HomeBlogTarikan Kanak-kanak: 12 Destinasi di Lembah Klang

Tarikan Kanak-kanak: 12 Destinasi di Lembah Klang

Bercuti di bandar raya bukan hanya membuka peluang untuk ibu bapa membeli-belah, akan tetapi banyak tempat menarik khusus untuk kanak-kanak terdapat di sini. Ketahui 10 destinasi tarikan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.

1. i-City Theme Park

Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, i-City Theme Park merupakan ‘kota cahaya’ kerana waktu malamnya dipenuhi dengan cahaya lampu LED yang berwarna-warni. Tentunya ini yang menjadi tarikan kanak-kanak untuk berkunjung ke sini. Selain dikelilingi dengan pencahayaan lampu, i-City menjadi tempat tumpuan aktiviti keluarga kerana terdapat taman tema air di WaterWorld. Muzium 3D dan juga taman salji, Snowalk. Di samping itu, pengunjung juga boleh bergambar dengan artis terkenal di muzium lilin interaktif yang terdapat di Red Carpet.

2. Wet World Water Park

Taman tema air yang mula bertapak di Shah Alam ini benar-benar bercirikan mesra kanak-kanak kerana kedalaman paras airnya adalah tidak melebihi satu meter. Sesuai benarlah jika anda ingin membawa si kecil bermandi-manda di sini. Antara tarikan yang terdapat di taman air ini ialah Tunnel Water Slide, Treasure Island dan Cascading Waterfalls.

3. Sunway Lagoon Theme Park

Taman tema Sunway Lagoon menawarkan lebih daripada taman tema air. Taman berkeluasan 80 ekar ini menyediakan pelbagai tarikan kepada anda seisi keluarga! Terletak di Bandar Sunway, terdapat lima zon berbeza di Sunway Lagoon iaitu Water Park, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park dan Wildlife Park. Taman tema ini juga berdekatan dengan pusat membeli-belah terkenal, Sunway Pyramid.

4. Kidzania

Pengunjung di sekitar Lembah Klang pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk membawa anak mereka ke sini. Terletak di Mutiara Damansara, Kidzania Kuala Lumpur menyediakan pusat pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak. Pusat hiburan-pendidikan ini direka untuk kanak-kanak mendapat pengalaman kerja. Di sini, kanak-kanak berpeluang menjadi anggota bomba, polis, peguam, hakim, wartawan dan banyak lagi.

5. Menara Kuala Lumpur

Apa yang istimewa untuk kanak-kanak di sini? Terkenal sebagai tempat pilihan lawatan sambil belajar, tentunya Menara Kuala Lumpur merupakan tempat wajib kunjung untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah. Mercu tanda Kuala Lumpur ini menyediakan lebih daripada sekadar pemandangan keseluruhan kota raya. Di sini juga terletaknya, Zoo Mini Kuala Lumpur yang menawarkan si manja pengalaman bermain bersama binatang. Selain itu, di sini juga terdapatnya F1 Simulator, XD Theater, KL Tower Pony Ride, Blue Coral Aquarium dan banyak lagi.

6. Aquaria KLCC

Jika berjalan-jalan ke Kuala Lumpur, destinasi wajib untuk kanak-kanak ialah Aquaria KLCC. Bukan sahaja kanak-kanak yang akan gembira, ibu bapa juga turut teruja menyaksikan keindahan lebih 5,000 hidupan laut. Anak anda berpeluang mengenali pelbagai spesies hidupan laut seperti piranha, tapak sulaiman, belut elektrik, tikus gergasi dan banyak lagi. Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu adalah melihat penyelam profesional memberi makan kepada beribu-ribu ekor ikan termasuklah ikan pari gergasi.

7. Petrosains Discovery Centre

Berkeluasan 7,000 meter persegi, Petrosains Discovery Centre merupakan pusat penyelidikan sains interaktif yang amat sesuai untuk pelajar. Berkonsepkan gaya muzium, anda boleh memupuk minat si manja untuk meminati ilmu sains dan teknologi di sini. PetroSains Discovery Centre ini terletak di Aras 4, Menara Berkembar Petronas.

8. Zoo Negara

Ingin mengajar si kecil mencintai fauna? Di Zoo Negara yang terletak di Ulu Klang, terdapat pelbagai jenis hidupan liar. Anak anda akan teruja melihat pelbagai spesies haiwan yang dibawa dari luar negara seperti singa, gajah, burung flamingo, kuda belang dan panda. Selain itu, terdapat juga haiwan tempatan seperti harimau, tapir dan burung kenyalang. Zoo Negara dibuka setiap hari untuk pengunjung dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

9. Cosmo’s World Theme Park

Jangan terkejut jika kami senaraikan banyak taman tema kerana inilah yang disukai oleh kanak-kanak. Berbeza dengan taman tema lain, Cosmo’s World Theme Park ini merupakan taman tema indoor yang terletak di dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Terbahagi kepada dua zon, iaitu zon dewasa dan zon kanak-kanak, lokasi ini menjadi pusat tumpuan seisi keluarga. Taman tema ini dibuka setiap hari.

10. Farm in the City

Pupuk anak anda mencintai haiwan dengan mengunjungi Farm in the City yang terletak di Seri Kembangan. Di samping terhibur melihat gelagat pelbagai jenis haiwan, lawatan ke taman haiwan ini sekali gus mendidik anak-anak mencintai fauna dan mengenali spesies haiwan. Dengan bertemakan ‘bebas sangkar’, anda sekeluarga berpeluang mengambil gambar haiwan secara dekat tanpa dibatasi dengan sangkar atau pagar. Selain boleh bermain dengan haiwan, di sini juga terdapat kebun buah-buahan dan tanaman semula jadi.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan