HomeBlogZat Penting untuk Kanak-kanak sedang Membesar

Zat Penting untuk Kanak-kanak sedang Membesar

Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu tumbesaran mereka. Zat vitamin dan mineral ini didapati melalui pemakanan harian yang diambil oleh kanak-kanak. Walau bagaimanapun, memasuki usia satu tahun ke atas, sesetengah kanak-kanak sudah pandai cerewet memilih makanan. Justeru, amat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tumbesaran anak mereka.

Mulakan dari awal

Kebanyakan ibu bapa beranggapan kanak-kanak akan mula terbuka memilih makanan dan mencuba makanan baru seiring dengan peningkatan usia mereka. Akan tetapi, realitinya, kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke atas (baru bercerai susu) adalah calon terbaik untuk merasa pelbagai jenis rasa makanan supaya mereka tahu dan boleh menerima setiap jenis makanan kelak.

Disebabkan itulah, ibu bapa disarankan memperkenalkan buah-buahan mahupun sayur-sayuran dalam bentuk puri dan tanpa penambah rasa seperti garam dan gula supaya bayi mereka dapat mengenal rasa semula jadi manis, masam dan pahit.

Elak makanan segera

Sedarkah anda, sudah menjadi senario biasa ibu bapa membawa anak-anak makan di restoran makanan segera. Lumrah kanak-kanak apabila melihat orang dewasa makan terutamanya ibu bapa mereka, dia akan meminta untuk merasa makanan tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika anak-anak kecil masa kini sudah terdedah dan lebih menyukai makanan segera.

Malah, pendedahan kepada makanan-makanan yang tidak sihat ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi cerewet dalam memilih makanan, ekoran mereka hanya ingin makan makanan segera ini sahaja. Justeru itu, adalah amat penting bagi ibu bapa untuk menitikberatkan pemilihan makanan buat anak-anak sebagai langkah awal anak-anak ini tidak menjadi cerewet makan ketika besar.

Makanan tambahan seperti multivitamin dapat membantu kanak-kanak mendapatkan sokongan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.

9 Mineral & Vitamin Penting untuk Tumbesaran

Kalsium

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, kalsium amat diperlukan oleh tubuh mereka untuk perkembangan tulang, gigi dan otot badan. Sumber terbaik untuk kalsium ialah susu.

Zat besi

Zat besi berguna untuk perkembangan otak serta otot. Contoh sumber zat besi ialah makanan laut dan sayuran hijau.

Zink

Zink penting untuk penyembuhan kulit dan tumbesaran kanak-kanak. Sumber zink boleh didapati dalam daging merah, coklat gelap (dark chocolate) dan bayam.

Vitamin A

Menggalakkan sistem imunisasi badan si kecil. Vitamin A juga dikenali sebagai vitamin anti jangkitan. Contoh makanan yang mengandungi Vitamin A ialah tomato dan pisang.

Protein

Protein penting untuk membina dan memperbaiki tisu badan. Sumber protein boleh didapati daripada ikan tuna dan soya.

Vitamin C

Vitamin ini baik untuk gigi dan gusi dan membantu tubuh menyerap zat besi serta kalsium untuk pertumbuhan gigi yang sihat. Contoh Vitamin C ialah buah oren.

DHA

Asid dokosaheksaenoik atau DHA adalah asid lemak Omega 3 yang dapat membantu pertumbuhan otak yang cergas selain baik untuk penglihatan dan pertumbuhan saraf kanak-kanak.

Sumber utama DHA adalah daripada ikan laut seperti salmon, ikan sardin dan tuna.

Prebiotik

Prebiotik adalah sejenis serat diet yang membantu memelihara sistem penghadaman yang baik. Prebiotik terdapat dalam makanan seperti gandum, kekacang dan sayuran.

Karbohidrat

Bagi membekalkan tenaga dalam badan kanak-kanak, pengambilan karbohidrat adalah diperlukan. Karbohidrat boleh didapati di dalam beras.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan