HomeBlogUdara Lebih Sihat Dengan Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe

Udara Lebih Sihat Dengan Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe

Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe

Adakah rumah anda sering dipenuhi oleh habuk serta bau yang ganjil? Anda juga kerap mengalami masalah kesihatan seperti selsema dan bersin? Mungkin ianya berpunca dari udara di rumah yang tidak bersih. Kualiti udara yang tidak sihat kini bukan hanya menjadi kerisauan segelintir ibu bapa, malah boleh dikatakan majoriti penduduk terutama sekali di ibu kota yang pesat dengan segala pembangunan dan pencemaran udara juga masih mencari penyelesaian untuk masalah ini. Partikel-partikel halus yang terkandung dalam udara yang tercemar tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi ianya boleh memasuki liang udara manusia dan mendatangkan masalah kesihatan.

Tidak hairan lah pembersih udara makin giat memenuhi pasaran dengan pelbagai fungsi dan teknologi canggih. Tetapi adakah pembersih udara benar-benar efektif dalam membasmi segala bakteria di udara termasuklah bakteria yang bersaiz mikro seperti PM2.5? Kami diberi peluang untuk mencuba pembersih udara terbaru iaitu Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe yang dikatakan mampu untuk nyah bau serta membasmi sehingga 99% bakteria. Mari kita lihat sejauh mana keberkesanannya.

Rekaan Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe yang menarik dan praktikal

Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe

Reka bentuk pembersih udara ini amat dinamik dengan bentuk lengkungan “C” memberikan gambaran jelas kenipisan pembersih udara ini. Jika dilihat Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe dari hadapan, ianya kelihatan amat menarik dengan bingkai yang berwarna kelabu besi menambahkan lagi rekaan dinamiknya. Saiznya yang mungkin sedikit lebar pasti memakan ruang di rumah anda, tetapi tidak perlu risau kerana ianya dilengkapi dengan braket dinding yang membolehkan anda memasang pada dinding sama seperti televisyen. Menjimatkan ruang dan juga boleh dijadikan sebagai dekorasi di ruang tamu.

Teknologi ECONAVI dan nanoe

Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe

 

Kelebihan pada pembersih udara ini adalah pada teknologi ECONAVI dan nanoe. Tahukah anda bahawa udara yang kita hirup mengandungi pencemaran yang berukuran PM2.5 iaitu lebih kecil daripada bakteria? Partikel bersaiz kecil ini boleh didapati dalam asap serta jerebu dan disinilah nanoe bertindak membasmi segala pencemaran dan berikan anda udara yang bersih.

Dengan menggunakan molekul-molekul air berukuran nano, virus yang tersebar di udara seperti H1N1 dapat dibasmi sehingga 99.9%. Teknologi nanoe ini juga efektif dalam menghilangkan bau busuk seperti sampah dan terutama sekali bau rokok. 90% bau rokok dapat dikurangkan di rumah anda dengan penggunaan Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe dalam masa 30 minit. Ianya juga bertindak dalam melembapkan kulit anda dengan fungsi nanoe.

Mudah dipasang dan digunakan

Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe

 

Pembersih udara ini amat senang untuk dipasang dan ianya tidak rumit sama sekali. Hanya keluarkan sahaja dari kotak, letakkan di tempat yang dimahukan dan tekan butang “ON”. Kami cuba di ruang pejabat yang keluasannya sedikit besar dan saat pembersih udara ini dipasang ianya terus membersih udara dan membasmi segala kotoran.

Dengan menggunakan mod ECONAVI, ianya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk pembersih udara ini beul-betul menapis udara sekeliling dan berhenti dengan automatik selepas udara semua selesai dibersihkan serta menjimatkan penggunaan tenaga.

Penunjuk PM2.5 akan menyala jika udara sekitar begitu tercemar. Pembersih udara ini tidak menunjukkan sebarang pencemaran yang melampau saat diuji kerana ruang pejabat ini tertutup dan tidak tercemar dengan sebarang asap rokok mahupun kenderaan. Dapat dirasakan bahawa udara sedikit berlainan di mana ianya lebih lembap dan amat menyegarkan. Dingin seperti anda memasang pendingin hawa sahaja. Badan juga terasa lebih cergas dan bertenaga untuk melakukan kerja. 

Alat kawalan jauh magnetik

Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe

 

Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe lengkap dengan alat kawalan jauh untuk mengawal fungsi pembersih udara ini dengan mudah. Saiznya yang sempurna dan tidak terlalu besar memudahkan anda untuk menggenggam. Selepas digunakan, lekatkan pada sisi pembersih udara dengan fungsi magnet yang dilengkapi pada alat kawalan jauh tersebut. Sekarang, anda tidak perlu risau lagi alat kawalan jauh hilang.

Ianya juga dilengkapi dengan fungsi ‘child lock’ untuk menghalang anak anda daripada menekan sebarang butang dan membahayakan diri. Dibahagian panel pembersih udara ini turut dilengkapi dengan petunjuk PM2.5 yang berwarna merah jika udara begitu tercemar, simbol habuk, bau serta bersih jika udara telah dibersihkan sepenuhnya. Fungsi ECONAVI yang terdapat pada pembersih udara ini dapat menjimatkan tenaga sebanyak 50% berbanding mod automatik.

Apa kata kami?

Dapat dirasakan perbezaan sebelum dan selepas memasang Panasonic Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe. Udara sekitar terasa lebih lembap dan nyaman. Kulit juga tidak terasa kering walaupun memasang pendingin hawa. Bukan sahaja kualiti udara, malah bau juga turut hilang sama sekali selepas penggunakan pembersih udara ini buat seketika.

Untuk harga dan spesifikasinya, kami boleh katakan ianya memang berbaloi! Amat sesuai untuk seisi keluarga anda terutama sekali jika rumah anda di kawasan yang tercemar dan juga mempunyai haiwan peliharaan. Untuk ruang yang besar, ianya memakan sedikit masa untuk benar-benar membasmi segala bakteria. Dual Usage Air Purifier F-PXL45A with ECONAVI nanoe boleh didapati dengan harga RM1,445.00 di pasaraya. Layari laman web rasmi Panasonic untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan