STERIMAR Nose Hygiene and Comfort: Bernafas dengan selesa dan rasakan kelainannya!
STERIMAR Nose Hygiene and Comfort: Bernafas dengan selesa dan rasakan kelainannya!
HomeBlogSTERIMAR Nose Hygiene and Comfort: Bernafas dengan selesa dan rasakan kelainannya!

STERIMAR Nose Hygiene and Comfort: Bernafas dengan selesa dan rasakan kelainannya!

Boleh dikatakan hampir semua individu pernah mengalami masalah hidung tersumbat. Masalah ini boleh berlaku apabila lapisan saluran hidung meradang dan merengsa, hingga boleh mengakibatkan berlakunya pembentukan lendir dan tisu lendir membesar. Selain itu, hidung yang tersumbat ini juga boleh terjadi sekiranya terdapat lendir berlebihan hingga menyebabkan ia membengkak, serta mengalami hidung yang berair atau resdung. Tahukan anda penyelesaian yang selamat dan efektif?

Masalah yang dihadapi ini boleh berlaku beberapa hari atau mungkin juga berpanjangan, yang sudah semestinya tidak menyenangkan dan akan mengganggu kehidupan harian kita. Ketika berlakunya kekurangan kelembapan pada saluran dan lubang hidung, anda akan mengalami kerengsaan. Walaubagaimanapun, keadaan hidung yang sangat kering pula boleh menyebabkan ketidakselesaan dan rasa yang tidak menyenangkan. Dalam keadaan yang teruk, fungsi hidung seperti menapis dan menghidu turut akan terganggu. Permukaan saluran dalam hidung akan berdarah dan berlakunya pembentukan kerak yang terdedah kepada jangkitan.

Individu yang mengalami masalah resdung boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai suhu dan keadaan. Namun begitu, udara yang kering boleh mengakibatkan resedung yang dialami oleh sesetengah individu bertambah teruk. Tambahan pula, masalah ini mungkin akan menyebabkan berlakunya pembentukan kerak dan kerengsaan, di mana kadangkala akan mengakibatkan pendarahan dalam hidung. Berdasarkan maklumat dalam artikel ini, jika kelembapan udara di dalam rumah adalah rendah,  maka warga emas lebih berisiko untuk mengalami masalah resdung. Menurut pakar, mereka yang bernafas menggunakan mulut juga terdedah untuk mengalami masalah resedung. Mujurlah, resdung adalah penyakit biasa yang masih boleh dikawal. Gejala-gejala yang anda alami boleh dirawat menggunakan produk pemenang anugerah berikut:

STERIMAR Nose Hygiene and Comfort
STERIMAR Nose Hygiene and Comfort Spray mengandungi kandungan air laut isotonik steril. Larutan isotonik mengandungi jumlah garam yang sama seperti dalam sel badan manusia dan ia mampu melancarkan fungsi fisiologi dalam hidung. Mekanisme mikrodifusi digunakan untuk menghasilkan zarah-zarah air laut halus yang tersebar pada bahagian dalam hidung. Kabus halus STERIMAR yang lembut ini mampu mengeluarkan lendir di dalam hidung, dan menyingkirkan sebarang bakteria atau virus pada rongga hidung penggunanya.  Selain itu, ia juga membantu menyingkir perengsa dan alergen dari saluran hidung seperti habuk dan debunga.

Hidung yang tersumbat juga boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur, dan mengganggu proses tidur anda. Kesesakan pada hidung ini telah dikaitkan dengan Apnea tidur yang dianggap sebagai salah satu punca utama gangguan tidur. Masalah hidung tersumbat ini boleh di atasi dengan menggunakan produk STERIMAR Nose Hygiene and Comfort spray, yang terbukti dapat menambahbaik kualiti tidur dan seterusnya, kualiti kehidupan. Tidur yang lena pada waktu malam menjadi keinginan bagi individu yang mengalami masalah resedung. Sekiranya, anda adalah salah seorang daripada mereka, keputusan berada di tangan anda, untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut supaya anda mendapat tidur yang lena pada waktu malam.

STERIMAR Nose Hygiene and Comfort Spray adalah penyelesaian sempurna bagi keadaan kronik kerana ia lembut dan sesuai untuk mukosa hidung. Bukan itu sahaja, masalah alahan, demam hay, selsema rinitis dan gejala resedung juga dapat diatasi dengan penggunaannya di samping dapat memperbaiki sistem pertahan hidung semulajadi dalam badan. STERIMAR Nasal Hygiene turut membantu dalam merawat hidung yang kering akibat daripada pencemaran, perlancongan, sesetengah pekerjaan, ubat-ubatan dan lain-lain.

Penyembur keluaran Sterimar ini juga merupakan semburan hidung yang mesra kanak-kanak. STERIMAR Nose Hygiene and Comfort sebenarnya boleh digunakan oleh seluruh ahli keluarga daripada pelbagai peringkat umur (bermula dari umur 3 tahun dan ke atas), wanita mengandung, dan juga warga emas. Istimewanya semburan hidung dari STERIMAR ini adalah ia tiada kesan sampingan, kerana tiada steroid, ubat tambahan atau bahan pengawet. Semburan hidung ini boleh digunakan setiap hari untuk melembab dan membersihkan lagi saluran hidung dengan lembut. STERIMAR Nose Hygiene and Comfort telah disyorkan oleh pakar untuk digunakan semasa mengalami masalah resedung, selsema, demam hay, dan alahan, serta digunakan untuk membersihkan hidung daripada kotoran dan kerak.

Hidung berfungsi sebagai sistem pertahanan barisan pertama, bagi menapis perengsa atau alergen di udara. Hidung kita umpama “penjaga pintu paru-paru”, jadi sangatlah penting untuk kita menjaganya. Penyembur garam hidung tanpa pengawet, seperti STERIMAR Nasal Hygiene Spray ini, boleh digunakan secara berkala dan ketika anda berada diluar rumah untuk menghapuskan perengsa di dalam hidung.

STERIMAR Nose Hygiene and Comfort muncul sebagai pemenang dalam Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk 2021 dalam kategori Semburan Hidung Untuk Golongan Dewasa.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati tapak web mereka,  Facebook dan  Instagram .

Leave a comment

situs slot https://disdukcapil.salatiga.go.id/ngacor/ slot gacor totomacau4d situs toto situs toto situs toto slot gacor slot gacor slot gacor slot gacor slot gacor rtp slot toto slot https://journal.dpkp.ciamiskab.go.id/ rtp slot rtp live slot gacor situs toto