HomeBlogVitamin D Dalam Diet

Vitamin D Dalam Diet

vitamin d dalam diet

Vitamin D penting untuk membantu tulang membesar dan berkembang dengan sempurna serta kekal kuat. Kanak-kanak lazimnya mendapat vitamin D mereka daripada pancaran cahaya matahari, malah vitamin ini juga boleh didapati daripada sesetengah makanan.  Teruskan membaca panduan di halaman sebelah jika anda bimbang anak anda tidak mendapat vitamin D yang mencukupi.

Mengapa kanak-kanak perlu vitamin D?

Kanak-kanak memerlukan vitamin D untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang mereka. Begitu juga dengan bayi di dalam kandungan yang memerlukan vitamin D untuk perkembangan tulangnya di dalam rahim. Hal ini kerana fungsi vitamin D dapat membantu menyerap kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan.

Bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat vitamin D yang mencukupi akan menyebabkan masalah riket, perkembangan motor terbantut, lemah, sakit dan retak otot.

Vitamin D dan pancaran cahaya matahari

Sumber utama vitamin D ialah pancaran cahaya matahari. Anda akan mendapat 80 peratus vitamin D melalui cahaya matahari. Jadi, ibu bapa adalah digalakkan untuk membenarkan atau membawa anak-anak bermain di luar bagi membolehkan mereka mendapat vitamin D percuma ini.

Akan tetapi, anda harus berhati-hati semasa membenarkan si manja terdedah kepada cahaya matahari kerana ia juga memungkinkan anak anda untuk mendapat selaran matahari (sunburn), kerosakan kulit malah juga kanser kulit. Waktu terbaik untuk membenarkan si manja bermain di bawah panas adalah sebelum pukul 10 pagi dan selepas jam 4 petang. Walau bagaimanapun, cara terbaik ialah anda lindungi si manja dengan losen pelindung matahari yang mengandungi SPF ataupun memakai topi, cermin mata hitam dan pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti panas.

Vitamin D dan pemakanan

Salah satu cara untuk melengkapkan keperluan vitamin D dalam tubuh si manja adalah dengan memilih makanan yang mengandungi vitamin D. Makanan yang kaya dengan vitamin D termasuklah susu, ikan lemak segar seperti salmon, sardin dan makerel, hati, kuning telur, cendawan dan margerin. Selain melalui pemakanan, kanak-kanak juga boleh mendapatkan vitamin D melalui suplemen vitamin D.

Bayi

Bayi yang menyusu secara eksklusif mungkin memerlukan suplemen vitamin D yang mencukupi. Namun, anda perlulah berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat tentang pengambilan vitamin D untuk si manja selain mematuhi dos vitamin D yang dibenarkan kepada bayi. Sebaik sahaja bayi bercerai susu (atau berumur lebih daripada setahun), adalah penting untuk anda memastikan pengambilan vitamin D yang mencukupi buat mereka.

Kanak-kanak dan remaja

Ramai kanak-kanak dan remaja tidak mendapat dos vitamin D yang mencukupi, iaitu 600 IU setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah kurang vitamin D akan menghidap masalah kulit lebih gelap.

Apa terjadi jika terlebih vitamin D?

Terlalu banyak vitamin D dalam badan akan menyebabkan toksik dan meningkatkan tahap kalsium dalam darah, di mana membawa kepada masalah hati dan buah pinggang. Tanda-tanda seseorang mengalami lebihan vitamin D ialah:

  • Muntah-muntah
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Lemah badan
  • Kehilangan berat badan

Berjumpalah dengan doktor anda untuk mengetahui jumlah vitamin D yang sepatutnya diberikan kepada si manja anda!

Pilihan Editor:

CDR ( Calcium-D-Redoxon)

NUTRILITE™ Cal Mag D Plus

Caltrate 600+ Vitamin D

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan