HomeBlogTangani Buli

Tangani Buli

Buli merupakan masalah besar jika dihadapi oleh anak anda. Gejala buli sekiranya dibiarkan akan memberi kesan kepada emosi dan fizikal anak. Ia akan membuatkan si kecil berasa sakit, takut, tertekan, malu, sedih dan keseorangan. Buli tidak hanya berlaku dengan menggunakan kekerasan atau melibatkan fizikal sahaja, sebaliknya ia juga boleh berlaku melalui perkataan seperti mengejek atau mengugut.

Ibu bapa jangan pandang remeh masalah buli di kalangan kanak-kanak! Satu pertiga daripada kanak-kanak seluruh dunia pernah mengalami masalah buli. Perbuatan dibuli akan menyebabkan si kecil berasa kecewa dan tertekan sekali gus memberi kesan kepada emosinya sehingga ke dewasa.

Anak anda berkemungkinan tidak mahu pergi ke sekolah, tidak mahu keluar bermain atau bercampur dengan rakan-rakan kerana takut dibuli. Justeru, penting bagi setiap ibu bapa untuk mengambil tahu akan perilaku anak di sekolah- sama ada dibuli ataupun menjadi pembuli.

Bagaimana atasi masalah anak dibuli?
Tiada ibu bapa yang suka anaknya dibuli. Sebagai ibu bapa prihatin, anda perlu bersedia jika mendapati si kecil kesayangan anda menjadi mangsa buli. Berikut merupakan tips-tips yang boleh anda lakukan untuk menangani masalah anak dibuli:

  1. Dengar masalah si kecil dengan tenang. Jangan tunjukkan kemarahan atau kehampaan anda semasa anak bercerita dirinya dibuli. Ketepikan perasaan anda dahulu.
  2. Tenangkan anak anda dan beritahunya bahawa masalah tersebut bukanlah salahnya. Anda akan bersama-samanya menangani masalah tersebut.
  3. Terlebih dahulu, jelaskan bahawa perbuatan mengejek atau membuli adalah salah. Tanya kepada anak anda jika dia mahu anda berjumpa dengan guru kelas atau guru besar sekolah.
  4. Tanya anak anda tentang perasaannya dibuli dan biarkannya meluahkan perasaan. Tanya juga pendapatnya tentang tindakan yang dilakukan selepas dibuli. Cari penyelesaian kepada masalah tersebut seperti menyarankan anak untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti kelab atau berjalan berkumpulan dengan rakan-rakan dan tidak berseorangan.

ELAK!

Jangan menyuruh anak untuk membalas balik perbuatan membuli seperti mengejek kembali orang yang membuli ataupun membalasnya dengan perbuatan!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan