HomeBlogSolusi Fibroid selain Pembedahan

Solusi Fibroid selain Pembedahan

Hampir 50% wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami Hampir 50% wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami fibroid rahim, dengan 30% daripada mereka menderitai simptom yang membebankan.1

Fibroid rahim simptomatik adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa terjadi dan tidak berbahaya tetapi boleh memberi kesan negatif ke atas kualiti hidup wanita

Simptom yang paling membebankan termasuk pendarahan haid yang berlebihan, kesakitan yang disebabkan saiz dan kedudukan tumor yang mengganggu kualiti hidup secara keseluruhan: kehidupan seksual (43%), prestasi di tempat kerja (28%), serta hubungan dan keluarga (27%)

Pilihan rawatan tradisi banyak bergantung kepada pembedahan atau terapi farmakologi

Fibroid dalam rahim (juga dikenali sebagai leiomioma atau mioma) adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa dan tidak berbahaya yang terjadi di dalam otot rahim. Apabila simptomatik, ia boleh membawa kepada pelbagai simptom seperti pendarahan rahim yang tidak normal, anemia, rasa tekanan pada bahagian pelvis, masalah lemah kawalan kencing atau penahanan kencing, atau kesakitan.

Hampir separuh daripada wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami fibroid rahim, dengan 30% daripada mereka menderita simptom-simptom yang boleh membawa kesan yang besar ke atas kualiti hidup mereka. Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini yang melibatkan 21,000 wanita dari lapan negara menunjukkan fibroid rahim simptomatik menyebabkan kesan yang negatif ke atas kehidupan seksual (43%), prestasi di tempat kerja (28%), serta hubungan dan keluarga. Fibroid dalam rahim juga dikaitkan dengan masalah reproduktif seperti ketidaksuburan dan keguguran.


Rawatan yang diketahui bagi fibroid rahim

Rawatan untuk fibroid rahim simptomatik kebiasaannya adalah terhad, di mana kebanyakan mereka memilih untuk menjalani pembedahan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Malaysia, Dr Raman Subramaniam menerangkan, biasanya pembedahan sering menjadi pilihan untuk merawat fibroid rahim dengan tahap simptom yang sederhana hingga teruk.

“Seperti apa-apa juga jenis pembedahan, terdapat risiko untuk terjadinya komplikasi; kerana itulah prosedur seperti histerektomi sering dikaitkan dengan morbiditi, kematian dan beban ekonomi ke atas sistem penjagaan kesihatan.

“Bagi sesetengah wanita pula, mereka berasa terhalang daripada menjalani prosedur ini kerana ia bermakna peluang mereka untuk mengandung sudah tertutup. Bagi wanita yang mencari alternatif, miomektomi memberikan kelegaan sementara daripada fibroid rahim yang dihadapi. Bagaimanapun, terdapat risiko fibroid ini akan berulang di masa hadapan,” katanya.

Menurut Dr Raman lagi, terapi farmakologi juga boleh diguna pakai untuk merawat fibroid rahim, tetapi kaedah ini mempunyai banyak batasannya.

“Penyelesaian ini boleh memberikan kelegaan sementara tetapi penggunaan jangka panjang mempunyai kekurangan tertentu seperti terjadinya menopaus pramatang dan kurangnya ketumpatan tulang. Di samping itu, sebaik sahaja rawatan dihentikan, selalunya fibroid akan membesar, dan simptom akan kembali,” jelasnya.


Terapi Oral Yang Pertama Dalam Kelasnya Dapat Mengubah Kehidupan Wanita Yang Mengalami Fibroid Rahim

Zuellig Pharma, penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan yang terkemuka, telah mengumumkan pelancaran Ulipristal acetate 5mg (UPA 5mg) – terapi oral yang pertama dalam kelasnya yang diluluskan di Malaysia, yang akan mengubah kehidupan wanita-wanita yang menderita akibat masalah kesihatan ini. UPA 5mg telah terbukti dapat menghentikan pendarahan rahim, merawat anemia dan mengecutkan fibroid.9,10

Santiago Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Zuellig Pharma Malaysia-Brunei berkata, fibroid rahim simptomatik adalah salah satu daripada masalah ginekologi yang paling biasa terjadi dan UPA 5mg adalah penemuan ulung terapi oral yang pertama dalam kelasnya yang akan mengubah kehidupan wanita-wanita yang menderita masalah ini.

Kajian percubaan klinikal UPA 5mg, diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada tahun 2012, mendapati bahawa pendarahan haid bagi pesakit yang dirawat dengan UPA 5mg berhenti dalam masa tujuh hari (masa median), dan pendarahan dapat dikawal bagi lebih 90% daripada pesakit dalam tempoh rawatan selama 13 minggu.9,10 Kajian jangka panjang juga mengesahkan keberkesanan dan keselamatan penggunaan UPA 5mg secara berulang dan berselang-selang untuk menangani fibroid rahim.

Profesor Jacques Donnez, penyiasat utama dalam percubaan klinikal UPA 5mg menjelaskan, wanita yang telah dikesan mengidap fibroid rahim simptomatik sebelum ini selalunya berasa tertekan bila berdepan dengan pilihan rawatan melalui pembedahan. Terapi farmakologi pula membataskan keupayaan badan mereka. Dengan UPA 5mg, kini terdapat pilihan dengan nilai tambahan yang membolehkan wanita mengelakkan kaedah rawatan biasa tersebut.”

UPA 5mg merupakan ubat yang hanya diberikan melalui preskripsi dan perakuan boleh didapati daripada pengamal perubatan di seluruh negara. Rawatan ini melibatkan sebiji tablet UPA 5mg yang diambil secara oral setiap hari selama tiga bulan.


APA ANDA PERLU TAHU TENTANG FIBROIDAPA ANDA PERLU TAHU TENTANG FIBROID

• Fibroid rahim simptomatik boleh memberi kesan negatif ke atas kualiti hidup wanita

• Pilihan rawatan tradisi banyak bergantung kepada pembedahan atau terapi farmakologi

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan