Banyak pilihan sekolah antarabangsa yang ada di negara ini. Jika anda sudah membuat keputusan untuk menghantar anak ke sekolah antarabangsa, anda perlu menimbang beberapa kriteria sebelum memilih.
Table of Contents
Kenali Sekolah. Bagaimana?
Titikberatkan kriteria-kriteria di bawah:
- Saiz kelas. Berapa banyak pelajar dalam setiap kelas?
- Apakah aktiviti tahunan yang dijalankan di sekolah? Adakah sekolah menganjurkan aktiviti semasa minggu pertama persekolahan?
- Bagaimana layanan kepada pelajar-pelajar baru di kelas? Adakah mereka dilayan dengan baik oleh pelajar-pelajar lama atau senior?
- Adakah terdapat sesi kaunseling disediakan untuk pelajar?
- Adakah ibu bapa dimaklumkan tentang perkembangan anak? Jika ya, berapa kerap makluman tersebut?
- Adakah sekolah menyediakan kelas/ pembelajaran istimewa?
Kurikulum
- Apakah pendekatan pendidikan yang diamalkan oleh sekolah?
- Adakah kursus yang ditawarkan baik untuk perkembangan anak anda?
- Apakah aktiviti selepas sekolah yang ditawarkan? Adalah salah satunya memenuhi minat anak anda?
- Bagaimana pihak sekolah menilai pelajar? Melalui peperiksaan? Jika ya, berapa kerap dan bagaimana bentuk peperiksaan yang dijalankan?
- Berapa banyak graduan sekolah yang berjaya mendapat tempat ke universiti-universiti terkemuka seluruh dunia?
Tenaga pengajar/ guru
- Apakah latar belakang guru di sekolah?
- Apakah kelayakan mereka?
- Apakah cara mengajar yang digunakan oleh guru-guru untuk menggalak dan membantu pelajar di sekolah?
- Adakah guru-guru di situ bersifat penyayang, mesra murid dan berpengetahuan luas?
- Adakah guru-guru menyediakan kelas tambahan untuk para pelajar?
Pencapaian sekolah
- Adakah sekolah tersebut dikenali di luar negara?
- Bila sekolah ditubuhkan? Bagaimana pencapaian sekolah dalam aspek akademik?
- Apa fasiliti yang disediakan untuk pelajar? Adakah kemudahan tersebut terpelihara?
- Bagaimana pula dengan polisi sekolah jika melibatkan kelas tambahan?
- Apakah ciri-ciri keselamatan yang disediakan di sekolah? Adakah terdapat CCTV diletakkan di perkarangan sekolah?
- Adakah sekolah akan memikul tanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada anak anda di sekolah?
- Bagaimana penglibatan ibu bapa di sekolah?
- Apakah peranan ibu bapa di sekolah? Adakah ibu bapa akan dimaklumkan tentang aktiviti yang terdapat di sekolah?
Adakah sekolah mengalu-alukan ibu bapa yang ingin datang untuk melihat dan menyokong anak mereka dalam sesetengah aktiviti?
- Adakah ibu bapa boleh memberikan idea dan kritikan terhadap pendekatan pembelajaran yang diamalkan di sekolah?
- Adakah ibu bapa akan dimaklumkan tentang keputusan ujian dan peperiksaan anak? Jika ya, bagaimana cara makluman tersebut?
Kesemua soalan ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan tentang pemilihan sekolah antarabangsa yang tepat buat anak anda. Meskipun begitu, jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Ambil masa dan perhatikan calon-calon untuk sekolah anak anda. Senaraikan pro dan kontra untuk setiap sekolah bagi membantu anda membuat pilihan.
Jangan ketepikan anak anda!
Libatkan anak anda semasa membuat pilihan kerana dia yang akan belajar di sekolah tersebut. Jangan terus membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan anak anda.