HomeBlogTanda Anak Alami Alahan Makanan

Tanda Anak Alami Alahan Makanan

ALAHAN PADA MAKANAN
Alahan atau alergi pada makanan terjadi apabila tubuh bertindak balas pada sesetengah jenis makanan, seolah-olah ianya merupakan satu ancaman pada tubuh badan. Sistem imun tubuh (yang berfungsi melawan jangkitan atau penyakit) akan menghasilkan antibodi untuk melawan alergen makanan, iaitu bahan dalam makanan yang menjadi penyebab kepada alahan.

Susu, telur, soya, makanan laut dan kekacang adalah antara jenis makanan yang boleh menimbulkan alergi pada si penghidapnya.

Ibu bapa perlulah mengenali tanda-tanda alergi pada anak mereka. Dengan mengenal pasti reaksi alergi, anda dapat membantu membawa si kecil mendapatkan rawatan perubatan jika alergi berlaku. Antara simptom yang mungkin timbul semasa anak anda menggalami reaksi alergi ialah:

• Hidung berhingus
• Gatal-gatal pada kulit
• Bengkak pada lidah, bibir atau kerongkong
• Sakit pada abdomen
• Tercungap-cungap

APA TINDAKAN ANDA?
Jika anak anda telah didiagnos menghidap alahan kepada makanan, anda perlu:
• Mengendalikan pemakanan harian anak
• Persediaan kecemasan jika anak mengalami reaksi alergi
• Penyediaan ubat untuk anak alergik

Ramai orang keliru antara alergik pada makanan dengan intolerans makanan kerana simptom-simptomnya lebih kurang sama. Simptom bagi intolerans makanan adalah seperti sendawa, ketidakhadaman, angin, najis cair, sakit kepala atau keresahan. Akan tetapi, intolerans makanan tidak melibatkan sistem imunisasi dan boleh disebabkan oleh ketidakmampuan seseorang itu untuk menghadam sesetengah jenis makanan seperti laktosa.

TINDAK BALAS ALAHAN MAKANAN
Reaksi atau tindak balas alergi makanan adalah berbeza bagi setiap orang. Sesetengah orang mungkin hanya mengalami sedikit reaksi dan ada juga yang menerima tindak balas pada keseluruhan tubuhnya seperti gatal-gatal dan merah pada badan. Tindak balas alergi boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau beberapa jam selepas makan. Reaksi alergi ini boleh memberi kesan kepada empat bahagian pada tubuh kita, termasuklah:

2. Kulit: gatal-gatal dan merah-merah, ekzema, bengkak pada muka atau tubuh badan, gatal dan bengkak pada bibir, lidah atau mulut

2. Saluran pencernaan: sakit perut, loya, muntah atau cirit-birit

2. Saluran pernafasan: hidung berhingus, bersin, batuk, mendesah, pendek nafas

2. Sistem kardiovaskular: pitam atau kepala berpusing

Tindak balas alergi yang serius dikenali sebagai anaphylaxis, yang boleh mengancam nyawa anak anda. Anak anda mungkin akan mengalami pembengkakan pada laluan udara pernafasannya, sukar untuk bernafas, penurunan tekanan darah, tidak sedar diri dan boleh membawa kepada kematian.

Jadi, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor jika mendapati dia mengalami masalah alahan makanan. Doktor akan membantu dengan bertanyakan simptom-simptom yang dialami oleh anak, berapa kerap tindak balas tersebut berlaku, tempoh masa tindak balas berlaku selepas anak makan dan sejarah keluarga yang mempunyai alergi atau masalah seperti ekzema dan asma.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan