HomeBlogTaburkan Tepung Pada Kulit Bayi Melecur Adalah Tindakan Salah

Taburkan Tepung Pada Kulit Bayi Melecur Adalah Tindakan Salah

Bermacam jenis petua yang dikongsikan oleh para ibubapa dan setengahnya dicedok-pakai tanpa disiasat dahulu adakah ianya boleh dipercayai atau tidak faktanya. Baru-baru ini terdapat banyak perkongsian mengenai penggunaan tepung gandum untuk melegakan kemalangan melecur di kulit.

Melecur adalah satu kecederaan yang kerap dan senang untuk berlaku. Melecur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti terkena air panas, sup atau kuah dan juga wap panas. Ianya boleh mengakibatkan kesakitan yang teramat sangat dan menyebabkan kulit yang melecur menjadi kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh atau bengkak. Dalam kes yang lebih kronik, kulit akan kelihatan keputih-putihan.

Lumurkan bahagian melecur dengan tepung

Terdapat petua yang dikongsi secara meluas iaitu menggunakan tepung gandum untuk melegakan kesan melecur. Hanya perlu lumurkan kulit yang melecur dengan tepung gandum dan ianya membantu untuk melegakan. Sebaliknya, ianya adalah tindakan yang salah sama sekali. Penggunaan tepung gandum berpotensi untuk menyebabkan jangkitan kuman pada kawasan kulit yang melecur. Jika kuman merebak dalam darah dan melibatkan organ-organ penting, komplikasinya amat menakutkan. Kasihan pada si kecil. Tambahan pula, bagaimana doktor mahu membersihkan kawan melecur dan melakukan ‘dressing’ yang betul jika keseluruhan badan dipenuhi dengan tepung gandum? Diingatkan sama sekali untuk tidak menggunakan tepung gandum termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi serta kicap.

Jika berlaku kemalangan melecur di rumah anda, berikut adalah tindakan yang perlu diambil. Pertama sekali, anda perlu alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu. Buang segala jenis pakaian atau perhiasan yang dipakai berdekatan dengan kawasan kulit yang melecur. Sekiranya ia melekat pada kulit yang melecur, biarkan doktor yang menguruskan. Lalukan air mengalir, sama ada air suam ataupun suhu biasa ke atas kulit yang melecur paling kurang selama 2o minit sehingga bahagian itu sudah tidak berasa sakit lagi. Ini adalah untuk mengelak kecederaan tisu ke lapisan yang lebih dalam. Elakkan menggunakan ais atau air berais untuk melegakan kesan melecur.

Segeralah dibawa ke klinik ataupun hospital. Anda boleh balut kain selimut yang bersesuaian untuk memastikan si manja tidak kesejukan semasa dalam perjalanan ke klinik atau hospital. Pastikan selimut tidak bergesel dengan kulit yang melecur. Sekiranga kecederaan melecur itu berlaku pada bahagian tangan atau kaki, tutup dengan pastik pembalut makanan yang lembut (cling film) untuk mengelak ianya daripada bersentuh dengan objek lain yang boleh menyebabkan ianya lebih pedih.

 

Perlukah dapatkan rawatan di hospital atau klinik?

Jawapannya ialah perlu. Jika kulit yang melecur itu saiznya lebih besar daripada saiz tapak tangan anak kita, segeralah dibawa ke hospital atau klinik untuk rawatan lanjut. Jika kulit yang melecur kelihatan keputih-putihan, dapatkan rawatan doktor. Kes lain seperti bahagian melecur melibatkan muka, tangan, kaki atau kemaluan yang telah melepuh jangan tunggu-tunggu lagi dan segera ke hospital. Paling penting sekali, jika ianya terjadi pada si kecil yang berusia kurang 5 tahun, anda perlu bawa terus ke hospital dan klinik.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan