HomeBlogTips Agar Si Manja Tidak Berjaga Malam Dan Bangun Awal

Tips Agar Si Manja Tidak Berjaga Malam Dan Bangun Awal

Apa yang paling membimbangkan bagi para ibu adalah untuk memastikan si manja tidur tepat pada waktunya dan tidak terjaga lewat malam. Jadual tidur anak amat lah penting dan perlu diikut dengan teratur agar emosi dan tenaga mereka tidak terganggu. Percayalah jika waktu tidur mereka tergangu, ianya akan merumitkan hari anda dan mereka akan berterusan menangis dan merengek.

Perasan tidak, si kecil suka untuk berjaga lewat malam? Tenaga mereka seakan berada pada tahap maksima dan mahu bermain dan menonton cerita kartun lewat malam sehingga ke pagi. Jangan jadikan ianya sebagai kebiasaan kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan si kecil. Di sini Puan Adlil Rajjah berkongsi tips bagaimana dia memastikan anak-anaknya tidur mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Punca utama tidak bermaya ialah tidak cukup tidur

Kanak-kanak yang liat untuk bangun awal punca utamanya satu sahaja iaitu tidak cukup tidur. Mereka perlu dilatih untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Semua ini perlu didik sejak kecil kerana apabila umur mereka menginjak 7 tahun, mereka bakal memulakan sesi persekolahan di awal pagi. Tidak lah mereka terkejut dengan perubahan mendadak pada jadual harian mereka nanti. Untuk apa pun perubahan yang anda mahu lakukan kepada anak, pastikan emosi mereka dijaga dan juga emosi anda sendiri.

Pastikan si kecil dilatih tanpa paksaan yang berunsur negatif. Didik mereka dalam kondisi yang gembira dan positif tanpa menggunakan kekerasan. Disiplin yang diterapkan dalam keadaan emosi yang baik akan berkekalan dan diingati sepanjang masa.  Jom baca lapan cara untuk mendidik anak tidur awal dan bangun awal:

1. Tunjukkan contoh terbaik

Anak akan meletakkan ibubapa sebagai contoh ikutan. Segala apa yang dilakukan oleh ibubapa akan dijadikan sebagai ikutan buat anak-anak. Nasihat tanpa contoh adalah satu perkara yang membuang masa. Jika mahu mereka mengikut nasihat anda, tunjukkan contoh dahulu. Jika anda mahu si kecil tidur awal, anda perlu mulakan dahulu. Jika mahu anak kurangkan bermain gajet, ibubapa perlu mulakan dahulu agar anak-anak ikut. Semuanya perlu dilakukan bersama-sama. Jangan pula suruh anak tidur awal tetapi ibubapa masih lagi menontot televisyen lewat malam. Ianya memberikan contoh yang buruk.

2. Tidur yang mencukupi

Sebagai ibubapa, anda perlu tahu berapa jam yang diperlukan oleh anak anda untuk tidur setiap hari. Maklumat ini boleh didapati melalui carian di internet. Tempoh masa yang diperlukan berbeza mengikut umur kanak-kanak. Sebagai contoh, anak Puan Adlil Rajah, iaitu Haikal memerlukan waktu tidur selama 10 jam pada waktu malam dan mengikut umurnya, dia tidak memerlukan tidur petang. Tempoh tidur yang cukup mengikut umur amat penting buat perkembangan fizikal dan mental.

Tetapi bagaimana mahu memastikan si kecil tidur awal? Untuk memastikannya, anda perlu kurangkan memberi makanan dan minuman yang mengandungi kafein sekurangnya 4 jam sebelum tidur. Contoh makanan ialah coklat, kopi atau juga milo. Pastikan makan malam tepat pada waktunya iaitu pada pukul 7 malam. Kurangkan snek atau makanan bergula seperti aiskrim, gula-gula kerana ianya boleh membuatkan anak-anak hyper ‘sugar-rushed’ dan tidak mahu tidur.

Dinasihatkan juga agar tidak menonton televisyen selepas makan malam termasuklah ibubapa. Menonton televisyen atau juga bermain gajet akan menyebabkan mereka teruja dan otak mereka memproses maklumat dengan laju. Apabila otak mereka laju memproses maklumat, mereka tidak akan berasa letih untuk tidur. Gunakan masa sebelum waktu tidur dengan menyemak buku sekolah mereka atau membaca buku.

3. Siapkan barang di malam hari

Latih anak-anak anda untuk mengemas beg sekolah malam sebelumnya. Jadikan ianya sebagai rutin agar mereka sudah terbiasa dan bersedia ke sekolah keesokkan harinya. Sebelum tidur, siapkan beg sekolah, baju yang mahu dipakai, stokin dan botol air. Cara ini akan membuatkan anak lebih bersedia dari segi mental untuk pergi ke sekolah keesokkan harinya.

4. Ibubapa perlu bangun terlebih awal

Jika anak-anak bangun pukul 7 pagi untuk bersiap ke sekolah, ibubapa pula haruslah bangun terlebih awal lagi untuk berikan masa kepada tubuh berfungsi sepenuhnya. Jika ibubapa bangun waktu yang sama dengan anak, ianya akan menjadi kelam-kabut kerana masing-masing belum betul-betul celik dan mendorong kepada berlakunya pertengkaran sesama anak-anak.

Ibubapa bangun awal, bersenam dan minumlah kopi agar badan segar dan barulah pergi ke bilik anak dan kejutkan mereka. Buka lampu serta langsir tingkap kerana cahaya membantu menyegarkan otak manusia untuk bangun. Selesai bersiap, berikan mereka minum pagi yang boleh mencergaskan minda dan sedikit gula untuk biarkan mereka aktif.

5. Sediakan ‘morning routine chart’

Morning routine chart ini amat membantu agar anak-anak bergerak dengan pantas tanpa membuang masa. Jika tiada carta ini, mereka akan mengambil masa untuk bersiap setiap pagi kerana pada pandangan mereka tidak perlu untuk bergegas. Sediakan carta bergambar dan tampalkan di bilik mereka agar pergerakan mereka lebih teratur dan pantas. Sebagai panduan, sediakan carta langkah demi langkah yang mereka perlu ambil seperti bangun tidur, gosok gigi, mandi, pakai baju sekolah, sikat rambut dan kemudian makan sarapan pagi. Cuba kaedah ini dan lihat perubahan positif pada jadual anak anda.

6. Jangan cepat melenting

Siapa yang suka mendengar bebelan di pagi hari? Mood seseorang itu ditentukan dengan bagaimana paginya dimulakan. Jika pagi lagi sudah dimarahi dan ditengking, sudah pasti mood akan berubah kepada negatif sepanjang hari di sekolah. Sebagai ibu, anda perlu bertenang dan tidak mudah mengamuk pada anak ketika bersiap di pagi hari. Mereka perlu kekal positif untuk menuntut ilmu di sekolah, dan jika anda sudah marahi mereka di pagi hari sudah tentu mereka tiada hati untuk belajar. Kekal tenang dan selesaikan masalah dengan bercakap dengan mereka baik-baik.

7. Berikan mereka ruang untuk belajar dan membuat kesalahan

Jika anda baru sahaja mendedahkan anak-anak dengan kaedah baru ini, jangan pula harapkan mereka untuk melakukannya dengan sempurna tanpa cacat-cela. Mereka masih lagi belajar dan mencuba untuk membiasakan diri, maka kesalahan kecil itu adalah perkara biasa. Beri mereka ruang untuk belajar dan menyesuaikan diri. Hari pertama mencuba dan gagal itu perkara biasa, tetapi lama-kelamaan pasti akan menunjukkan kesan positif. Semua orang belajar dari kesilapan dan tidak akan mengulanginya lagi.

Sebagai ibubapa jangan lah anda terlalu mendesak mereka untuk menjadi yang terbaik. Sama-sama saling mengajar dan membantu dan sokongan ibubapa amat lah diperlukan. Selamat mencuba buat para ibubapa semua!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan