HomeBlogTangani Masalah Kulit Anak

Tangani Masalah Kulit Anak

Setiap orang inginkan kulit yang cantik termasuk juga kanak-kanak! Masalah kulit dalam kalangan kanak-kanak agak sukar untuk dielakkan tetapi dengan penjagaan yang baik, masalah kulit ini dapat diatasi. Kekalkan kecantikan kulit anak anda seperti kulit mereka sewaktu baru lahir!

Berikut merupakan masalah kulit yang memburukkan penampilan kanak-kanak. Ketahuinya, cegah dan rawat bagi memelihara kulit anak anda agar kekal sihat dan cantik.

Ekzema

Penyakit kulit yang sering dihadapi oleh kanak-kanak ialah ekzema. Ekzema atau dermatitis atopic (AD) terjadi kerana berlakunya gangguan pada lapisan pelindung kulit serta menyebabkan radang pada kulit, kegatalan, kulit kering dan bersisik.

Penyakit kulit ini perlu dirawat kerana terdapat kemungkinan ekzema boleh berlanjutan sehingga dewasa. Lazimnya, kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan atau dermatitis adalah mudah dihinggapi ekzema.

Ekzema tidak akan berjangkit tetapi penyakit ini boleh berulang disebabkan oleh perubahan cuaca, alahan dan jangkitan kuman. Masalah ini memerlukan si penghidapnya untuk terus dipantau.

Kanak-kanak yang mengalami ekzema perlu diberikan pembersih badan yang mengandungi bahan pelembap bagi mengelakkan kulit mereka kering. Selain itu, pemilihan produk pencuci pakaian juga perlulah tidak mengandungi kandungan yang boleh menyebabkan radang pada kulit kanak-kanak. Bahan pelembap yang baik perlulah tanpa haruman dan kaya dengan emolien.

Alergi Hives

Alergi hives adalah bintik merah dan gatal-gatal yang timbul pada kulit kanak-kanak disebabkan histamina, kimia yang dihasilkan oleh sistem imun badan sebagai tindak balas kepada pelbagai benda.

Antara punca utama hives adalah disebabkan oleh debunga, alahan pada bulu binatang, makanan, gigitan serangga, ubat atau jangkitan.

Alergi hives selalunya akan dialami selama beberapa jam atau sehari, dan kemudiannya akan hilang sendiri.

Bagi kanak-kanak yang mengalami alergi ini, ibu bapa bolehlah menenangkan anak dengan memandikan mereka, menyapu losen calamine pada bahagian yang dijangkiti dan memakaikan pakaian yang longgar pada tubuh anak.

Jika alergi ini menyebabkan ketidakselesaan pada anak anda, berjumpalah dengan doktor. Doktor akan memberikan antihistamina bagi membantu mmengurangkan bengkak-bengkak pada badan.

Nota: Jika alergi hives menyebabkan kesukaran untuk bernafas, panggil ambulans segera kerana anak anda mungkin mengalami kejutan anafilaksis.

Kurap

Masalah kurap atau ringworm berlaku disebabkan oleh jangkitan kulat pada kulit. Kurap berbentuk seperti lingkaran kecil berwarna merah muda. Kurap mudah dijangkiti daripada manusia, binatang atau pakaian dan tuala.

Masalah ini dapat dirawat dengan cara meletakkan sapuan krim antikulat topikal pada bahagian tubuh yang dijangkiti berterusan selama tiga hingga empat minggu atau sehingga ruam hilang.

Antara cara mencegah daripada dijangkiti kurap ialah:

1. Cuci tangan dengan sempurna

2. Jaga kebersihan tubuh badan

3. Jangan berkongsi pakaian atau tuala

Kudis Buta (Scabies)

Penyakit kudis buta atau scabies berlaku disebabkan oleh jangkitan sejenis hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie.

Hama akan masuk ke dalam kulit dan menyebabkan gatal-gatal pada badan kanak-kanak terutamanya pada waktu malam. Kesannya, kulit akan kelihatan berbintik-bintik dan berair serta menggelupas pada celah-celah jari tangan dan kaki. Lebih malang lagi, kesan ini juga boleh berlaku pada pusat, ketiak dan anggota sulit kanak-kanak.

Bagi mencegahnya, letakkan ubat sapu khas yang boleh didapati di farmasi dan sapukan pada waktu malam. Biarkannya sehingga keesokan pagi, kemudian barulah dicuci. Pastikan segala pakaian, tuala, selimut, cadar mahupun sarung bantal dicuci dengan air panas bagi membunuh hama yang melekat pada pakaian.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan