HomeBlogSiapa Sangka Dalam Brokoli Terdapat Banyak Serangga Halus

Siapa Sangka Dalam Brokoli Terdapat Banyak Serangga Halus

Brokoli adalah salah satu sayuran yang digemari oleh kanak-kanak. Anda hanya perlu rebuskan sahaja sehingga empuk dan lihatlah bagaimana berseleranya si kecil ketika waktu makan. Ada juga para ibu yang mengolah brokoli dalam bentuk masakan yang boleh menambat hati si kecil yang tidak menggemari sayur untuk merasanya.

Ianya memang sedap untuk dimakan, tetapi proses penyedian brokoli perlu dilakukan dengan berhati-hati dan cermat. Hal ini kerana mungkin anda tidak perasan tetapi mungkin dalam brokoli anda terdapat serangga halus. Kes sebegini bukan asing lagi dan sudah ramai yang berkongsi pengalaman membeli brokoli dan menyedari bahawa terdapat banyak serangga kecil yang melekat pada celahan brokoli. Disebabkan itulah anda tidak boleh membasuh sebegitu sahaja. Perlu dibersihkan dengan cermat sehingga kesemua serangga dan ulat dapat dibasmikan dengan sepenuhnya.

Beratus-ratus serangga kecil dalam brokoli

Cuba anda perhatikan brokoli yang baru dibeli di pasar, adakah ianya benar-benar selamat untuk dimakan? Seorang surirumah berkongsi pengalamannya membeli brokoli dan saat dia memotong sayur tersebut untuk memasak, kelihatan banyak biji-biji halus yang jatuh. Pada mata kasar, ianya kelihatan seperti bunga-bunga kecil brokoli tetapi setelah diamati, ianya merupakan serangga kecil bulat berwarna hijau. Bayangkan jika brokoli tersebut tidak dibersihkan dengan sempurna? Pengajarannya di sini ialah pastikan anda membersihkan sayur brokoli dengan betul sebelum memasak.

Cara membasuh brokoli dengan betul

Sayur-sayuran dan bukan sahaja brokoli perlu dibersihkan dengan cermat agar segala serangga perosak halus dibasmikan dengan sepenuhnya. Sayur perlu dibersihkan dengan teliti kerana serangga perosak boleh didapati di celahan daun-daun yang tidak nampak dengan mata kasar. Terdapat banyak kaedah membasuh sayur-sayuran yang dikongsi oleh surirumah dan di sini kami kumpulkan beberapa teknik dan cara yang boleh anda gunakan:

1. Gunakan air cuka

Potong brokoli kepada saiz yang kecil dan sediakan campuran air dan juga cuka di dalam satu bekas. Rendam brokoli ke dalam air bancuhan selama 15 minit dan anda akan nampak serangga-serangga halus terapung di permukaan air. Kemudian, bilaskan dengan air sehingga bersih.

2. Gunakan air bancuhan garam

Potong brokoli dan rendam dalam air garam selama 30 minit atau sehingga satu jam. Selepas seketika, bilaskan dengan air bersih dan simpan di dalam peti ais atau terus digunakan untuk masak.

3. Gabungkan kedua-duanya

Kaedah lain yang boleh digunapakai ialah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama lebih kurang 20 minit dan bilas. Kemudian rendam pula dalam air rendaman cuka selama 10 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Toskan sehingga kering dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kesemua cara ini bukan sahaja bagus dalam membasmi serangga perosak , malah ianya juga membuatkan sayur dapat tahan lebih lama.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan