HomeBlogTips ‘Terbang’ bersama Anak Kecil

Tips ‘Terbang’ bersama Anak Kecil

Membawa anak kecil bercuti menaiki kapal terbang pasti menjadi kegusaran buat ramai ibu bapa. Namun, usahlah bimbang! Dengan perancangan yang betul, impian anda untuk bercuti menaiki kapal terbang bersama anak-anak akan berjalan lancar.

Mengemas

1. Berikan anak anda seorang satu beg yang mengandungi mainan atau barang kegemaran mereka- supaya mereka boleh bermain dengannya di dalam penerbangan.

Alih perhatian: Beg Trunki mungkin boleh mengalih perhatian si kecil semasa menunggu lama di kapal terbang. Anak anda akan seronok bermain dengan roda dan menarik-narik beg semasa di lapangan terbang.

2. Letakkan lampin dan tisu lembap bayi secukupnya di dalam beg yang akan anda bawa naik dalam penerbangan.

3. Pastikan anda turut membawa beberapa helai baju anak di dalam beg tersebut sebagai persediaan jika anak anda muntah kerana mabuk kapal terbang.

Sebelum penerbangan

4. Sementara menunggu penerbangan, bawa anak anda berjalan-jalan di sekeliling lapangan terbang. Gunakan masa tersebut untuk anak berjalan kerana di dalam kapal terbang nanti mereka perlu duduk sahaja.

5. Pastikan anak anda sudah pergi ke tandas/ ditukarkan lampin sebelum berlepas.

6. Pastikan tiket dan pasport anda sekeluarga berada di dalam kocek pakaian anda. Jadi, ibu bapa pakailah pakaian yang berkocek!

Makanan

7. Bawa snek yang mencukupi untuk setiap anak-anak bagi mengelakkan mereka bertelagah kerana berebut makanan. Snek ini boleh diletakkan dalam beg mereka masing-masing.

8. Elakkan makanan yang melekit atau boleh membuatkan si kecil comot. Mungkin anda boleh tawarkan kismis atau sandwic untuk si manja.

Dalam penerbangan

9. Berikan anak anda bermain mainan yang terdapat dalam tablet atau telefon pintar anda. Sebaik-baiknya, anda muat turun aplikasi mainan baru kanak-kanak dalam gadget anda.

10. Bawa pelekat kartun untuk anak anda. Mengapa? Sepanjang perjalanan pasti anak anda akan berasa bosan. Jadi, berikan aktiviti untuk dia lakukan. Salah satunya adalah dengan memberikan pelekat untuk dilekatkan pada botol air mineral.

11. Kanak-kanak yang pertama kali menaiki kapal terbang pasti akan teruja. Jadi, teruskan keterujaan si kecil dengan memberikannya ruang melihat pemandangan di tingkap. Bersedialah untuk menjawab soalan-soalan yang tidak dijangka daripada si kecil!

12. Bawa bantal kecil semasa dalam penerbangan. Anak kecil mungkin memerlukan bantal untuknya mengalas tempat duduk bagi melihat pemandangan di tepi tingkap. Sementara anak yang lebih besar mungkin memerlukan bantal tersebut untuk tidur dengan selesa di dalam penerbangan.

Tempah tiket: Semasa membuat tempahan tiket, mintalah tempat duduk di tepi tingkap untuk anak anda. Dengan memberikan si kecil tempat duduk di tepi tingkap juga dapat memberikan keselesaan kepada penumpang lain.

Mendarat

13. Biarkan penumpang lain turun dahulu. Pastikan tempat duduk anda dan anak-anak anda kosong serta tiada barang tertinggal.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan