HomeBlogTop 9 Perubahan Kulit semasa Hamil (& Cara Merawatnya)

Top 9 Perubahan Kulit semasa Hamil (& Cara Merawatnya)

Kehamilan adalah  tempoh yang begitu mengujakan bagi setiap pasangan khususnya bakal ibu. Perubahan demi perubahan berlaku sepanjang kehamilan namun ada kalanya muncul perubahan yang tidak digemari oleh para ibu. Ketahui masalah-masalah kulit yang biasanya dialami oleh ibu hamil:

1 Jerawat oh jerawat!

Wajah yang dahulunya jarang dihinggapi jerawat kini menjadi satu masalah apabila muncul semasa kehamilan. Masalah jerawat semasa hamil dialami oleh sesetengah wanita disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan. Masalah ini boleh diatasi sekiranya mengikuti penjagaan wajah yang betul.

Jika anda perasan wajah anda mula ditumbuhi jerawat sewaktu hamil, jangan sewenang-wenangnya menggunakan sebarangan produk untuk menghapuskan jerawat tersebut.

Elakkan daripada menggunakan skrub atau exfoliant kerana kulit wanita hamil sangat sensitif. Carilah pencuci muka yang lembut dan pelembap yang bebas minyak bagi memastikan kulit wajah anda bersih. Jika anda ingin menggunakan skrub muka, carilah skrub untuk kulit sensitif yang berasaskan oatmeal bagi membantu menanggalkan pori tersumbat.

 

Tips

Gunakan lemon segar untuk membersihkan kulit muka berjerawat dan bintik hitam. Sapukan separuh lemon pada tempat jerawat dan biarkannya menyerap selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air suam dan lapkan muka dengan lembut menggunakan tuala bersih. Lakukan tiga kali seminggu dan lihatlah kesannya!

2 Muka bertopeng

Adakah anda mengalami pigmentasi semasa hamil? Pigmentasi berwarna kecoklatan di seluruh wajah lazimnya anda hadapi semasa trimester kedua. Gejala topeng kehamilan atau chloasma ini berlaku disebabkan hormon estrogen dan progesteron merangsang sel melanin di kulit bagi menghasilkan lebih banyak pigmen. Namun, disebabkan sel-sel ini tidak menghasilkan pigmen tambahan dengan seragam, kulit wajah anda akan dilitupi tompok-tompok perang.

Bagi mengelakkan chloasma menjadi lebih teruk, kurangkan terdedah kepada cahaya matahari. Pakailah topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari. Selain itu, anda juga boleh menggunakan losen pelindung matahari bagi melindungi kulit. Pigmentasi akan berkurang selepas tiga bulan anda melahirkan bayi.

Tips

Kisar lumat oren segar, strawberi dan epal serta campurkannya dengan beberapa titik jus lemon dan satu sudu teh madu. Kacau sebati dan sapukannya di sekeliling muka.

3 Hentikan kesan regangan kulit

Kesan regangan kulit akan mula kelihatan pada trimester kedua dan semakin jelas semasa trimester ketiga ekoran berat badan anda yang semakin bertambah dan tubuh anda yang semakin membesar. Kesan regangan kulit bukan sahaja terdapat pada perut, tetapi juga boleh muncul di bahagian payudara, paha, pinggul, belakang dan punggung. Kulit anda akan ditumbuhi garis kemerah-merahan dan perang.

Kesan regangan kulit boleh dikurangkan dengan mengurut lembut pada bahagian yang terlibat menggunakan pelembap yang mengandungi campuran minyak Vitamin E dan minyak badam. Urutan menggunakan minyak semula jadi ini perlulah bermula pada awal kehamilan bagi membantu meningkatkan keanjalan kulit. Produk yang mengandungi Vitamin A, minyak pati lavender dan koko juga amat berkesan bagi menangani masalah kesan regangan.

Selain itu, anda perlu minum lebih banyak air bagi mengekalkan hidrasi dan mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat kolagen serta elastin seperti Vitamin C (strawberi, brokoli), zink (daging, produk tenusu), Niasin atau Vitamin B3 (bijirin, kekacang) dan Riboflavin atau Vitamin B2 (ikan, telur) bagi mengekalkan kesihatan kulit.

