HomeBlogTingkat Sistem Ketahanan Badan Si Kecil

Tingkat Sistem Ketahanan Badan Si Kecil

Tahukah anda bahawa memberi perlindungan kepada si kecil bukan hanya bermaksud anda mengelakkan si manja daripada terkena gigitan nyamuk dan serangga, menjaga kebersihan tubuh dan persekitaran si kecil atau mengelak daripada membawa anak ke tempat awam. Ada perkara yang lebih utama dalam memberikan perlindungan kepada si manja, iaitu vaksinasi!

Lindungi anak anda

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka termasuklah dari segi perlindungan. Ada sesetengah ibu bapa yang berkira-kira untuk memberi kebenaran kepada anak mereka bergaul di luar kerana khuatir anak akan mendapat penyakit.

Tahukah anda, setiap kanak-kanak juga berhak mendapatkan perlindungan yang sepatutnya? Ya, kuman, bakteria dan penyakit berada di mana-mana namun sebagai ibu bapa anda perlu memastikan kanak-kanak mendapat pencegahan awal. Biarkan anak anda menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan riang, sihat dan selamat.

Suntik sebelum terlambat

Penyakit berjangkit dan merbahaya untuk kanak-kanak boleh dicegah melalui perlindungan imunisasi. Namun, sesetengah ibu bapa enggan memberikan vaksin kepada anak mereka ekoran terdengar khabar angin tentang keburukan vaksin.

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia, dua hingga tiga juta kematian dapat dielakkan setiap tahun dengan cara memberikan vaksin kepada kanak-kanak. Jangan biarkan anda ralat apabila melihat anak anda sengsara dengan penyakit disebabkan tidak memberikan vaksin. Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Mengapa perlu vaksin?

Proses imunisasi mengurangkan risiko kanak-kanak daripada dijangkiti penyakit berjangkit dan merbahaya. Tanpa perlindungan imunisasi, kanak-kanak dan orang dewasa akan mati akibat penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin. Sesetengah penyakit seperti cacar boleh menjangkiti dan memudaratkan mereka yang tidak divaksin. Selain itu, mereka yang tidak mendapatkan suntikan IPV boleh menerima penyakit polio yang mengakibatkan kematian dan lumpuh. Vaksin seperti HPV dan Hepatitis B dapat mencegah penyakit kanser serviks dan kanser hati.

Tahukah Anda?

Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyediakan perlindungan imunisasi percuma melalui Program Imunisasi Kebangsaan.

Jenis-jenis vaksin:

BCG

Bacille Calmette et Guerrin atau nama singkatannya, BCG merupakan vaksin yang mengandungi kuman mycobacterium. Vaksin ini memberi perlindungan dan merangsang sistem imun badan anak anda untuk melawan penyakit batuk kering atau Tibi. Vaksin ini diberikan secara percuma di bawah Program Imunisasi Malaysia semasa bayi lahir. Walau bagaimanapun, anak anda akan mendapat semula vaksin ini semasa Darjah 1, jika tiada parut di lengan anak anda.

DT

Vaksin difteria atau DT mengandungi toksoid difteria tidak aktif yang akan merangsang penghasilan antibodi untuk toksin tersebut lalu menghasilkan imuniti. Vaksin difteria menjadi sebahagian daripada vaksin antigen tiga rangkai DTP (difteria-kancing gigi-batuk kokol). Anak anda akan diberikan tiga dos untuk difteria pada tahun pertama kehidupan mereka iaitu pada usia 2, 3 dan 5 bulan. Perlindungan ini ditambah dengan dos penggalak sebelum mereka memulakan persekolahan pada usia 18 bulan dan sekali lagi pada usia 7 tahun dalam bentuk vaksin penggalak DT (DTaP di sesetengah klinik atau hospital swasta).

MMR

Jangkitan demam campak, beguk atau rubela boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius seperti meningitis, pembengkakan otak dan kepekakan. Vaksin pertama diberikan antara usia 12 hingga 13 bulan dan vaksin seterusnya akan diberikan semasa usia 7 tahun.

Tetanus

Tetanus atau kancing gigi adalah vaksin yang diberikan percuma di bawah Program Imunisasi Malaysia. Pelalian menggunakan vaksin Toksoid Tetanus diberikan sekurang-kurangnya 3 dos semasa bayi (dos prime pada umur 2, 3 dan 5 bulan) dan dos tambahan pada umur 18 bulan, 7 dan 15 tahun.

IPV

Penyakit polio pernah menjadi penyebab utama ketidakupayaan dalam kalangan rakyat Amerika. Suntikan penggalak IPV diberi pada usia 4 hingga 6 tahun dan suntikan mandatori diberikan semasa usia 2 bulan, 4 bulan dan antara 6 hingga 18 bulan.

MR-V

Vaksin yang melindungi anak anda daripada demam campak, beguk, rubela dan cacar air dalam satu suntikan.

HPV

Vaksin ini diberikan kepada gadis berusia 13 tahun ke atas. Mereka diberikan suntikan percuma di hospital kerajaan. Selain remaja perempuan, remaja lelaki juga digalakkan menerima vaksin HPV untuk mengelakkan ketuat pada kemaluan dan beberapa jenis kanser.

Vaksin tambahan

Terdapat beberapa jenis vaksin yang tidak termasuk di dalam Jadual Program Imunisasi Malaysia, antaranya ialah vaksin cacar air, hepatitis A, influenza, demam kepialu, taun, rotavirus, meningokokal, konjugat pneumokokal dan banyak lagi.

Vaksin tambahan ini jika diberikan kepada kanak-kanak boleh mencegah epidemik dan penyebaran wabak penyakit. Vaksin tambahan tidak disediakan secara percuma, sebaliknya ibu bapa perlu melabur sedikit untuk memastikan anak mereka sihat dan selamat.

Meningokokal

Vaksin ini mengurangkan risiko penyakit meningokokal yang boleh menyebabkan kematian. Kanak-kanak yang divaksin pada umur 2-7 tahun perlu menerima suntikan sekali lagi selepas tiga tahun. Remaja yang menerima dos pertama vaksin meningokokal selepas usia 16 tahun tidak memerlukan suntikan penggalak.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan