HomeBlogSeronoknya di Luar!

Seronoknya di Luar!

“Sofia, 13, sedang khusyuk melayari internet di komputer.

Leya, 8, sedang menonton program televisyen kegemarannya, Hi-5.

Rayyan, 6, dan Aiman, 5, pula sedang asyik bermain permainan video.”

Adakah ini senario biasa yang anda lihat berlaku di kalangan kanak-kanak sekarang?

Anda patut risau jika anak anda lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah!

ANTARA GADGET DAN MATAHARI

Tahun demi tahun, semakin ramai kanak-kanak yang bertukar masa bermain mereka di dalam rumah (indoor) berbanding di luar rumah (outdoor). Menurut kajian, kebanyakan kanak-kanak masa kini dianggarkan hanya meluangkan masa di luar rumah kurang daripada 30 minit sehari. Sebaliknya, kanak-kanak ini meluangkan lebih tujuh jam masa mereka setiap hari dengan memegang gadget ataupun menonton skrin elektronik.

Bukan itu sahaja, keadaan ibu bapa yang jarang meluangkan masa untuk membawa anak ke luar rumah juga merupakan salah satu punca mengapa senario ini berlaku. Faktor keselamatan juga antara punca ibu bapa tidak mahu anak bebas keluar bermain sendiri di luar rumah. Justeru itu, tidak hairanlah jika semakin ramai kanak-kanak di Malaysia yang mengalami masalah kesihatan seperti obesiti kerana tidak berpeluh, berlari, memanjat atau melompat serta melakukan aktiviti lazim yang sepatutnya dibuat oleh kanak-kanak.

APA ISTIMEWANYA OUTDOOR?

Luar rumah merupakan tempat terbaik untuk kanak-kanak khususnya kanak-kanak prasekolah berlatih memantapkan kemahiran fizikal mereka. Melalui outdoor, kanak-kanak berpeluang melalui pengalaman menggunakan kemahiran motor dengan berlari atau melompat. Selain itu, outdoor juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk berlatih kemahiran bermain bola seperti melontar, menangkap dan membaling.

Dalam pada itu, aktiviti di luar rumah juga adalah tempat untuk si kecil membakar kalori, sekali gus dapat membantu mengelakkan mereka mengalami obesiti dan mengurangkan masalah penyakit jantung di kalangan kanak-kanak.

VITAMIN D

Perkara paling penting adalah melalui aktiviti outdoor, kanak-kanak akan terdedah kepada cahaya matahari, iaitu sumber percuma vitamin D, yang berfungsi untuk membantu melindungi kanak-kanak daripada mengalami masalah tulang di masa hadapan. Selain itu, vitamin D juga dapat membantu kanak-kanak mengelakkan masalah rabun dekat, sakit jantung dan diabetes.

BELAJAR DI LUAR

Outdoor bukan sahaja membantu dari segi fizikal anak, malah lebih daripada itu. Perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak akan turut meningkat. Melalui aktiviti luar, anak anda berpeluang untuk mengekspresikan diri mereka melalui permainan sama ada yang mempunyai peraturan ataupun bebas. Dengan cara itu, anak anda dapat belajar dan menerokai dunia dengan cara mereka sendiri. Mereka akan rasa selamat dan berada dalam kawalan, di mana aspek ini penting dalam membantu si kecil mengembangkan kemahiran membuat keputusan dan berorganisasi.

Permainan yang mempunyai peraturan pula akan mengajar kanak-kanak untuk memahami kepentingan mengikut peraturan. Selain itu, kanak-kanak juga akan belajar kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan kosa kata (melalui pergaulan dengan rakan-rakan sebaya), mengira (melalui jaringan gol atau kiraan dalam permainan) dan asas bergaul (bermain bersama-sama, bekerjasama dan bertolak-ansur).

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan