HomeBlogTidur Bersama Si Manja Baik Atau Tidak?

Tidur Bersama Si Manja Baik Atau Tidak?

Jika boleh, sepanjang masa ibu ingin berada di samping bayi untuk memastikan keselesaan dan keselamatan si manja, termasuklah semasa bayi tidur. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa ramai ibu bapa kini lebih gemar untuk tidur sekatil dengan bayi kerana mereka beranggapan bahawa perbuatan tersebut dapat melindungi si kecil selain dapat memudahkan ibu untuk menyusukan bayi.

Tidur bersama bayi atau co-sleeping bukanlah amalan baru di kalangan ibu bapa. Sebaliknya, perbuatan ini telah biasa diamalkan oleh ibu bapa terdahulu, di mana-mana negara sekalipun. Malah, ibu bapa di negara Barat juga memilih untuk membawa bayi mereka tidur di atas katil
bersama-sama.

Amalan co-sleeping- ibu bapa tidur berkongsi katil dengan bayi menjadi topik perbincangan hangat. Ramai ibu bapa yang mengamalkan co-sleeping menganggap bahawa perbuatan mereka itu akan dapat merapatkan lagi ikatan antara ibu bapa dan bayi. Selain itu, ramai juga yang risau bahawa perbuatan itu tidak selamat untuk si manja.

Adakah co-sleeping menyebabkan SIDS?

SIDS atau sindrom kematian bayi mengejut sering dikaitkan dengan amalan co-sleeping. Sindrom ini lazimnya berlaku di kalangan bayi berusia kurang setahun dan terjadi semasa bayi sedang tidur. SIDS terjadi sewaktu tidur kerana faktor persekitaran bayi ketika itu seperti posisi tidur bayi, keadaan sekeliling tempat bayi tidur (bantal, selimut) atau kerana terhimpit oleh orang sekatilnya (anda atau pasangan anda) secara  tidak sengaja.

Walau bagaimanapun, amalan co-sleeping ini tidak dinafikan dapat membantu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak, memudahkan ibu menyusukan bayi dan dapat membantu bayi tidur lebih lena kerana berada dekat dengan ibu. Justeru, tidak dapat dinafikan lagi amalan ini jika dilakukan dengan kaedah yang betul akan memberi manfaat dan kelebihan kepada anda dan bayi.

AWAS!

Jangan tidur bersama bayi anda jika anda seorang perokok, mabuk atau mengambil dadah.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan