HomeBlogUntungnya Bergelar Pelajar Sekolah Antarabangsa

Untungnya Bergelar Pelajar Sekolah Antarabangsa

Muka Melayu tapi bahasa yang digunakan menggunakan loghat Amerika. Wah! Tentu anda bangga jika anak anda begitu fasih berbahasa Inggeris, malah cekap berkomunikasi ala mat saleh. Ingin anak anda menjadi seperti itu?

Jom teruskan bacaan anda…

Jika ditanya, apa beza bersekolah di sekolah nasional berbanding di sekolah antarabangsa. Sudah tentu, hanya yang pernah bersekolah di kedua-dua sekolah atau bersekolah di sekolah antarabangsa sahaja tahu untuk memberi jawapan. Kami tidak mahu membandingkan kedua-dua sekolah sebaliknya, kami sediakan untuk anda keistimewaan apabila bergelar pelajar sekolah antarabangsa.

Kurikulum

Pelajar antarabangsa berpeluang belajar kurikulum antarabangsa seperti Australia, British, Amerika atau Kanada. Jika anda berhasrat untuk menyambung pengajian anak anda di kolej atau universiti luar negara, sekolah antarabangsa adalah tempat permulaan terbaik untuk anak anda. Bermula daripada tahap persediaan sehingga tahap pra universiti dan ke atas, kanak-kanak berpeluang menghabiskan pelajaran mereka di Malaysia sebelum berpindah ke kolej atau universiti luar negara. Selain daripada menawarkan sukatan yang disebutkan tadi, kebanyakan sekolah antarabangsa juga menawarkan kurikulum Baccalaureate Antarabangsa, iaitu kurikulum popular yang banyak digunakan di kolej dan universiti terkemuka luar negara.

Selain itu, kelayakan pra universiti yang ditawarkan di sekolah antarabangsa di Malaysia juga diterima oleh universiti terkenal di seluruh dunia. Kebanyakan sekolah antarabangsa mendapat rekod baik apabila pelajarnya memasuki universiti bertaraf dunia selepas menghabiskan pengajian pra universiti.

Fasih berbahasa

Antara faktor utama mengapa ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa adalah kerana penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara mereka. Pelajar sekolah antarabangsa akan mudah dikenali kerana fasih menggunakan bahasa Inggeris. Di sana, bahasa Inggeris digunakan dalam komunikasi harian dan menjadi bahasa utama di sekolah. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi memudahkan pergaulan mereka terutama dengan guru dan pelajar asing. Pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris turut disediakan kelas khas bagi memantapkan bahasa Inggeris mereka.

Mendapat tumpuan

Kebanyakan ibu bapa akan menghantar anak mereka ke pusat tuisyen kerana di sekolah, guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap anak murid di dalam kelas ekoran terlalu ramai pelajar dalam sesebuah kelas.

Hal ini tidak terjadi di sekolah antarabangsa kerana pelajar di sana diberikan tumpuan sepenuhnya oleh guru-guru. Di sekolah antarabangsa, anda akan lihat jumlah pelajar tidak melebihi 20 orang dalam satu kelas. Malah, kebanyakan sekolah antarabangsa juga menyediakan pembantu guru dalam setiap kelas. Nisbah dua guru dan 20 pelajar adalah munasabah. Jadi, guru-guru dapat menumpukan perhatian kepada setiap pelajar di dalam kelas.

Pergaulan

Di sekolah nasional, semua pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia. Sementara jika anda memasukkan anak anda ke sekolah antarabangsa, dia bukan hanya mengenali rakan-rakan dari negara sendiri, sebaliknya juga daripada negara luar. Di sekolah antarabangsa, anak anda berpeluang bergaul dengan pelbagai bangsa dari negara lain dan didedahkan dengan kebudayaan mereka. Selain itu, anak anda juga berpeluang untuk belajar bahasa dari pelajar negara lain dan dapat menjalin persahabatan dengan mereka.

Kemudahan dan persekitaran

Untungnya pelajar sekolah antarabangsa kerana mendapat peluang untuk memilih banyak ko-kurikulum tambahan yang ada di sekolah. Dengan kemudahan yang disediakan, pelajar tidak perlu mengambil kelas renang semata-mata untuk belajar berenang di luar sekolah ataupun mengambil kelas piano.

Kebanyakan sekolah antarabangsa menawarkan kemudahan untuk aktiviti ko-kurikulum di dalam sekolah bagi membentuk personaliti pelajar. Aktiviti-aktiviti ini diterajui oleh kakitangan yang terlatih atau profesional dan disokong oleh kemudahan yang diperlukan. Sekolah antarabangsa menyediakan banyak peluang atau kemudahan kepada pelajar supaya bakat mereka lebih terbentuk dan berkembang.

Kemudahan yang terdapat di sekolah antarabangsa adalah seperti perpustakaan, makmal komputer dengan perisian terkini, makmal sains, teater seni persembahan (muzik, tarian dan drama), gimnasium, padang atau gelanggang sukan, kolam renang dan bilik darjah yang dilengkapi dengan jaringan internet.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan