HomeBlogTaktik Didik Anak Tidak Cerewet Makan

Taktik Didik Anak Tidak Cerewet Makan

Bayi usia setahun ke atas lazimnya sudah pandai cerewet makan. Jika dibiarkan berterusan, hal ini akan menyebabkan bayi kehilangan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan mereka. Justeru, bagaimana untuk mengajar si kecil menyukai makanan berkhasiat? Berikut merupakan taktik untuk mengajar anak anda menggemari makanan berkhasiat. Mulakan mengajar si manja tentang makanan sejak awal lagi.

1 Suapan pertama- Masa terbaik untuk berikan si manja suapan pertamanya adalah selepas dia bangun tidur di waktu pagi atau selepas menyusu. Tawarkan bayi anda buah-buahan; seperti pisang dan avokado semasa pertama kali memperkenalkannya kepada makanan separa pejal. Tapi, jangan lupa campurkannya dengan susu ibu. Elakkan daripada memberikan makanan bergula atau bergaram kepada bayi sehingga umurnya satu tahun lebih. Hal ini adalah supaya si manja anda kenal kepada rasa manis asli makanan yang dirasa.

2 Tawarkan pelbagai jenis makanan- Sebaik sahaja si manja anda bersedia menerima makanan pejal, anda boleh mengajarnya mengenali satu-satu jenis makanan mengikut peringkat. Contohnya, anda baru ingin mengajar bayi anda mengenali rasa epal. Jika pada awalnya dia menolak suapan pertama, jangan cepat berputus asa. Tawarkannya kembali epal selepas beberapa hari. Anda boleh memberikannya campuran epal dengan buah-buahan kegemarannya. Jangan hanya menawarkan satu-satu jenis makanan sahaja kepada si kecil kerana tindakan ini akan menyebabkan mereka menjadi cerewet untuk makan.

3 Kenal makanan- Setiap kali ingin memberi sesuatu jenis makanan baru kepada bayi anda, sebutkan nama makanan tersebut semasa menyuapkan bayi. Contohnya, anda boleh memberitahu si manja; “Hari ini kita makan avokado ye.” Dengan cara tersebut, bayi anda akan mengetahui dan mengenali nama makanan yang disuapkan kepada mereka. Lazimnya, mereka akan menyukai makanan yang mereka kenali.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan