HomeBlogSuplemen untuk Kanak-kanak: Perlukah?

Suplemen untuk Kanak-kanak: Perlukah?

Jika anak anda tiada masalah untuk makan makanan yang kaya dengan nutrien, anda mungkin tidak perlu untuk memberikannya suplemen. Namun, percayakah anda di zaman ini, masih ada lagi ibu bapa yang tidak pernah memberikan anak mereka makan makanan segera? Agak mustahil, bukan?

Beza dulu & sekarang

Bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran- tiga jenis makanan ini perlu diambil oleh anak anda setiap hari. Malangnya, bukan semua ibu bapa dapat mematuhi gaya pemakanan sihat ini. Cuba anda lihat di dapur anda, adakah dipenuhi dengan makanan berkhasiat? Kanak-kanak kini terdedah kepada pelbagai jenis makanan terutama makanan ringan dan makanan segera.

Sama ada kita sedar atau tidak, gaya hidup pada zaman kini cukup berbeza dengan zaman dahulu. Jika dahulu, ibu bapa kita lebih gemar menghidangkan makanan yang disediakan dari rumah dengan mengambil kira khasiat dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh, tetapi senario pada hari ini adalah kebanyakan ibu bapa lebih gemar mendedahkan anak-anak dengan makanan segera.

Cabaran ibu bapa

Sedarkah anda, walaupun ada ibu bapa yang memasak di rumah, namun mereka masih tidak lari daripada memilih bahan-bahan segera seperti makanan di dalam tin, pek segera atau pelbagai lagi makanan yang diawet. Justeru itu, bagaimanakah caranya anak-anak kita untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat?

Hal ini menjadikan penyediaan makanan untuk kanak-kanak pada hari ini sebagai sesuatu yang merumitkan dan mencabar. Perkara ini juga menyebabkan kebanyakan ibu bapa pada masa kini memilih untuk mengambil suplemen kesihatan untuk kanak-kanak dengan harapan anak mereka mendapat zat dan nutrisi yang penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Pemberian suplemen

Suplemen atau makanan tambahan dapat membantu bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan sokongan nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat. Suplemen seperti multivitamin juga dapat membantu anak anda untuk mengurangkan risiko penyakit dan jangkitan selain membolehkan mereka cepat sembuh dari penyakit. Terdapat pelbagai jenis suplemen kesihatan yang dijual untuk kanak-kanak. Kesemuanya menawarkan fungsi yang berbeza mengikut jenis vitamin.

Multivitamin

Jika anak anda tidak mendapat nutrien yang secukupnya, pemberian multivitamin adalah suatu keperluan untuk si manja! Multivitamin yang berkualiti menyediakan nutrien-nutrien penting yang disyorkan oleh Saranan Pengambilan Makanan (RDA) serta tidak mengandungi bahan penambah yang tidak diperlukan. Rujuklah doktor kanak-kanak untuk mengetahui suplemen mutivitamin terbaik buat si manja.

Kalsium

Kalsium amat penting untuk kanak-kanak sedang membesar membina tulang yang kuat. Jika anak anda kurang gemarkan susu (sumber utama kalsium), dia mungkin memerlukan suplemen kalsium.

Vitamin D

Vitamin D diperlukan membantu penyerapan kalsium dalam badan. Sama juga, jika si manja memang penggemar susu, tiada masalah untuk dia mendapatkan vitamin D. Namun, jika anda mempunyai anak yang cerewet makan dan kurang terdedah kepada cahaya matahari, dia mungkin berisiko mengalami masalah kekurangan vitamin D. Penting untuk anda tahu bahawa bayi berusia enam bulan ke atas memerlukan 400 IU vitamin D sehari. Jadi, carilah suplemen yang mengandungi vitamin D untuk si manja anda.

Seronoknya di luar

Tahukah anda?: Cahaya matahari juga merupakan salah satu sumber utama vitamin D.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan