HomeBlogTingkatkan Peluang Bina Famili

Tingkatkan Peluang Bina Famili

Ramai pasangan yang mengejar dan memberi keutamaan kepada karier mereka serta menunda dan melupakan terus tentang perancangan untuk mendapatkan zuriat. Mereka menganggap bahawa kehamilan tentu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Namun, realitinya, hanya terdapat satu ruang atau peluang yang kecil untuk mendapatkan zuriat, dan peluang ini menjadi semakin tipis apabila umur wanita itu meningkat dan akhirnya menopause terjadi tatkala umur mencapai 50 tahun.

Melengahkan proses percubaan untuk mendapatkan zuriat sehingga mencapai usia yang agak lewat menjadi salah satu faktor utama timbulnya isu kesuburan. 1 dalam 6 pasangan di Malaysia terjerat di dalam masalah ketidaksuburan, justeru menyukarkan perjalanan mereka untuk mendapatkan anak.

Mengapa peluang mendapatkan zuriat berkurangan jika umur semakin meningkat?
Wanita dilahirkan dengan 1–2 folikel (benih) di dalam ovari. Dengan umur yang meningkat, jumlah dan kualiti benih akan menurun secara dramatik. Pada umur 25 tahun, seorang wanita mempunyai 25 peratus peluang kehamilan setiap bulan dengan percubaan yang aktif, dan pada usia 35 tahun, peluang ini akan berkurangan sebanyak 16 peratus. Setiap tahun selepas usia 35 tahun, peluang tersebut akan berkurangan secara lebih dramatik, meninggalkan mereka yang mencuba pada usia 40 tahun dengan hanya 6 peratus peluang sahaja. Dengan itu, jika usia anda kini mencecah 30-an adalah amat penting sekali anda mencuba segera untuk hamil!

Berapa ramaikah anak yang anda inginkan di dalam keluarga?

Langkah proaktif pertama dalam perjalanan membina keluarga adalah berbincang dengan pasangan anda tentang bilangan anak yang mahu dimiliki dan bilakah setiap kehamilan akan berlaku. Kelahiran anak pertama tidak akan menjamin kelahiran anak yang kedua dan tidak juga akan memberhentikan detikan jam biological anda. Umur tetap menjadi faktor yang paling utama di dalam usaha mendapatkan anak yang kedua dan ketiga.

Peluang mendapatkan jumlah anak yang diinginkan
Pasangan bukan sahaja perlu mempertimbangkan bilangan zuriat yang ingin dimiliki tetapi juga peluang konsepsi di setiap peringkat umur, terutamanya untuk anak yang terakhir. Sebagai contoh, untuk 90 peratus kepastian memiliki 3 orang anak, pasangan perlulah mula mencuba di kala wanita berada pada usia 23 tahun! Apabila usia anda semakin meningkat maka peluang anda untuk melengkapkan bilangan anak yang ingin dimiliki akan semakin berkurangan. Jika anda ingin mengetahui peluang anda untuk mendapatkan anak pada usia anda kini dan masa yang anda miliki, sila layari www.biologicalclock.com.my

Periksa tahap kesihatan kesuburan
Peluang konsepsi adalah bergantung kepada beberapa faktor daripada lelaki dan wanita dalam satu pasangan. Pemeriksaan kesuburan adalah cara yang paling mudah untuk menentukan tahap kesihatan kesuburan optimal anda apabila anda sudah bersedia untuk melalui proses mendapatkan zuriat.

Ujian untuk lelaki:
Langkah pertama dalam analisis sperma adalah melihat kepada jumlah sperma, bentuknya dan kemampuannya untuk bergerak. Satu lagi ujian yang berguna adalah untuk menggabungkan analisis sperma dengan analisis antibodi yang akan mengurangkan kebolehan sperma untuk melalui mukus servikal dan seterusnya sampai kepada benih untuk penyuburan.

Walaupun anda belum lagi mencuba untuk mendapatkan zuriat sekarang, ianya bukan terlalu awal untuk mengetahui tahap kesuburan anda dengan menjalankan pemeriksaan kesuburan secara proaktif. Pemeriksaan kesuburan akan menekankan isu-isu spesifik yang perlu dipertimbangkan oleh pasangan. Lebih awal pasangan melalui ujian kesuburan dan berjumpa dengan pakar kesuburan, lebih cerah peluang pasangan untuk mendapatkan zuriat.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan