Dunia Herbs Kapsul Pati Halia Nightriem

Product Details

Sistem Pencernaan Manusia
Sistem pencernaan merupakan organ badan manusia yang sangat penting dan harus dijaga kesihatannya kerana manusia perlu makan dan minum setiap hari. Makanan serta minumanan tersebut akan melalui sistem percernaan lalu disalurkan pula ke seluruh tubuh badan yang lainnya. Sistem percernaan yang kurang baik akan menyebabkan toksik berlaku dalam badan berlaku seterusnya menyumbang kepada sakit kepala, sukar untuk membuang air besar, perut buncit, angin berlebihan dalam badan dan juga kegemukan. Badan pula akan menjadi cepat letih dan lesu serta tidak bermaya melakukan aktiviti seharian. Dunia Herbs yang menggunakan Halia sebagai ramuan tradisional utama dalam produknya telah mengeluarkan Kapsul Pati Halia Nightriem sebagai produk pertama untuk diambil secara oral.

Kelebihan Dan Khasiat Halia
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, muntah-muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, serta banyak lagi. Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh badan, membantu proses pencernaan serta melembutkan dinding perut.

Ramuan Kapsul Pati Halia Nightriem
Kapsul Pati Halia Nightriem mengandungi empat bahan utama yang terdiri daripada ramuan tradisional iaitu Folium Cassia Angustifolia 100mg, Folium Cassia Alata 100mg, Rhizoma Zingiber Officianalle 100mg serta Semen Foeniculum Vulgare 100mg. Keempat-empat ramuan utama ini mempunyai fungsi khusus untuk membantu sistem percernaan yang bermasalah. Kapsul Pati Halia Nightriem digunakan secara tradisional untuk membuang angin dalam badan, melegakan sembelit ringan, mengurangkan berat badan serta perut buncit dan membantu mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Cara Pengambilan Kapsul Pati Halia Nightriem
Kapsul Pati Halia Nightriem diambil sebanyak 4 hingga 6 biji setiap malam sebelum tidur. Pengguna baru yang ingin mencuba-cuba dahulu produk ini untuk memastikan kesesuaian dengan tubuh badan masing-masing juga boleh mengambil 2 biji dahulu dan perlahan-lahan meningkatkan dos kapsul Pati Halia ini. Selepas lapan hingga sepuluh jam pengambilan empat atau enam biji kapsul sehari, sisa-sisa lemak yang tidak diperlukan, beserta kotoran dan lendir akan dibuang secara teratur melalui sistem perkumuhan secara berjadual.

  1. ferdizetty37
    491 reviews

    Kesan agak kuat

    3 out of 5, reviewed on November 21, 2017

    Saya mnggunakan kapsul pati halia ni dlm usaha utk mmbuang angin dlm badan & mngurangkan masalah berat badan.Mmg sgt mmbantu tapi kesannya kpd saya agak kuat.Saya kuat sendawa dan bnyak mmbuang angin tanpa dikawal sejak mngamalkannya.Bagus utk tubuh badan,tiada kesan sampingan yg teruk.Harga pun sgt berpatutan & mudah didapati di kedai2 jamu dan kedai ubat.

    3
  2. NurulDeng08
    470 reviews

    Mmbantu sistem pencernaan.

    4 out of 5, reviewed on November 16, 2017

    Saya telah mngambil kapsul Dunia Herbs Pati Halia Nightriem ni selama 2 bulan dengan penggunaan teratur,makan 4 biji sebelum tidur.Mmg mmbantu sitem pencernaan sy yg sblm ni mngalami masalah sembelit.Kapsul ni mngandungi pati halia yg sgt banyak kebaikannya utk tujuan pembuangan toksik dlm badan.Sepanjang mnggunakannya juga sy tidak pernh mngalami sebarang iritasi seperti cirit birit ataupun muntah.Mmg berbaloi dibeli,harga berpatutan dan kapsul ni juga sesuai utk org yg ingin menurunkan berat badan.

    4
  3. CikSue38
    818 reviews

    Kapsul pati halia d'herbs

    4 out of 5, reviewed on October 24, 2017

    Selain mengamalkan minum teh halia saya jugs mengamalkan pengambilan kapsul pati halia nightriem keluaran d’herbs. Apabila mengamalkan pengambilan pati halia kapsul ini badan saya terasa ringan. Untuk pengetahuan saya ambil kapsul pati halia ini hanya pada waktu malam nk tidur 3 biji. Bangun pagi badan rasa segar tapi kerap kentut dan sendawa la. Ia juga melawaskan proses membuang air kecil dan air besar. Badan sentiasa rasa hangat. Best sbb sy jenis cepat sejuk. Dlm 1 botol 400mg ada 100 biji. Harga pn bersesuaian dengan produk.

    4
Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...