HomeBlogSesi Bersama Keluarga

Sesi Bersama Keluarga

Apakah aktiviti yang disukai oleh setiap orang dalam rumah anda? Semestinya menonton televisyen adalah salah satu kegemaran yang anda semua kongsi bersama. Ketahui 6 filem terbaik untuk tontonan bersama seisi keluarga. Bermula dari filem animasi sehinggalah adaptasi novel terkenal.

Menonton televisyen adalah salah satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan anda seisi keluarga. Namun, bahan tontonan manakah yang sesuai untuk semua? Anda perlu menitik-beratkan bahan yang boleh ditonton kerana cerita tersebut akan dilihat oleh semua termasuklah anak-anak anda.

1. Finding Nemo

Kanak-kanak mana yang tidak menyukai ikan? Filem animasi 3D yang diterbitkan pada tahun 2003 ini sarat dengan elemen kekeluargaan. Mengisahkan perjuangan seekor ikan yang bernama Marlin untuk mencari anaknya, Nemo yang ditangkap oleh penyelam. Pengorbanan ayah dalam menempuh pelbagai cabaran demi untuk menyelamatkan anaknya menyampaikan banyak mesej positif dalam cerita ini.

2. Cars 2

Jika anda menonton bersama anak lelaki, pasti filem ini adalah satu pilihan yang baik. Cars 2 adalah kesinambungan daripada Cars yang mendapat sambutan hangat. Penuh dengan pengajaran, moral yang tinggi dan menyentuh perasaan, filem ini pasti menjadi hiburan bermanfaat buat anda sekeluarga. Mengisahkan bintang lumba kereta, Lightning McQueen yang menyertai perlumbaan Grand Prix dengan menggunakan minyak mesra alam. Dengan tema dan jalan cerita, Cars merupakan salah satu filem hiburan animasi 3D terbaik untuk tontonan anda sekeluarga.

3. Pan

Filem Pan bukan sahaja bakal menjadi hiburan untuk anak anda, tetapi juga dapat mengembalikan kenangan anda tentang cerita klasik terkenal Peter Pan. Filem ini berkisarkan seorang anak yatim piatu, Peter Pan yang diculik oleh sekelompok penjahat. Anda sekeluarga pasti akan berpuas hati menonton filem ini bersama-sama.

4. The Lion King

Kisah menyentuh perasaan yang menceritakan anak singa bernama Simba yang memilih untuk hidup bersenang-lenang bersama rakannya di dalam hutan dan melupakan tanggungjawab untuk menggantikan bapanya yang telah mati. Kisah yang terkenal dengan bunyi ‘Hakuna Matata’ ini akan membuatkan si penonton merasai nilai murni tanggungjawab terhadap keluarga yang cuba diketengahkan dalam filem ini.

 

5. Geng Pengembaraan Upin Ipin

Usah pandang sebelah mata akan filem animasi keluaran Malaysia ini! Watak Upin Ipin cukup dikenali di kalangan kanak-kanak sehinggakan dibawa ke panggung. Kisah adik beradik kembar yatim piatu yang bernama Upin dan Ipin pasti akan mencuit hati anda seisi keluarga. Filem ini patut dijadikan filem wajib tonton seisi keluarga!

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan