HomeBlogTanda-tanda Si Manja Alami Myopia

Tanda-tanda Si Manja Alami Myopia

Mata merupakan salah satu deria penting pada kanak-kanak yang perlu diberi perhatian. Bayangkan jika anak anda mengalami masalah gangguan penglihatan seperti rabun. Bagaimana cara untuk anda tahu bahawa si manja anda memerlukan cermin mata?

Setiap kanak-kanak berhak mendapatkan penglihatan yang jelas. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan akan mempunyai masalah untuk melihat dengan jelas dan hal ini mungkin boleh membawa kepada komplikasi kesihatan ataupun memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Malah, masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak juga boleh memberi implikasi kepada aspek sosial mereka. Anak anda mungkin akan mengalami masalah semasa bermain seperti ketika menangkap bola atau menunggang basikal. Cuba bayangkan, bagaimana si kecil hendak berkawan jika penglihatannya kurang jelas?

Bukan mudah untuk mengetahui sama ada penglihatan si manja baik atau tidak kerana mereka sendiri tidak tahu bahawa pandangan sebegitu (kabur atau kurang jelas) tidak sepatutnya berlaku.

Gangguan penglihatan atau myopia di kalangan kanak-kanak perlu diberi perhatian. Myopia ialah keadaan di mana seseorang itu tiada keupayaan untuk melihat dengan jelas pada satu-satu titik. Ramai kanak-kanak yang menderita bertahun-tahun kerana memiliki penglihatan yang kabur, sehinggalah ibu bapa mereka membawa mereka untuk berjumpa dengan pakar mata. Penyelesaiannya ialah si kecil perlu memakai cermin mata. Namun, bagaimana untuk anda mengetahui sama ada anak anda memerlukan cermin mata atau tidak?

Mengapa rabun?

Antara punca kanak-kanak rabun ialah faktor keturunan, tabiat menonton televisyen pada jarak dekat dan kurang terdedah kepada cahaya matahari.

Tanda-tanda anak myopia

  1. Minta anak anda baca buku di hadapan anda. Perhatikan matanya dan cara dia membaca. Adakah dia mengecilkan mata, membawa buku menghampiri mata ataupun menjauhkan buku semasa ingin membaca?
  2. Minta si kecil memandang ke arah satu-satu objek dengan jarak sekurang-kurangnya 10 kaki ke belakang. Tanya anak anda apa yang dia lihat. Jika dia tidak mampu memberikan jawapan, mungkin si kecil mengalami masalah penglihatan.
  3. Jika si kecil mengadu pening kepala atau sakit mata semasa membaca buku, jangan ambil mudah kerana dia mungkin mengalami masalah gangguan penglihatan.

Jika anak anda mengalami salah satu daripada tanda tersebut, bawalah dia berjumpa dengan pakar mata untuk menjalani ujian mata. Kadang-kadang, kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun mengalami masalah rabun jauh, namun mereka ini tidak memerlukan cermin mata.

Pakar mata yang baik akan memberitahu anda bila anak anda memerlukan cermin mata. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk bertemu dahulu dengan pakar kanak-kanak dan meminta pendapatnya mengenai waktu yang sesuai untuk membawa si kecil bertemu pakar mata.

Lakukan! Anda perlu membawa anak bertemu pakar sebelum memberi si kecil memakai cermin mata.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan