HomeBlogSihat semasa hamil: Apa vitamin penting ibu perlu ambil semasa mengandung?

Sihat semasa hamil: Apa vitamin penting ibu perlu ambil semasa mengandung?

Tiada rahsia lagi, setiap apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Pastikan tubuh anda mendapat nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk tubuh ibu dan bayi. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran bayi anda terjejas!

 

Pemberian makanan bernutrisi perlu dimulakan sejak awal lagi, sebaik-baiknya sebelum anda merancang untuk hamil. Keperluan bayi untuk tumbesaran dan perkembangannya di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada nutrien dan zat yang diperolehi daripada pemakanan si ibu. Berikut merupakan vitamin dan mineral penting yang perlu ibu hamil ambil bagi memastikan kehamilan yang sihat.

ASID FOLIK: Pada peringkat awal perkembangan, tiub saraf bayi mula terbentuk. Ini adalah masa terpenting dalam kehamilan anda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Nutrien penting dalam pengambilan diet anda boleh mengelakkan daripada berlakunya kecacatan janin dan keguguran. Justeru itu, setiap wanita hamil perlu mendapatkan makanan yang mengandungi asid folik bagi mengelakkan masalah-masalah di atas.

PROTEIN: Membantu ibu membekalkan tenaga. Boleh didapati daripada ikan, daging, kerang dan kekacang.

KALSIUM: Bagi membina dan menguatkan tulang serta memastikan fungsi otot yang sempurna. Boleh didapati daripada susu, keju, dadih dan sayuran dedaun hijau.

ZAT BESI: Bagi membina sel darah merah yang berfungsi untuk membekalkan oksigen kepada bayi. Lazimnya, wanita hamil memerlukan lebih zat besi bagi mengelakkannya mudah pitam. Boleh didapati daripada kekacang kering, daging tanpa lemak dan hati.

VITAMIN C: Melindungi bayi daripada jangkitan dan menguatkan sistem imun tubuh. Boleh didapati daripada jambu, betik dan limau.

Vitamin Pranatal 

 

Bagi mendapatkan kehamilan yang sihat, wanita hamil perlu menjaga pemakanan dengan mengambilnya mengikut kuantiti yang disarankan oleh doktor. Lebihan atau kekurangan nutrisi kadangkala akan memberi kesan kepada wanita hamil seperti lebih berat badan atau kurang berat badan.

Selain daripada pemakanan, pengambilan vitamin pranatal dapat memastikan tubuh anda mendapat nutrien yang mencukupi. Justeru itu, bagi wanita hamil yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk dan mereka yang sering sibuk serta tidak sempat untuk mendapatkan makanan bernutrisi yang diperlukan, vitamin pranatal adalah pilihan terbaik.

Biasanya, vitamin pranatal mengandungi pelbagai campuran vitamin dan mineral penting untuk ibu dan bayi. Selain daripada zat dan vitamin yang dinyatakan sebelum ini, dalam vitamin pranatal turut mengandungi:

Probiotik: Membantu mengurangkan risiko penyakit seperti ekzema pada janin

Minyak ikan: Mengandungi tinggi asid lemak omega-3 yang penting untuk membina tubuh dan otak yang sihat untuk bayi

Selenium: Mengelakkan berlakunya keguguran pada peringkat awal hamil dan membantu mengurangkan risiko komplikasi kelahiran seperti pre-eklampsia.

Kandungan dalam vitamin pranatal yang diperlukan untuk ibu dan bayi:

400mcg asid folik

400 IU Vitamin D

200 hingga 300mg kalsium

70mg Vitamin C

3mg tiamina

2mg riboflavin

20mg niasin

6mcg vitamin B12

10mg Vitamin E

15mg zink

17mg zat besi

 

 

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan