan kalium, fosforus dan kalsium, protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin. Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah telah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai ‘Gingeroles’ memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

  1. Avatar

    BlackRose75
    21 reviews

    MEMUASKAN

    5 out of 5, reviewed on January 16, 2018

    Saya selalu menggunakan herbs losyen mustajab pati halia dimana mana saja saya travel. Tidak terlalu panas sangat sesuai digunakan sesisi keluarga. Jika anak saya sakit perut atau kembung perut saya pasti menggunakannya. Ketika saya dalam pantang ibu saya telah menyapu pada perut,kaki dan badan, terasa sangat selesa. Saya pasti menyarankan pada ahli keluarga saya yang lain dan kawan kawan saya. Sangat berkesan,!!

    5
  2. Shahida Yaacob
    1 reviews

    Sesuai untuk digunakan semasa berpantang

    5 out of 5, reviewed on November 25, 2017

    Jenis yang nak rasa perut tu kembali ramping boleh la sapu krim ni diperut lepas tu terus pakai bengkung.. Mmg selesa sangat.. Bau wangi & tak berminyak.. Boleh dipakai sampai habis pantang.. Lepas tu confirm perut slim & bakar semua lemak jahat

    5
  3. Avatar

    Shahrul64
    164 reviews

    Panas dan memberi kelegaan pada saya

    5 out of 5, reviewed on October 23, 2017

    Saya menggunakan losyen mustajab pati halia ini ketika waktu malam. Amat sesuai untuk memanaskan urat saraf. Menghilangkan lenguh2 pada betis. Ia juga sesuai untuk isteri saya. Dia sering kali kram pada kaki ketika waktu malam. Selepas menyapu losyen ini kesakitan akan berkurangan. Sesuai untuk 1 keluarga 1 losyen. Losyen ini tidak melekit dn cepat meresap ke dalam kulit. Ia losyen yang terbaik.

    5
Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...