Usah khuatir kerana selepas kelahiran, kesan regangan akan beransur-ansur pudar!

Tips

Campurkan satu sudu teh kapur sirih bersama satu sudu teh jus limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih. Gaulkan hingga sebati dan sapukan pada kawasan kesan regangan kulit.

4 Terkeruk-keruk

Kebanyakan ibu hamil kerap ‘terkeruk-keruk’ sewaktu trimester ketiga. Masalah kegatalan pada kulit ini berlaku disebabkan kulit di bahagian berkenaan turut meregang sekaligus mengakibatkan kulit menjadi kering dan tegang. Beberapa bahagian pada kulit anda mungkin akan gatal kerana masalah kulit kering dan ruam. Kebanyakan wanita mengalami kegatalan pada bahagian perut, pinggul dan paha.

Sapukan krim, losen atau pelembap bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Kerap minum air masak supaya kulit kekal terhidrat.

5 Semakin gelap

Tahi lalat kecil dan bintik-bintik yang wujud sebelum kehamilan kini semakin membesar dan tompok-tompok perang atau tanda lahir semakin jelas keperangan. Tahi lalat baru juga mungkin muncul.

Bahagian areola dan puting pada payudara anda akan menjadi lebih gelap berbanding sebelum anda hamil. Malah ada juga yang mengalami kegatalan pada bahagian puting tersebut. Bagi mengurangkan masalah kegatalan pada puting, sapukan krim puting yang banyak dijual di farmasi.

6 Linea Nigra

Kebanyakan wanita biasanya mengalami garisan menegak lurus berwarna putih yang melintasi pusat ke tulang pubik. Garisan ini telah sedia ada sewaktu sebelum anda hamil lagi cuma mungkin anda tidak perasan akan kehadirannya.

Linea Nigra akan semakin gelap dan jelas kelihatan semasa trimester kedua terutamanya bagi wanita yang berkulit gelap. Bagaimanapun, garis ini akan pudar dan menghilang perlahan-lahan beberapa bulan selepas kelahiran.

7 Seri kehamilan

Satu-satunya perubahan kulit yang menjadi igauan para wanita hamil adalah seri kehamilan. Seri wajah ini mungkin dapat dilihat oleh orang sekeliling anda (anda tidak menyedarinya). Sewaktu hamil, aliran darah dalam badan anda akan meningkat dan menghasilkan banyak minyak. Minyak inilah yang akan menyerlahkan lagi seri kehamilan anda dengan menjadikan kulit anda cerah, berseri dan berkilat.

8 Spider Veins

Hormon kehamilan dan peningkatan aliran darah mungkin menyebabkan cabang-cabang halus yang membentuk sarang labah-labah muncul pada beberapa bahagian tubuh. Ia mungkin kelihatan pada bahagian wajah, atas leher, lengan dan dada ibu hamil. Garisan-garisan ini mengambil masa yang panjang untuk hilang berbanding dengan masalah kulit lain.

Kurangkan kesan cabang-cabang ini dengan mengurangkan aktiviti yang melibatkan anda terdedah dengan cahaya matahari. Selain itu, perbanyakkan pengambilan Vitamin C.

9 Tinggikan kaki

Masalah varicose veins atau bengkak pada beberapa bahagian badan selalu dialami oleh ibu semasa trimester ketiga kehamilan. Lazimnya, bengkak pada kaki ini akan menyebabkan kesakitan.

Bagi mengatasinya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama, lunjurkan kaki pada paras yang sama dengan punggung bagi membantu melancarkan peredaran darah dan elakkan bersilang kaki sewaktu duduk.

Anda juga perlu membiasakan diri untuk mengalas kaki dengan bantal sewaktu tidur. Selain itu, pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum tidur dan tanggalkannya pada waktu pagi supaya darah tidak terkumpul di buku lali.

 

Cuba tips-tips ini dan kami doakan semoga anda dapat melayari alam kehamilan dengan gembira.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan