HomeBlogSimptom Tumbuh Gigi

Simptom Tumbuh Gigi

simptom tumbuh gigi

“Wah! Sayang Mama dah besar.” Ungkapan ini selalunya diucapkan oleh para ibu semasa melihat perkembangan penting bayi mereka. Salah satunya adalah semasa bayi mula tumbuh gigi. Si manja anda akan mula tumbuh gigi semasa usianya antara 4 bulan dan 12 bulan (atau mungkin lebih). Inilah detik yang ditunggu-tunggu oleh para ibu.

6 Simptom Gigi Hendak Tumbuh

  1. simptom tumbuh gigiAir liur meleleh. Ada yang kata air liur bayi kerap meleleh kerana ibunya tidak dapat makan apa yang diidamkan semasa hamil. Namun, sebenarnya proses gigi hendak tumbuh akan merangsang pengeluaran air liur yang lebih banyak pada si manja sehingga menyebabkannya meleleh.
  2. Ruam. Lelehan air liur bayi boleh menyebabkan sekeliling mulut, dagu dan lehernya ditumbuhi bintik-bintik merah dan ruam. Dengan mengelap lelehan air liur (setiap kali ia meleleh) dapat mengelakkan kemunculan ruam.
  3. Mengigit. Bayi yang akan tumbuh gigi mempunyai satu tabiat iaitu menggigit jarinya atau barang yang ada di tangannya. Jadi, berikan si manja anda teether yang bertujuan mengurangkan ketidakselesaan bayi akibat gigi hendak tumbuh dan merangsang pertumbuhan gigi si manja.
  4. Meragam. Kebanyakan bayi yang mula tumbuh gigi akan menunjukkan emosi yang berubah-ubah disebabkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi pertama. Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan nasihat tentang cara mengurangkan sakit si manja.
  5. Tidak mahu makan. Bayi yang hendak tumbuh gigi akan menunjukkan kurang selera makan disebabkan ketidakselesaan pada mulutnya dan kesakitan yang ada. Bagaimanapun, jangan biarkan perut bayi anda kosong dan cubalah tawarkannya makanan lembut dan makanan yang menjadi kegemarannya.
  6. Sukar tidur. Ketidakselesaan dan kesakitan hendak tumbuh gigi akan menyebabkan si manja anda sukar untuk tidur. Pasangkan lagu dodoi untuk si manja bagi merangsangnya tidur dengan lena sepanjang malam.

Rawatan Untuk Tumbuh Gigi

simptom tumbuh gigiMengunyah

Bayi yang hendak tumbuh gigi gemar mengunyah. Perkara ini adalah baik kerana perbuatan mengunyah dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Bagi membantu mengurangkan kesakitannya, berikan objek yang sejuk untuknya mengunyah seperti teether.

Kasih sayang

Bayi yang hendak tumbuh gigi memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapanya.Tunjukkan kasih sayang anda kepada si manja dan bersabarlah menghadapi kerenah mereka ketika ini.

Makanan yang sejuk

Berikan makanan sejuk seperti buah pic sejuk yang dikisar, pisang sejuk dan buah plum. Walau bagaimanapun, potong buah-buahan sejuk yang diberikan dalam potongan kecil, sesuai dengan mulut bayi. Sentiasa pantau bayi anda semasa dia mengunyah makanan tersebut.

Bilakah bayi mula tumbuh gigi?
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi semasa usia 7 bulan. Walau bagaimanapun, ada yang sudah tumbuh gigi ketika 2 bulan dan ada juga yang hanya tumbuh gigi semasa berusia setahun.

Pilihan Editor:

Ange Mom Fruit Teether – Orange with Clip

Sebamed Baby Lip Balm

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan