HomeBlogUsus Sihat, Kanak-kanak Ceria

Usus Sihat, Kanak-kanak Ceria

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita inginkan anak kita membesar dengan sihat dan ceria. Walau bagaimanapun, bayi dan kanak-kanak tidak lari daripada mengalami masalah penghadaman. Jika dibiarkan, masalah yang melibatkan sakit perut ini akan memberi kesan kepada hari-hari mereka.

Bayi dan kanak-kanak lazimnya mula mengalami masalah pada sistem penghadaman mereka selepas bercerai susu dan diperkenalkan kepada makanan pejal. Sistem penghadaman bukan sahaja berfungsi sebagai asas pencernaan dan penyerapan, sebaliknya penghadaman yang baik turut menyumbang kepada sistem imun yang sihat.

Cara untuk mendapatkan sistem penghadaman yang sihat adalah dengan memastikan usus yang sihat. Sekiranya usus tidak sihat, kanak-kanak akan terdedah kepada masalah perkembangan fizikal, emosi dan tumbesaran. Malahan, pembelajaran anak akan turut terganggu. Simptom-simptom seperti sakit perut, perut kembung, sembelit dan cirit-birit merupakan tanda-tanda berkemungkinan si manja mengalami masalah usus tidak sihat.

Sembelit

Sembelit berlaku apabila pergerakan usus kurang atau apabila najis kering dan sukar untuk keluar. Sembelit di kalangan kanak-kanak lazimnya tidak akan menyebabkan kesan berpanjangan. Akan tetapi, ia boleh memberi kesan kepada kualiti hidup si kecil (bergantung kepada tahap ketidakselesaan mereka).

Kanak-kanak mungkin mengalami sembelit kerana kurang air atau tahan membuang air besar. Antara sebab kanak-kanak menahan untuk membuang air besar adalah kerana tidak selesa menggunakan tandas (terutama bagi kanak-kanak yang baru diajar bercerai lampin) atau menghadapi masalah untuk membuang air besar kerana masalah pergerakan usus tadi.

Kebaikan memastikan usus sihat

Usus menyediakan pelbagai fungsi penting dalam mengekalkan dan melindungi kesihatan dan kesejahteraan tubuh. Antara kebaikan yang akan diperoleh jika mempunyai usus yang sihat ialah:

  • Memastikan penyerapan nutrien dan penghadaman berjalan sempurna.
  • Usus yang sihat melahirkan kanak-kanak yang ceria. Kanak-kanak yang ceria boleh bermain, belajar, berinteraksi dan meneroka pengalaman yang diperlukan untuk perkembangan minda yang optimum.
  • Menyumbang kepada kekuatan sistem imun kerana 60-70 peratus sel imun tubuh terletak pada usus.
  • Membantu perkembangan sosio-emosi, kognitif dan motor kanak-kanak.

Tips mendapatkan usus yang sihat

Kekal hidrat

Pastikan si manja anda minum air kosong yang mencukupi setiap hari. Kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun perlu minum air 2 atau 3 gelas sehari, sementara kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas perlu minum 6 hingga 8 gelas sehari.

Bersenam

Galakkan anak anda untuk melakukan aktiviti senaman seperti berjalan, berbasikal atau bermain bola sekurang-kurangnya 60 minit sehari.

Sedapnya buah & sayur

Masukkan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anak anda bagi memastikan dia mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang membantu mendapatkan pergerakan usus yang sihat.

Prebiotik dalam diet

Prebiotik adalah sejenis ‘makanan’ yang bermanfaat untuk menyuburkan bakteria baik dalam usus besar. Prebiotik boleh didapati dalam makanan seperti pisang, asparagus dan bawang.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan