HomeBlogTingkat Keberkesanan Diet Harian

Tingkat Keberkesanan Diet Harian

“Jus segar boleh mengurangkan risiko penyakit; meningkatkan sistem imun tubuh badan, membantu penghadaman, membuang toksin yang berbahaya, dan ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan kita.
“Bukan itu sahaja, jus juga boleh diambil secara langsung atau dikisar di dalam pemerah atau pengisar sebelum diminum. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, mineral dan fitonutrien (bahan kimia tumbuhan) yang diperlukan oleh badan kita setiap hari,” katanya.

16 tips pemakanan untuk memulakan hari anda

1. Membeli-belah buah-buahan dan sayur-sayuran seminggu sekali supaya kesegarannya dapat dikekalkan.

2. Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran diletakkan pada tempat yang mudah dinampak atau dicapai seperti di dalam bakul buah ataupun rak di atas peti sejuk anda.

3. Letakkan sebiji atau dua biji epal di dalam bekas makan tengah
hari anda.

4. Dalam bekas makanan tengah hari kanak-kanak, hiriskan buah-buahan dalam kepingan kecil atau susun buah supaya menarik untuk dinikmati oleh anak anda.

5. Masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam setiap hidangan makanan anda seperti menjadikan ianya sebagai topping, sebagai bahan dalam masakan atau hiasan.

6. Dalam hidangan sarapan pagi, tambahkan bijirin anda dengan pisang, pic, epal atau beri.

7. Selain daripada menjadikan sup sebagai makanan permulaan hari anda, apa kata anda tukarkan smoothie sebagai hidangan sarapan pagi.

8. Hidangan utama boleh dihidangkan bersama buah-buahan potong seperti aprikot dan epal.

9. Jadikan jus sebagai minuman untuk merehatkan diri selepas seharian penat bekerja. Cuba buat mojito alternatif dengan menggabungkan timun dan saderi, lemon, batang saderi, beberapa daun kale dan pudina segar dalam minuman anda.

10. Anda memerlukan minuman sejuk atau ais krim semasa hari panas? Gantikan hidangan yang mengandungi sarat gula dan kalori ini dengan minuman buah-buahan buatan sendiri. Rasa gula semula jadi buah-buahan sudah cukup untuk memberi rasa manis dalam minuman atau makanan anda. Dengan hanya mencampurkan buah-buahan kegemaran anda seperti mangga atau strawberi, tuangkan sedikit campuran itu ke dalam acuan jeli dan masukkan kesemuanya ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Anda boleh menikmati juadah sejuk yang sedap dan hebat!

11. Walaupun jus lebih baik jika terus diminum segar, anda masih boleh menyimpan kombinasi minuman sihat kegemaran anda di dalam termos untuk diminum apabila dalam perjalanan ke tempat kerja.

12. Potong buah-buahan dalam saiz kiub dan campurkan ia dengan pelbagai kacang tanpa garam dan biji sebagai snek yang mudah dimakan pada
setiap masa.

13. Mewujudkan kombinasi yang menarik dengan mencampur dan memadankan buah-buahan anda. Misalnya, epal rangup dengan anggur berair dan pisang berkrim.

14. Daripada himpunan makanan buah-buahan yang terdapat di Malaysia, saderi dan lobak merah adalah makanan snek yang dianggap membosankan oleh ramai orang. Akan tetapi, anda boleh menambah sedikit keseronokan dengan mencipta kesedapan daripada buah ini dan diperap dengan mustard atau madu! Atau, anda boleh kisar sedikit lada dengan timun dan yogurt serta jadikannya sebagai sos berkrim.

15.Semasa memasak, anda boleh olah resipi biasa anda dengan menggunakan buah-buahan campuran sebagai sos yang sihat atau sos asas.

16. Aturkan kiub mangga, tembikai, kiwi, anggur dan strawberi pada lidi buluh kecil sebagai pinggan hidangan untuk pembuka selera atau pencuci mulut.

 

 


Demikianlah beberapa cara kreatif dan mudah untuk anda mendapatkan khasiat berterusan setiap hari. Akan tetapi, jika anda masih lagi tidak mempunyai masa untuk membuat minuman buah-buahan segar sendiri di rumah, jangan risau!

Kini, anda boleh menikmati jus yang dibuat segar atau smoothie dengan memesan daripada mana-mana kiosk Juice Works (25 cawangan) yang terdapat di dalam empat negeri di Malaysia. Juice Works Malaysia juga menyediakan botol air yang diperbuat daripada bahan mesra alam bagi memudahkan anda untuk menyimpan dan membawa jus ke mana-mana sahaja.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan